Sunday, 7 July 2019

Second day (teach me a lesson)

Konsep makin hari adalah jadi diri sendiri. Aku maafkan tajuk-tajuk entri blog aku yang macam tak proper. In my growing, english is better than bahasa melayu. Kenapa ya? okay aku bagi contoh.

English : Second day (teach me a lesson)
di fahami sebagai : Hari Kedua (pengajaran)

Melayu : Hari Kedua (mengajar aku sebuah pengajaran)
di fahami sebagai : maksud yang sama panjang dan hambar.

tapi english lebih simple dan padat. lebih tepat ke hati. Setuju?!

-------- mukadimah tamat di situ



Advertisment : Totebag Hand-Drawn Your Own Design by Faezah Mdnor
Check it out on instagram : artotes.co
Catalogue design & price : catalogue.artotes
/

Alhamdulillah,today is my second day doing my daily routine. Jadi setakat harini, aku berjaya bangun awal pagi dek kerana sebuah panggilan. Aku ambil kesempatan untuk bertahajjud yang sangat aku rindui. Alhamdulillah syukur! Moga istiqamah.

Jenis aku, kalau dah bangun awal pagi memang susah nak lelap sebab badan dah rasa segar. Jadi, aku tunggu sampai waktu subuh. Selesai solat subuh, aku syahid balik. Allahu futurnya diri ini.

But it's okay, don't judge yourself. Raikan setiap perkara baik yang kita cuba usahakan. Bad things is always around you. To be the good one, you must be different than others. (hati kena kental beb)

Hari kedua ini mengajar aku untuk "SAY NO BECAUSE OF ALLAH"
Berkata tidak hanya kerana Allah. Maksudnya di sini, bila diajak untuk membuat keburukan, sama ada dari kawan-kawan mahupun nafsu sendiri. Katakan tidak! (weh susah weh sumpah)
untuk insan-insan futur macam aku ni, memang susah. Tapi percayalah, hati yang yakin dengan Allah tidak berasa resah. Tenang dan nyaman saja.

"... Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." - Ar-Ra'd : 28

Sepanjang penghijrahan ini, air mata memang teman setia. Setakat ni dah dua tahun aku menangis. Eh takdelah non-stop. Tapi almost everyday aku nangis sampai dah dua tahun ni masih lagi nangis sikit-sikit.

Aku taktau lah camne korang punya kisah kedewasaan but this is mine. This is my story. Aku nak baca balik bila aku dah kahwin, ada anak. Mesti cute je baca ni. Hahaha alololo manjanya seketul pae. (mendekk lah dia nih)

Selamat menjadi seketul Faezah yang lebih dewasa. *sebak hahah
/


1 comment:

Komen anda amat saya hargai!

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI