Instagram : @artotes.co

5 Simple Travel Tips


Aku sure ramai yang suka travel kat sini. Travel untuk menambah pengetahuan dan meninjau budaya orang luar. Lain tempat, lain budaya. Even setiap negeri pun ada budaya mereka tersendiri. Kalau ada ruang dan peluang tu grab lah untuk pergi bercuti. Selain dapat tengok tempat orang, kita boleh tenangkan fikiran daripada kesibukan kerja dan sebagainya.

Banyak benda kita boleh buat dan gunakan untuk memastikan percutian kita menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Malahan kalau kita bijak, kita siap boleh jimatkan lagi kos percutian kita tu. Siapa tak suka kalau dapat jimatkan kos ni kan?

1. Cara beli tiket

Dulu aku tak percaya benda ni tetapi bila cuba memang betul berhasil. Kalau nak beli tiket flight cuba search pada Hari Selasa sampai Khamis, harganya agak berbeza kalau kita search waktu weekeend untuk hari yang sama. Dan selain itu, cuba cari masa travel tu pun untuk hari Isnin hingga Rabu sebab ia lagi murah daripada kita travel Hari Jumaat. So, make sure baki cuti tu cukuplah hehehe. Selain daripada itu, sesekali cuba guna kan Third Party untuk beli tiket flight ni. Kadang-kadang harganya agak berbeza dengan kita beli direct dekat website airline tu. Antara Third Party yang terbaik bagi aku adalah Traveloka. Sangat memudahkan urusan perbandingan harga antara Airlines. Terdapat banyak Airlines yang ada dalam ni antaranya Qatar Airways, Singapore Airlines dan lain-lain. Kalau untuk travel dalam Malaysia, fireflyz air tickets pun boleh beli guna Traveloka juga.


2. Buat Checklist!

Bagi aku ini antara benda paling penting. Checklist di sini bukan sahaja checklist barang tetapi juga menyenaraikan tempat yang kita bakal kunjungi. Selain itu, membuat juga checklist barang-barang untuk travel. Supaya takde benda penting yang tertinggal nanti terutamanya ubat-ubatan dan keperluan utama. Untuk buat checklist, depend pada setiap orang. Ada yang suka buat checklist dalam phone sahaja. Ada yang suka buat dalam notebook, template mahupun file. Sebagai contoh, boleh buat bullet journal macam ni jugak.


3. Planning Journey

Sampai sahaja di airport, terus lost. Taktau nak pergi mana. Masa itu lah baru nak search segala benda. Sangat membuang masa di situ. Untuk elakkan perkara ini berlaku, plan terlebih dahulu perjalanan atau jadual aktiviti sebaik sahaja sampai di sana. Jangan sesekali travel tanpa sebarang plan! Bila nak start planning? Sebelum packing barang-barang. Supaya kita tahu barangan yang sesuai di bawa di tempat yang ingin di tuju. Planning yang cantik akan menjimatkan masa dan banyak tempat-tempat menarik yang kita dapat pergi. Pastikan plan dahulu sebelum bertolak okay!

4. Susun atur barang dalam bagasi

Kalau kita pandai susun barang, banyak ruang dalam bagasi yang boleh kita gunakan lagi. Pastikan cara lipatan baju kita tu menjimatkan ruang. Kalau nak lagi jimat ruang boleg gunakan bag vacuum yang ada jual secara online or dekat Daiso ke untuk letak baju, nanti keluarkan angin dia. Ruang memang super jimat tetapi ada kos lah sikit untuk beli beg tu. Kalau tak, pastikan lipatan kita tu kemas dan baju disusun dengan baik. Dan pastikan bagasi kita nanti mesti ada sedikit ruang kosong. Yelah kalau dah pergi travel ni selalunya mesti akan shopping. So, bagi mengelakkan kita membeli beg baru, just pastikan bagasi kita tu ada space minima 1/3 daripada ruang beg. Bagi yang taktahu vacuum bag tu macam mana? Ini dia.


5. Barang Keperluan vs Kemahuan

Masalah terbesar bila nak packing barang adalah membezakan barang keperluan atau kemahuan untuk di bawa. Kalau ikutkan kemahuan tu, nak bawak satu rumah. Cuba minimize kan barang-barang yang ingin di bawa. Kalau rasa barang tu tak perlu, atau boleh sharing dengan partner travel kita ke just share. So kita boleh jimatkan ruang beg nanti. Toiletries pun bawa yang small size cukup untuk tempoh masa kita travel. Tak perlu bawa saiz besar kerana ia akan memakan ruang dan menyusahkan kita nanti.

Selamat travel!


2 Comments

Komen anda amat saya hargai!

  1. Selalu simple-simple holiday pun mesti nk bawak sejuta mende. Tak faham la.. +_+

    ReplyDelete
  2. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form