Online Event (template) by Kekja

Saturday, 27 March 2021

No comments

this one latest! saya baru je dikurniakan ilham untuk buat template Event (Online). Tak dilupakan, banyak jugak event seperti webinar yang wajib disertai. Aktiviti dan program-program yang menyumbang kepada markah Merit. So here, saya simpan kat sini. 


Boleh downlad & print template di bawah ini :

EVENT (ONLINE) : pdf 03

.
See you next post!

Read More

Online Class Organize by Kekja

Tuesday, 23 March 2021

No comments
Another tips nak share untuk rujukan masa depan adalah pengurusan kelas online. Ini yang saya buat bermula kelas online pertama saya iaitu pada semester 2 (degree) - now dah masuk semester 4. so this one, saya buat untuk semester 4.


file pink diperlukan. 


hanya dua template sahaja yang Kekja gunakan. 
Kuliah Journal (Online) & Assignment List. Ingat! tak semua benda perlu letak dalam otak, sila catat! berfikir terlalu banyak untuk usia yang kian meningkat ni, bahaya untuk kesihatan (sukahati je kan, tapi betul) so, sila catat! bila dah catat tu, tak payah dah la fikir. kalau lupa, sila rujuk catatan sendiri! untuk diri sendiri juga kan. gitew


untuk Kuliah Journal (Online) setiap helaian seterusnya saya letak kata-kata semangat gitew! setiap kali nak catat kelas harini, terbaca kata-kata semangat. sweet je kan. ehek dah besar ni, takde siapa nak push kau, nak bebel bagi motivasi. be the best for yourself okay? barai pun pujuk sendiri, semua sendiri lah. HAHA

.
HOW IT WORK!







\

di sini, saya bagi template free-free je. boleh download dan print! selamat ber-kelas online!

Kuliah Journal (Online) : pdf 01 , pdf 02

Assignment List : pdf 01


example : WEEK 1 OF SEMESTER 4 



See you next post!
Read More

Dean list! (Semester 3)

Friday, 19 March 2021

No comments

 It's always seems impossible until it's done - Nelson Mandela


dua hari sebelum bermula sesi pembelajaran online Semester 4


aku suka dihargai. suka rasa diri dihargai, disayangi. suka akan kejutan. suka coklat, suka bunga, suka bagi hint nanti belikan ek. hahaha.ok dan suka bersorak untuk sekecil-kecil kejayaan yang telah daku kecapi. suka untuk terus bermimpi dan mencapai sekecil-kecil mimpi. apa yang membuatkan hati terdetik untuk meraikan kali ini, adalah sebab ini merupakan kali pertama aku dapat dean list! walaupun bukan straight A, bukan 4 flat. Tetapi untuk mencapai dean list, sangat jauh dari mimpi. sebab mimpi pun tak pernah. Ya, saya tak pernah mengimpikan dean list / 4flat. Jadi, saya belajar untuk apa?

Saya belajar untuk ilmu. Saya belajar kerana menuntut ilmu adalah suatu ibadah. Result adalah rezeki. Semoga sepanjang umur ku, di penuhi dengan ibadah kepada Allah. Terus melakukan perkara yang Allah suka. dan tidak lupakan juga, selalu beringat bahawa ilmu dah kefahaman dalam ilmu itu datangnya dari Allah swt. Mintalah padaNya selalu.

Untuk pencapaian ini, tidak dilupakan ibu bapa yang selalu mendoakan. Kawan-kawan seperjuangan sangat dihargai dan didoakan selalu, in shaa Allah. begitu juga pensyarah yang berhati mulia. sangat bertolak ansur dengan student memandangkan kelas online. Pelbaga rintangan terutamanya line problem ketika hendak menghantar skrip jawapan. Allah sahaja yang tahu debaran, keringat peluh. Sangat bersyukur bila pensyarah boleh bertolak ansur, masih menerima skrip jawapan walaupun sudah terlajak masa dek kerana line internet yang bermasalah.

Tidak dilupakan ketika final week, saya ditinggalkan. Sedihnya saya, sakitnya perasaan saya. Hanya Allah yang tahu. Saya menangis, saya hilang semangat. Tetapi saya pilih untuk tetap teruskan. Allah menguji saya ketika itu, dengan penilaian manusia terhadap saya. Terlalu banyak perkara membuatkan saya rasa hilang keyakinan diri. Pada mereka, mungkin itu tiada erti apa. Tetapi pada saya, iainya suatu hal yang besar. 

Maka dengan itu juga, saya membuat keputusan yang besar. Jika jatuh saya kerana manusia, adalah lebih elok untuk saya singkirkan mereka dari kehidupan saya. Dengan itu, saya rasa jauh lebih baik.
Saya bukanlah seperti yang mereka katakan. In shaa Allah saya juga akan pastikan bahawa saya akan terus melangkah jauh, terbang tinggi.

" Fly high until they can't catch you. Fly high until they seems small from above"

here, a little celebration for you Faezah. 
Keep inspired yourself and shine like you always do.



tidak dilupakan, sambutan ini juga bersama adik tersayang. Tahniah dik dekan untuk kali kedua rasanya. Tak sangka adik saya bijak matematik. (Diploma Sains Matematik). Semoga terus berjaya dalam hidup mu.





Terima kasih Ya Allah untuk rezeki ini :)

Read More

Cadangan game hari keluarga!

Thursday, 18 March 2021

1 comment

takde angin, takde ribut. duduk karaoke petang, tetiba terlintas idea-idea permainan yang boleh digunakan semasa hari keluarga. itulah detik post ini terhasil. akan di update lagi sekiranya ada idea baru. ihiks


1. ABC LAGU @ ABC BINA AYAT

-seorang sahaja wakil setiap keluarga (paling cepat tangkap + kreatif)

- main macam cecupak tetapi kira dengan sebutan ABC-Z megikut bilangan jari yang ditunjukkan setiap wakil.

- siapa paling laju menyanyi @ bina ayat yang bermula dengan huruf yang di pilih hasil kiraan jari yang ditunjukkan. Dikira sebagai pemenang.

- setiap wakil diberi masa 3 saat sahaja untuk menyelesaikan tugas. sekiranya gagal, anda tersingkir.



2. SUSUN NOMBOR

-setiap keluarga akan diberikan kad nombor 0 sampai 9

- pengacara majlis akan menyebut 6 angka kod nombor sebagai contoh 096543

-keluarga yang dapat menyusun 6 angka kod nombor paling cepat, dikira sebagai pemenang.

- setiap keluarga akan disediakan pengadil untuk memastikan kod nombor yang disusun adalah betul.

- keluarga terakhir yang siap, dikira tersingkir.



3. TANGKAP BELON GUNA KAIN BATIK.

- semua ahli keluarga dibahagikan mengikut kumpulan (game ini untuk kita makin rapat dengan mak pak sedara, sepupu sepapat) (tidak lagi mengikut keluarga sendiri)

- setiap kumpulan mesti ada seorang dari setiap ahli keluarga.

- kumpulan yang dapat sambut belon dan tak pecah, dikira sebagai pemenang.

- 2 orang dari ahli kumpulan pegang kain batik

- ahli kumpulan berdiri dengan jarak 2 meter daripada 2 orang yang sedang pegang kain batik

- semua ahli kumpulan dalam group itu perlu baling belon berisi air ke arah kain batik itu.

 

Read More

Dapur Kekja : Ikan Siakap 3 Rasa

Wednesday, 17 March 2021

No comments

 


First time masak menu Siakap 3 Rasa.. rasa apa agak-agak? Haha. Berbekalkan google resepi Che Nom, tapi resepi Che Nom hidangan untuk seekor Ikan Siakap. Kekja masak dua ekor! Here, my summary selepas masak tengahari tadi.



Goreng Ikan Siakap


*lumurkan ikan mengikut turutan nombor berikut. 
untuk seekor ikan siakap

1. Garam - 1 sudu teh
2. Serbuk kunyit - 2 sudu teh ( 1 sudu setiap sebelah bahagian ikan)
3. Tepung jagung - 4 sudu besar ( 2 sudu setiap sebelah bahagian ikan)

pastu goreng macam biasa. Make sure kuali besar naaaaa bagi muat ikan tuh.

Nota : tapi sebenarnya sukatan ikut rasa je, hehe asalkan cukup lumur seluruh ikan. as you know, kalau isi banyak garam, masin lah ikan tu. since ikan yang dimasak dengan kuah apa sahaja, tak boleh masin sangat. maka terjadilah sukatan ikut rasa awak. - little knowledge & skill memasak.


Kuah 3 rasa

BAHAN :

1.  Bawang besar - 4 biji ( cincang halus) *
2. Bawang putih - 6 ulas ( cincang halus) *
3. Cili kering - 7-10 batang (blander) @ Cili kisar - 2 sudu besar *

4. Halia saiz 2 ibu jari / 1 inchi - potong nipis
5. Serai - 2 batang yang besar @ 5 batang yang kecil (diketuk)
6. Daun limau purut - 5 
7. Cili padi - potong halus
  

                             

8. Tomato - 1 @ 2 biji (potong dadu)
9. Sos cili jalin - 8 sudu besar
10. Sos tomato - 6 sudu besar
11. Sos tiram - 2 sudu besar
12. Sos ikan - 2 sudu besar



( tapi Kekja takde sos tomato , 
ganti dengan 1 sudu teh - asam jawa adabi. ehekk, nak bagi dia masam)


Garam - 4 sudu teh
Gula - 3 sudu besar
Kiub maggi ayam - 1 & 1/2 

p/s : Garam & Gula secukup rasa awak.


Add on :

1. bunga kobis
2. timun potong tiga segi.


CARA MASAK KUAH 3 RASA 



1. Panaskan minyak, tumis yang bertanda * (tumis bawang putih dulu, diikuti bwg merah & cili kisar) - style lebih sedap katanya.

Selepas tumis sedikit lama..

2. Masukkan halia, serai, daun limau. Kacau sebati
3. Masukkan tomato dan segala sos.
4. Garam & Gula secukup rasa. Kacau sebati
5. Masukkan kiub maggi ayam 

masukkan air panas sekiranya terlalu pekat. 
dan jika terlebih air, boleh cover balik. (1 sudu besar tepung jagung + air panas) curah dalam kuah.
Kacau sebati. 

Dah siap! Curah kuah atas ikan siakap yang telah siap digoreng. Sekian.


P/S : If perasan, saya dah asingkan bahan untuk dimasukkan bersama. Hanya perlu ikut step.
Sukatan hanya sebagai panduan. Yang penting, secukup rasa masakan!

Selamat mencuba. 

.

Read More

Babysitter 2021

Saturday, 13 March 2021

No comments

 


Seperti yang ramai tahu, mak aku pengasuh budak sejak sekian lama. Aku pun ada share pasal diorang tu, sekarang memasing ada yang dah sekolah. Bermula jaga anak jiran, lepastu mak diorang recommend dekat kawan-kawan. Makin meriah dah la sekarang. Alhamdulillah.

March 2021. Baby baru. 7 months old. Selamat datang ke dunia Kekja. Hari pertama Hadif datang, dia menangis tanpa henti sampai risau tengok dia. Terus ambil dan dukung, masih menangis. Baby kalau nangis tempat baru, dia tak selesa dan rasa tak selamat. Kita kena yakinkan dia tempat ni selamat, bagi dia scan muka-muka baru ni baik ke tak, lawa ke hensem. 

Sambil dukung, dia menangis sambil observe semorang. Observe tempat. Lama jugak lepastu baru dia elok. Start that day, akulah orangnya yang dia berasa paling selamat kat sini. Setiap pagi, hari minggu. Mak akan serahkan Hadif dekat aku. Mak gelarkan aku Mama Hadif.

Bermulah rutin 7pagi, susukan Hadif kemudian tidurkan dia. Hadif ni senang di jaga. Terima kasih Hadif. Ada masa-masa dia meragam taknak tidur, itu saat paling mencabar. Didukung salah, ditidurkan pun salah. Selalunya bila dah meragam taktau nak apa, aku bagi dekat Mak. Sebagai anak bujang, takde pengalaman anak sendiri. Taknaklah effort lebih. Kalau anak sendiri, kita tahulah nak buat apa. Siap dia! eh takdelah. hahah

Buat masa ni, senang jaga Hadif. Walapun kadang dia clingy, always nak Mama ada dekat di mata dia. Hilang je terus nangis. Mengada! tapi rasa diperlukan, rasa disayangi pulak tewwww.

Buat masa ni bila nak susu, makan, tidur memang dia cari Mama dia ni. Kelas online dah nak start, jadi aku bagi dia biasakan diri dengan orang lain juga. Dalam pada yang sama, aku akan cuba bagi komitmen semasa kelas online sekiranya Hadif meragam nak Mama je. My hands open for you Hadif. Moga jadi anak soleh, beradab dan berilmu suatu hari nanti.

.
Agak pelik tapi macam sweet je, wajib ada botol susu baby dalam bilik ni. Sebab dalam bilik ni lah aku susukan dia. Geram!

.



Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co