Monday, 5 October 2020

Kekja Travel : Day Trip To Mersing

 


Lokasi : Pulau Sri Buat, Mersing , Johor. Malaysia

Haii guys! Finally i write about this \o/
Untuk pertama kalinya saya pergi trip dan trip saya di-sponsor oleh Nourah Travel. Thankyou kak! Semoga murah rezeki selalu. By the way, trip ni hanya satu hari sahaja. Bermula sekitar 8pagi sehingga 6petang.

Saya teringin nak travel terutamanya yang melibatkan aktiviti lasak. Tapi seumur hidup saya , saya masih belum berpeluang untuk mendapatkannya sehinggalah pada 29 Ogos 2020, saya pergi Day Trip To Mersing bersama mak, kakak sulung dan sepupu di bawah agensi Nourah Travel. Terima kasih sudi teman insan ini menceburi sesuatu yang baru diusia 21 tahun. I'm stillll youngggg!

Maka di sini saya merangka perjalanan kami satu hari. Yey! \o/

28/8/2020, Jumaat
Kami bermalam di rumah sepupu di Rompin, Pahang. 

29/8/2020, Sabtu (DAY TRIP)

Kami bertolak dari Rompin pada pukul 6pagi (sebaik sahaja lepas subuh) dan sempat breakfast juga.
Perjalanan Rompin-Mersing memakan masa 2jam sahaja. Sekiranya korang dari Pahang, better menginap sehari di Daerah Rompin sebelum bertolak ke jeti. Menjimatkan masa perjalanan. Trip ni selalunya akan berkumpul di Jeti Mersing namun pada hari tersebut, Jeti sangat penuh. So, kak ainy (Founder Nourah Travel) mengarahkan kami untuk berkumpul di suatu tempat habitat buaya. HAHAHA. Lokasi berkumpul diberitahu dua hari sebelum hari trip tersebut. Jadi, tak kalut dan kawasan kami naik bot pun tidak dipenuhi orang ramai. Semuanya berjalan lancar.



Lokasi kami naik bot. Terus ke depan dan belok kanan. Kemudian...


Kemudian sampai di kawasan kami naik bot. Belakang tu ada papan tanda AWAS Habitat Buaya!
Persoalan :  ada buaya ke kat situ? Yap! ada. Orang kat sini cakap, ada seekor buaya jantan di kawasan paya ni. Dibela sejak kecil, namanya AWANG. Sekarang besar dua depa. Tapi kami tak jumpa dia pada hari tersebut. So sad T.T


We're so lucky sebab semua friendly! At the end of the day, kitorang semua rapat. Saling mengusik. Proud to be Malaysian.

WAIT! Sewaktu baru sampai sekitar jam 8.30pagi, kami diberi sarapan pagi (Nasi Lemak) . Manakala waktu naik bot, kami diberi alas perut (Apolo + air kotak) sebelum hiking. Sarapan pagi tu kononnya nak makan di puncak nanti. 



Rate makanan : 5/5 (all is good. seriously)


HIKING DI PULAU SRI BUAT, MERSING

Aktiviti pertama kami adalah hiking! Ini merupakan kali pertama seumur hidup saya menaiki bot dan saya juga tak pandai berenang. Saya hanya dibesarkan di darat HAHA. Disebabkan ini kali pertama, saya sangat teruja, terharu! Thanks to someone yang recommend pada saya untuk join trip ni as a blogger. For those nak tengok saya beraksi lagi, boleh recommend kan sekiranya ada sponsor. auch

#PertamaKali NAIK BOT.

Sepanjang perjalanan saya hanya sibuk menghayati pemandangan laut. Saya berada di tengah laut guys! Selalunya hanya duduk tepi pantai, pandangan terbuang jauh ke hujung laut dan tertanya apa perasaan berada di tengah laut? Now, i dah rasa sendiri. It such a miracle to me. Alhamdulillah. A very good feeling, rasa macam terpisah dari segala beban di darat. Now i know why we need go to short vacay. Untuk meneutralkan semula kehidupan. 

Baiklah.

Setibanya di Pulau Sri Buat. Kami hiking! Semua orang hiking! Korang boleh pilih, kalau taknak hiking boleh je duduk kat bawah, makan dan tunggu yang lain siap hiking. Don't worry, tiada paksaan. By the way, mak saya sangat suka hiking! Mak ialah orang pertama sampai di puncak, saya follow belakang. Ada juga pesara tentera dan nurse turut hiking bersama. Budak umur 5 tahun pun ada yang hiking. 


We did it mak!


Waktu hiking, ada tali untuk berpaut. Jalannya agak curam. Mula-mula saya sangat risaukan mak. Tapi mak sangat konfiden mendaki seorang diri jadi saya konfiden untuk lepaskan dia. Then, saya tengok team saya yang lain. Ada seorang makcik ni. Saya risaukan dia. Setiap kali mendaki saya akan pandang belakang untuk pastikan dia baik-baik saja. Takut tergelincir atau berpaut pada sesuatu yang tidak kukuh. Saya juga ada hulurkan tangan, dia menyambut. Dia mula rasa selamat dan tenang mendaki. 

Kemudian selesai bergambar dan menikmati pemandangan dari atas. Kami menuruni bukit ini, jalan untuk turun sangat licin sebab ada batu-batu kecil. Saya banyak kali tergolek tergelincir tapi saya pegang erat tali. Sampaikan saya di usik ketika sedang tergelincir. Salah seorang pendaki mengusik bila tengok saya banyak kali tergelincir. katanya,  " dia memang style dia macam tu" .. saya gelak dan menjawab " itulah, baru ada gaya!" selepas itu saya tergelincir lagi. semua kat situ, gelak! Sebenarnya situasi ini untuk menenangkan para pendaki supaya tidak mudah gelabah. Kita kena tenang-tenang je. Hehe
/
Sampai sahaja di bawah, makcik tadi sedang menjamu kuih bersama suami dan cucunya. Mereka turun awal. Kemudian makcik tersebut mendekati saya dan menghulurkan kuih tersebut. Makcik tu cakap waktu turun tadi dia cari saya sebab waktu mendaki saya selalu pegang tangan dia. Kemudian, saya balas dengan senyuman dan makcik itu berlalu. // Maaf makcik, saya sibuk tergelincir tadi haha. Kalau saya pegang makcik, bersama lah kita meluncur. Haha. 

Sebelum naik bot untuk gerak ke check point seterusnya. Makcik tersebut ajak saya bergambar. 


Dari situ saya tahu, makcik ni merupakan pesara nurse dan suami dia pesara tentera. Mereka dari Kuala Lumpur. Semoga makcik dan sekeluarga sihat selalu dan dalam jagaan Allah. 


CLIFF-JUMPING DI PULAU RAHSIA, MERSING




Sekiranya korang tahu, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ada pergi tempat ni dan diorang pun buat aktiviti ni. Saya tidak ketinggalan mengikuti jejak langkah idola saya ni. Di kawasan ini tiada darat, so kena berenang. Disebabkan pakai PFD, saya okay jer. Haha. Mak saya juga pertama kalinya buat aktiviti macam ni. Alhamdulillah dapat dia merasa terapung di laut. Btw tak semua orang turun. Atas kehendak sendiri. Bot saya, hanya 5 orang sahaja yang turun dan 2 orang buat Cliff-Jumping iaitu saya dan seorang lagi. 


So here my video ber-cliff jumping. My very first time terjun dalam air. Kolam renang pun saya tak pernah buat macam ni. (Yelah mana ada orang pakai PFD kat kolam renang, kemon lahhh)


MELAWAT PULAU-PULAU DI MERSING.

Kemudian kami di bawa melihat pulau-pulau dan diberi penerangan pada setiap pulau yang kami lewati. Pulau apa? Kalau korang nak tahu kena pergi tengok sendiri. Haha. Trip ni memang best capture dengan mata sendiri. Semuanya cantik ciptaan Allah.

Atau korang boleh stalk instagram @nourahtravel untuk melihat view pulau yang cantik!


SNORKELING DI PULAU HUJUNG, PULAU TENGAH , PULAU BESAR.

Checkpoint 1 : PULAU HUJUNG.

Tengahari.
sampai sahaja di Pulau Hujung. Kami diberi makan tengahari. Again, sedap! Kalau makanan sedap, hari pun jadi ceria. Nasi putih + ayam masak merah + sayur kangkung. Fav saya! Purrrfect lah. eyy



Selesai lunch, kami snorkeling. Bila saya dapat sesuatu yang baru, saya akan terokainya sendiri. Jadi, saya buat-buat tahu lah based on apa yang saya selalu tengok di media sosial. Kalau orang snorkeling, diorang akan snap hidupan laut yang cantik-cantik. Okay itulah yang saya buat. But after this, i want to touch the fish. I want to have a selfie with the fish. I wish. Haha. 

#PertamaKali SNORKELING.

Di Pulau Hujung, kami snorkeling di kawasan cetek. Sangat sesuai untuk yang pertama kali snorkeling. Kat sini tak berapa banyak ikan yang kami jumpa sebab kawasan cetek. Boleh je pergi ke tengah sikit tapi kiterrrr takut wakkk. HAHA jangan yakin sangat, ini first time ni. Buat-buat pandai je.

Check point 2 : PULAU TENGAH

Seterusnya snorkeling di Pulau Tengah. Kat Pulau tengah, bot berhenti kat tengah laut. Turun bot terus, snorkeling. Tapi kawasan ni agak berkeladak hijau jadi tak nampak langsung hidupan. Haha. Ombak beralun agak kuat disini.


Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing bersama Kak Ainy (Founder NOURAHTRAVEL)

Check point 3 : PULAU BESAR


Check point last untuk snorkeling! Kat sini sumpah lawa! Saya kagum. Namun masa tu dah petang, semorang dah penat. Hanya 3 orang je yang snorkeling. Ombak pun sangat kuat sampaikan kami berpegang pada tali dan tangga bot. Tetap gagah nak tengok gak hidupan laut! I see it clearly with my own eyes! The coral, fishes , landak laut pun eeee tajam teruk. Nampak je terus simpan kaki. Tak bagi chance melunjur. Kat sini bagi makan roti, banyak sangat ikan! Saya ada share video di instagram saya @fzhmdnr



Boleh klik gambar ini untuk tonton video di instagram saya.
.
.
.
Kemudian kami pulang. Sepanjang perjalanan pulang, sempat juga melihat Pulau yang ada di sekitar. Sebagai contoh Pulau Rawa yang tersenarai sebagai Pulau paling cantik di Malaysia.

Sekitar 5.45pm, kami sampai di tempat kami naik bot. Bersurai. So this one, gonna be..

" A day to remember "


Mersing Day Trip by @nourahtravel

#NOURAHtravel #NOURAHtravelXKepulauanMersing #MersingSecretIsland # KepulauanMersing

1 comment:

  1. bestnyaaa. tunggu my babies besar sikit boleh pergi ni. :)

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai!

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI