Monday, 25 May 2020

Ramadhan 2020

Mungkin aku agak kelewatan untuk berkongsi cerita tentang ramadhan 2020 yang pastinya lebih bermakna buat kita semua.

Ramadhan tahun ini bermula pada 24 April, yang di mana aku menyambut ramadhan di Kolej Kediaman Universiti aku. Bertemankan seorang rakan yang juga terkandas di situ. Bercerita tentang 2020 boleh dikatakan sepanjang tahun kita perlu hidup dengan keadaan yang baru. Yang takde siapa pernah tahu akan hadirnya Corona virus yang membawa penyakit berjangkit dikenali sebagai Covid-19. Nak pandang remeh atau berat tentang isu ini? tetapi hakikatnya virus ini sudah mampu membunuh jutaan manusia di muka bumi ini. Maka ianya menjadi isu yang sangat penting untuk kita berjaga-jaga sesama kita.




Alhamdulillah pada hari ke 7 Ramadhan, aku dihantar pulang ke rumah menaiki bas yang disediakan pihak Universiti. Jutaan terima kasih diucapkan buat semua yang terlibat. Dapat juga merasa Ramadhan dan Hari Raya bersama keluarga. Walaupun tidak cukup kuota ahli keluarga yang dimana abang-abang aku beraya di tempat mereka. Ada yang terpisah, ada yang disatukan. Cukup sekadar hidup bersederhana, bersyukur yang kita ada. Hargai selagi masih ada.

Ramadhan kalini juga banyak membuka mata kita semua, aku yakin kalini kita ada banyak masa untuk muhasabah diri. Memperbaiki hati yang dulunya hanya sibuk dengan urusan dunia. Secara insan aku merasakan bahawa semua yang berlaku sekarang ini, serba sedikit memberi ruang untuk aku baiki diri dengan penuh ketenangan, sabar dan tiada apa-apa yang menekan diri. Alhamdulillah hadza min fadhli rabbi ( semuanya kurniaan dari Tuhanku).
/
Ramadhan kalini aku belajar buat kuih! Selama ni, hari-hari biasa banyak belajar masak lauk harian. Tapi aku mengambil kesempatan buat kuih dan ala-ala pencuci mulut cara kampung macam bubur tepung! Memang betul, memasak memang senang bila kita dah tahu cara dia. Tapi selamanya jadi susah bila kita taknak amek tahu. In shaa Allah aku akan kongsikan resepi bubur tepung (faveret) nanti. Untuk rujukan sendiri di masa hadapan.


(semasa menaip entri ini, kita sedang beraya untuk hari ketiga hahahah)
#StayAtHome #StaySafe #StudyFinal #DegreeSem2


1 comment:

Komen anda amat saya hargai!

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI