Sahabat Blogger : Shikin Razali

Tuesday, 22 June 2021

6 comments
Selamat pagi semua! \o/


 In shaa allah, Kekja nak mulakan sesi review blog. Maaf atas kelewatan, mesti ada yang tunggu-tunggu. hehehe. seperti yang korang tahu, Kekja sekarang degree online, memang dah kebiasaan ada assignment banyak bermula week 1 tapi untuk beberapa minggu lepas, Kekja kena slow down and cuba fokus satu-satu. Pada pendapat Kekja, hidup adalah tentang cara kita menguruskannya. Bebanan dan ujian tetap datang silih berganti, dan bagaimana kita menguruskannya? Ada masa, kita boleh pikul semua. Ada masa, kita kena letak satu dan fokus yang paling penting. Hal ini supaya kita tak jadi seperti peribahasa " yang dikejar tak dapat, yang di kendong berciciran." - ayat ini paling terkesan di hati Kekja ketika Kekja remaja. Ketika itu Kekja sibuk bersukan, kadang Kekja rasa akedemik tak penting sebab masa tu dah syok sangat menang itu ini dalam bidang kokurikulum. Kekja pula bukan jenis belajar 24jam. Waktu Kekja SPM, banyak tarikh yang bertindih antara seminar dan event taekwondo. Masa tu dah kena buat pilihan. Master taekwondo Kekja hanya berkata, "jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran." Sentap terus. Kata-kata itulah yang membentuk Kekja sehingga ke hari ini.

Sekian mukadimah kita harini, hahah// blog kedua Sahabat Blogger adalah Blogger Shikin Razali. Antara kenalan blogger Kekja. Kak shikin pernah review blog saya sekitar 2019, korang boleh baca kat sini - Sahabat Blogger pilihan Starlavenderluna : Faezah Mdnor . 

"Menyampaikan ilmu satu ibadah, mencari ilmu satu jihad." 
merupakan slogan di header blog Kak Shikin. Saya percaya kebanyakkan, malah boleh dikatakan kesemua blogger di sini merupakan insan-insan yang sangat suka mencari ilmu dan menyampaikan ilmu. Membaca slogan tersebut, menjentik hati saya untuk terus bersungguh-sungguh dalam medan ilmu. Terima kasih Kak shikin atas kata-kata semangat itu. 

Siapa Blogger Shikin Razali?

Saya panggil Kak Shikin, sebab Kak Shikin merupakan salah seorang kenalan blogger saya sejak saya sekolah menengah lagi. Beliau juga sangat saya hormati sebagai otai-otai blogger, manakala saya hanyalah petai blogger. (ye saya tahu ada yang gelak tu)

Kak Shikin adalah seorang pembantu perpustakawan dan juga mempunyai kemahiran mengurut terapi buang angin untuk wanita. Wah, ni kalau dekat area rumah saya memang jadi regular customer. Best mengurut heheh. 

Kak Shikin juga masih aktif berblog. Setiap bulan pasti ada entri post yang baru. Di sini saya kongsikan latest update dari beliau. 


Read More

Sahabat Blogger : Eza Boom Boom

3 comments


Blogger EBB merupakan sahabat blogger pertama yang Kekja akan review. Sepertinya Kekja baru sahaja kenal Blogger EBB melalui Segmen yang Kekja anjurkan ni. Salam perkenalan Blogger EBB! Alhamdulillah bertambah kenalan blogger tahun ni. hehehe..

" Attitude is a choice. Happiness is a choice. Kindness is a choice. Giving is a choice. Respect is a choice. Whatever choice you make makes you. Choose wisely.."

itulah kata-kata yang terpahat di bio blog Kak EBB. saya panggil Kak EBB boleh? hehe.  Kekja suka akan kata-kata tersebut, memang betul hidup adalah pilihan. Maka pilihlah yang baik-baik walau dunia tidak menyebelahimu. okayy selain itu, blog beliau juga berkongsi tentang gaya hidup, motivasi dan pelbagai jenis tips seperti tips blogging dan tips tanaman. Nanti korang boleh jemput singgah, baca-baca penulisan beliau.

Siapa Blogger Eza Boom Boom? 

Kak EBB merupakan rakyat marhaen Utara Bumi Kenyalang, Sarawak. Kak EBB baru sahaja lagi berblog sekitar November 2020. Tapi Kekja sangat kagum kerana blog beliau sudah mempunyai 41k viewers. Semoga terus maju dalam dunia blogging! 

And one more thingg!! Kak EBB merupakan salah seorang penulis buku wanita Sarawak yang bakal menghasilkan sebuah buku pada tahun ini! Buku apa tu yaaa Kak EBB? Nanti share-share lah di blog. hehehe

nampaknya Kak EBB agak jarang update blog bulan ini, sama lah macam saya. hehehe




Read More

Segmen Blogwalking & Pencarian Bloglist

Friday, 18 June 2021

4 comments

Bismillah, assalamualaikum. Morning!



Pagini Kekja update blog review, otw siapkan semua ehehe nantikan. Sambil scroll blog sendiri, ternampak latest post Blogger AO join segmen. Jadi, marilah kita join beramai-ramai. NAK JOIN? TEKAN GAMBAR BANNER. Selamat bersegmen guys!

.

Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co