Thursday, 2 July 2020

Aku menulis kembali...

Menulis di sini adalah cerita.
Menulis di sini adalah sebuah kata.

Sebaik-baik kata yang aku mampu tuturkan adalah ketika hati bersedih.
Ketika jiwa direntap.
Ketika itu yang jelas semakin terang.

Menulis di sini tidak sesekali dituju kepada si pelaku.
Tetapi buat diri yang mencari jalan tapi buntu.

Saat gembira itu, 
Ramai di sisi, 
Namun tidak sedar akan tawa itu hanya sementara
Menghabiskan saku yang gunung di kumpul
Kerana? Gembira.

Namun pabila ujian datang,
Kau sedar semuanya sementara.

Teguh aku berpendirian,
Bukan kerana ego.
Bukan kerana membalas.
Tetapi demi kebahagiaan hati sendiri.

Ada kata yang tak terluah.
Aku menulis untuk aku.

@fzhmdnr
 Jumaat 030720 , 12.00pm

Friday, 19 June 2020

What I need to go through...

After having a very bad life for two years. Now, a better life is in the making. When I am at the lowest of life, life teach me everything clearly which you never realized except you are in that situation. You can see what is actually life about. You can be more understanding another person even if you are not in their situation. You will be less judging because it's really drag someone down. You will always be supportive in honest way. You will not take care of someone heart, but you will take care of their life. Trust me you will never realized those things clearly, if you are not experience this moment. So that, I'm not mad at anyone who not understand my story. My surrounding. It's okay because you are not experience it. And i wish you are not. It's hurt so damn much.

What i need to go through now, 
a more challenging life routine. Since i will become 21 years old, there is a lotttttttttt of things happen. All those things, is burden me. But i have no choice except turn it become a gift to me. But at 21, i need to be more professional. It is so hard for me but i know that i have no choice except through it. One day, it become real. If at that time, all people proud of me.. I'm gonna turn back and read this again.The first move is not easy. but i'm pretty sure the result will be the best.

Best woman for the best man. He will come soon, he has a big heart to have me. He will put all his efforts to win my heart. He is the best for me. A true love will come soon. He just prepared himself for me, and i'm gonna be the first option in his life after his mother. I'm pretty sure since i'm the one who always put efforts on everything. Weak man not deserve me. If he left me, he just weak. Weak man cannot be with strong woman. If i'm the strong woman, then you must be the stronger man.

Being silent and observing the situation, i slowly understand. First, there is no things happen without permission from Allah. Second, all things happen is planned by Allah. Nothing to be regret, whenever it is a good or bad things. Please make sure you close your ears when anyone else keep talking about your life. Who is them? Just nothing. Ignore. They don't know what you think, faced and go through. They know nothing. So stay strong, stay pretty and trust your own journey.

Dear Faezah, you did well so far.
You just good at the way you are.
Keep believe & trust your own journey.
Keep praying and think positive.

* talk to yourself when you feel sad. appreciate yourself.

ALHAMDULILLAH FOR EVERYTHING. ALLAH KNOWS BEST

Monday, 8 June 2020

Final Exam Online! (Degree)



Bukan aku sahaja yang alaminya, juga buat rakan seperjuangan aku terutamanya coursemate aku. Ini merupakan kali pertama kami menjalani peperiksaan akhir secara online yang bakal menentukan pointer kami pada semester 2 ni. Mimpi buruk buat kami semua. Eh mimpi? tidak lagi. Realiti yang agak merunsingkan kami. Setiap orang ada situasi tersendiri di rumah. Aku menulis bukan untuk mengeluh, tetapi untuk melepaskan sedikit kelelahan selepas menjawab exam tadi. 

Peperiksaan akhir secara online dilaksanakan mengikut cara lecturer masing-masing. atau mungkin mengikut fakulti masing-masing. Buat kami, course sains kimia adalah exam secara online selama dua jam atau mengikut masa yang ditetapkan. Sama sahaja seperti exam dalam dewan cuma bezanya, kami duduk rumah masing-masing. Kertas soalan diberi dalam e-elearn atau whatsapp. Kemudian jawab secara bertulis dan hantar pada masanya. Hmph! Aku taktahu macam mana nak cakap betapa nasdkjahsdahjdhskjahfdksjhdlksjdksaudi semua ini. Hahahaha but ya! WE DID WELL GENG!! cheer up everyone! dah submit dah jawapan final tadi. Fuyohhhhh we did it! Haa yelah, ada lagi 5 paper menanti. Menggunakan kaedah yang sama, malah lebih kurang je.

Nak cakap satu-satu apa yang jadi, nanti orang perlekehkan. Orang akan cakap rilek lah sabar lah. I think keep it all my story for my own, is a great decision. Sama macam permata, biarlah dia duduk dalam kaca.

So this become the introduction, and the whole story is inside me :)

Here it is, UNTOLD STORY.
9/6/20
KIM3301 INORGANIC CHEMISRTY
9AM-11AM


we did well, Alhamdulillah.


Monday, 25 May 2020

Gigi bongsu tumbuh

Seminggu sebelum berakhirnya Ramadhan, gigi ku sakitttttt wuuuuuuu. Selalunya memang aku berkongsi sesuatu kat blog adalah pengalaman pertama dan tak terulang dah. Yang mana nanti kalau ada kawan-kawan alami sakitnya tumbuh gigi bongsu. I feeel youuuuuuu T.T




Apakah simptom gigi bongsu tumbuh?

Firstly, dia takkan bagi tanda-tanda nak tumbuh. Gigi bongsu aku tumbuh bahagian bawah dan hujung sekali. Bila korang tengok cermin dan torchlight, korang akan nampak gigi geraham nak tumbuh malu-malu kat hujung sekali. Pastu korang rasa tak selesa nak makan. Nak bukak mulut pun tak boleh, semuanya hambar dan tak berdaya.

Apa yang patut korang buat adalah kumur air cengkih.
1- Amek satu sudu cengkih
2- Masukkan dalam air panas
3-  Tutup dan biarkan sampai air jadi suam.
4- Tapis cengkih dan kumur air tersebut sampai habis.

Kumur kat tempat yang nak tumbuh tu. Lepastu, dia akan menyemarakkan lagi rasa sakit tu. Takde arah lah ko, hadap jelah sakit tu sampai berdenyut kepala kau.

Mak aku tak bagi makan ubat tahan sakit. Memang aku dibesarkan tanpa makan ubat hospital even aku demam pun just tuam dengan ais/asam jawa. Begitu lah.

Kepada yang hidup moden-moden, kau telan jela ubat tahan sakit tu ya. Tapi bagi yang lebih percaya pada tradisional, ikut jelah yang aku cakap tu. Lepastu, sapu lembut dengan minyak panas/minyak angin kat pipi setiap kali sakit. Supaya pengaliran darah tu lancar di bahagian yang bengkak tu.

Bengkak dia memang buat aku nampak tembam sebelah (macam dalam gambar kat atas tu). Sakit dia memang takleh bawak bincang. But now alhamdulillah getting better tanpa ubat tahan sakit atau apa-apa ubat hospital. Just follow my step if you trust me. Dia elok after seminggu lebih jugak lah. Apapun rilek rilek je, tahu sakit tapi rilek jelah hehehehe...

NOTE :  tapi kemampuan kita berbeza, dari segi antibodi and so on. Jadi, pergi jelah hospital kalau dah biasa sakit g hospital. hahahahah




Ramadhan 2020

Mungkin aku agak kelewatan untuk berkongsi cerita tentang ramadhan 2020 yang pastinya lebih bermakna buat kita semua.

Ramadhan tahun ini bermula pada 24 April, yang di mana aku menyambut ramadhan di Kolej Kediaman Universiti aku. Bertemankan seorang rakan yang juga terkandas di situ. Bercerita tentang 2020 boleh dikatakan sepanjang tahun kita perlu hidup dengan keadaan yang baru. Yang takde siapa pernah tahu akan hadirnya Corona virus yang membawa penyakit berjangkit dikenali sebagai Covid-19. Nak pandang remeh atau berat tentang isu ini? tetapi hakikatnya virus ini sudah mampu membunuh jutaan manusia di muka bumi ini. Maka ianya menjadi isu yang sangat penting untuk kita berjaga-jaga sesama kita.




Alhamdulillah pada hari ke 7 Ramadhan, aku dihantar pulang ke rumah menaiki bas yang disediakan pihak Universiti. Jutaan terima kasih diucapkan buat semua yang terlibat. Dapat juga merasa Ramadhan dan Hari Raya bersama keluarga. Walaupun tidak cukup kuota ahli keluarga yang dimana abang-abang aku beraya di tempat mereka. Ada yang terpisah, ada yang disatukan. Cukup sekadar hidup bersederhana, bersyukur yang kita ada. Hargai selagi masih ada.

Ramadhan kalini juga banyak membuka mata kita semua, aku yakin kalini kita ada banyak masa untuk muhasabah diri. Memperbaiki hati yang dulunya hanya sibuk dengan urusan dunia. Secara insan aku merasakan bahawa semua yang berlaku sekarang ini, serba sedikit memberi ruang untuk aku baiki diri dengan penuh ketenangan, sabar dan tiada apa-apa yang menekan diri. Alhamdulillah hadza min fadhli rabbi ( semuanya kurniaan dari Tuhanku).
/
Ramadhan kalini aku belajar buat kuih! Selama ni, hari-hari biasa banyak belajar masak lauk harian. Tapi aku mengambil kesempatan buat kuih dan ala-ala pencuci mulut cara kampung macam bubur tepung! Memang betul, memasak memang senang bila kita dah tahu cara dia. Tapi selamanya jadi susah bila kita taknak amek tahu. In shaa Allah aku akan kongsikan resepi bubur tepung (faveret) nanti. Untuk rujukan sendiri di masa hadapan.


(semasa menaip entri ini, kita sedang beraya untuk hari ketiga hahahah)
#StayAtHome #StaySafe #StudyFinal #DegreeSem2


 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI