Instagram : @artotes.co

Dapur Kekja : Ikan Siakap 3 Rasa

 


First time masak menu Siakap 3 Rasa.. rasa apa agak-agak? Haha. Berbekalkan google resepi Che Nom, tapi resepi Che Nom hidangan untuk seekor Ikan Siakap. Kekja masak dua ekor! Here, my summary selepas masak tengahari tadi.



Goreng Ikan Siakap


*lumurkan ikan mengikut turutan nombor berikut. 
untuk seekor ikan siakap

1. Garam - 1 sudu teh
2. Serbuk kunyit - 2 sudu teh ( 1 sudu setiap sebelah bahagian ikan)
3. Tepung jagung - 4 sudu besar ( 2 sudu setiap sebelah bahagian ikan)

pastu goreng macam biasa. Make sure kuali besar naaaaa bagi muat ikan tuh.

Nota : tapi sebenarnya sukatan ikut rasa je, hehe asalkan cukup lumur seluruh ikan. as you know, kalau isi banyak garam, masin lah ikan tu. since ikan yang dimasak dengan kuah apa sahaja, tak boleh masin sangat. maka terjadilah sukatan ikut rasa awak. - little knowledge & skill memasak.


Kuah 3 rasa

BAHAN :

1.  Bawang besar - 4 biji ( cincang halus) *
2. Bawang putih - 6 ulas ( cincang halus) *
3. Cili kering - 7-10 batang (blander) @ Cili kisar - 2 sudu besar *

4. Halia saiz 2 ibu jari / 1 inchi - potong nipis
5. Serai - 2 batang yang besar @ 5 batang yang kecil (diketuk)
6. Daun limau purut - 5 
7. Cili padi - potong halus
  

                             

8. Tomato - 1 @ 2 biji (potong dadu)
9. Sos cili jalin - 8 sudu besar
10. Sos tomato - 6 sudu besar
11. Sos tiram - 2 sudu besar
12. Sos ikan - 2 sudu besar



( tapi Kekja takde sos tomato , 
ganti dengan 1 sudu teh - asam jawa adabi. ehekk, nak bagi dia masam)


Garam - 4 sudu teh
Gula - 3 sudu besar
Kiub maggi ayam - 1 & 1/2 

p/s : Garam & Gula secukup rasa awak.


Add on :

1. bunga kobis
2. timun potong tiga segi.


CARA MASAK KUAH 3 RASA 



1. Panaskan minyak, tumis yang bertanda * (tumis bawang putih dulu, diikuti bwg merah & cili kisar) - style lebih sedap katanya.

Selepas tumis sedikit lama..

2. Masukkan halia, serai, daun limau. Kacau sebati
3. Masukkan tomato dan segala sos.
4. Garam & Gula secukup rasa. Kacau sebati
5. Masukkan kiub maggi ayam 

masukkan air panas sekiranya terlalu pekat. 
dan jika terlebih air, boleh cover balik. (1 sudu besar tepung jagung + air panas) curah dalam kuah.
Kacau sebati. 

Dah siap! Curah kuah atas ikan siakap yang telah siap digoreng. Sekian.


P/S : If perasan, saya dah asingkan bahan untuk dimasukkan bersama. Hanya perlu ikut step.
Sukatan hanya sebagai panduan. Yang penting, secukup rasa masakan!

Selamat mencuba. 

.

Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form