Dapur Kekja : Koktail (sumi + nata de coco)

Tuesday, 24 August 2021

2 comments

(sumber google, gambar Kekja snap hilang dari radar 'sobssss)


Salah satu pelengkap selera semasa Raya Haji haritu, let's start our simple Koktail. 


Bahan : 

1. Sumi warna warni kehidupan (jangan beli yang transparent sebab dia terlalu lembik nanti hancur)
2. Nata de coco 
3. Susu cair - 2 tin
4. Susu pekat - 1/2 tin
5. Satu jag air

Cara masak :

1. Jangan buka api, sediakan periuk
2. Masukkan susu cair , susu pekat dan satu jag air
3. Kemudian buka api sederhana kecil.
4. Godak sehingga mendidih (ada gelembung)
5. Teruskan menggodak (kalau tak, nanti susu pecah jadi texture buruk. sama macam masak santan) teruskan menggodak sehingga betul-betul mendidih keseluruhan.
5. Kemudian, rasa lah. kalau kurang manis, tambah susu pekat. (make sure rasa manis! baru syok)
6. Godak lagi sampai mendidih, sampai korang rasa cukup dah ni. haaa gituh!

# Kemudian tutup api, biarkan sejuk. Jangan masukkan sumi waktu kuah panas. nanti cair dan hilang dari radar!

# Dah sejuk, baru masukkan (sumi + nata de coco) dan masukkan ais!

Step untuk makan : ambil mangkuk, masukkan (sumi + nata de coco) , ambil kuah dan letak ais.

(Jangan letak ais dalam bekas kuah, nanti tawar la dia lol)

/
Selamat mencuba. 


Read More

Sahabat Blogger : Ukail Sanif

Saturday, 14 August 2021

2 comments

 


The last one, paling bongsu dalam segmen review blog ni. Kenalkan, Blogger Ukail Sanif. Honestly, poster-poster untuk segmen blog review ni Kekja buat dah lama dah. Jadinya gambar dalam poster tu design lama blog Ukail. Jap lagi korang blogwalking, boleh tengok template baru blog Ukail ni.

Blogger Ukail Sanif merupakan pelajar double degree di Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Madinah, Saudi. Hebat dan kagum! semoga segala impian besar beliau tercapai. Perkongsian di blog Ukail adalah mengenai pendapat beliau dan isu yang berkaitan dengan bidang beliau. di selitkan juga tentang kehidupan dan pengalaman. Sangat bagus untuk inspirasi anak muda. 

Kekja share di sini update terbaru di blog Ukail Sanif, jemput blogwalk!


 

Read More

Sahabat Blogger : Alien Oren (AO)

Friday, 13 August 2021

2 comments


Seterusnya adalah blogger AO! okay yang ni saya yakin, hampir semua kenal Blogger AO! terutamanya kepada yang join giveaway haritu. Jujur dari saya, giveaway yang dianjurkan oleh Blogger AO  haritu sangat rare! Korang rasa rare jugak tak? Tahniah kepada yang konsisten dan struggle untuk kumpul point. Best sangat join giveaway haritu. Satu pengalaman yang baru untuk saya. hehe (tak move on ke tu hahah k gurau)

Tentang blog AO, korang boleh tengok sendiri website blog AO sangat teliti dan banyak sangat fungsi setiap button di blog AO. Setiap kali saya blogwalking, saya akan explore semua button yang ada. Siapa macam tu jugak? Hahah secara ringkasnya adalah kagum dengan blog AO. 

Untuk pengetahuan, blogger AO juga merupakan blog & website refresher. Korang boleh tempah untuk design blog korang. Lately ada beberapa orang blogger sudah pun menggunakan khidmat beliau untuk design blog. Haishhh takleh jadi ni, rasa nak juga lah heheh. In shaa Allah soon! 

Untuk setiap post di website AO, beliau akan post di instagram! jadi korang boleh juga follow instagram beliau supaya tak ketinggalan update terbaru dari Blogger AO! instagram : alienoren

Berikut saya kongsikan beberapa post terbaru di website Blogger AO, jemput singgah ya!

 


 

Read More

Sahabat Blogger : Aiman (thejagungspirasi)

1 comment


Okay guys kita sambung review setelah sekian lama. Maafkan saya ya sebab ambil gap terlalu lama heee. alright, mari Kekja kenalkan blog THE JAGUNGSPIRASI. Unik kan nama blog dia?

Salam perkenalan dari saya, dan terima kasih sudi join segmen bloglist Kekja. Kekja pun baru kenal dengan Aiman ni sebab dia join segmen bloglist ni. Sebagai pengenalan ringkas,  Aiman merupakan pelajar Sarjanamuda Sains Aktuari. Yep, mesti first time dengar course ni kan? Kekja pun. Untuk tahu lebih lanjut, Aiman dah explain siap-siap pasal course dia ni. jemput baca Pendedahan Mengenai Sains Aktuari

Anyway, saya suka dengan design blog Aiman. Simple dan selesa mata untuk membaca. Mungkin sebab saya lebih suka design-design yang simple. hehehe..

Di sini Kekja kongsikan antara update terbaru di blog Aiman, korang jemput singgah ya blog Aiman ni. 




 

Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co