Skip to main content

Kekja Study 01 (Matriculation)


Okay ini awkward. selalunya orang bijak je share tips study tapi aku level otak-otak kempas ada hati nak share tips. Kahkah! 

Bagi aku, perkara paling utama dalam apa jua yang kita lakukan adalah "PENGURUSAN". Macam mana cara korang manage masa, manage diri, manage mood untuk study. Itu semua elemen-elemen yang sangat penting untuk memulakan sesi mengulang kaji. So, before aku nak start ulangkaji. Aku akan ambil mood dengan menyusun segala nota-nota kuliah mengikut subjek. 

Seperti dalam gambar di atas, aku dah tebuk dan kepilkan nota-nota kuliah mengikut subjek. Kalau ada subjek yang terlalu banyak chapter, better korang asingkan menjadi Part1 & Part 2.



Contohnya untuk subjek Biology, ada empat chapter je tapi subtopik dia banyak gila sampaikan satu chapter pun dah tebal. So, aku split jadi dua.

Part 1 : Chapter 17-19
Part 2 : Chapter 20-22

Tujuan aku buat camtu supaya aku tak mengeluh untuk study bio dengan alasan banyak gilaaaaa nak study. So that, day 1 aku boleh study Part 1 ( ala tiga chapter jerr pun) pastu esok sambung Part 2 pulak (tiga chapter jerrr pun) pastu done study semua chapter! Nice tak? Aku memang suka psiko diri sendiri bila study. Jangan letak mindset "banyak gila nak study". Slow-slow, kena pandai manage.

Ini adalah basic untuk mengulangkaji . Apa yang penting adalah fokus dalam kuliah. Masa tutor, buat latihan sungguh-sungguh. Enjoy yourself sambil belajar. Pastu boleh proceed dengan Flashcard!



Continue reading : Kekja Study 02




" lain orang, lain cara belajar. if you like this one, then proceed.
if you don't like it, thanks for reading ;) " - sincerely for my future reference





Comments

Popular posts from this blog

Segmen Bloglist Pertama by Faezah Mdnor

  Assalamualaikum hai guys! dah bertahun-tahun berblog tapi ini kali pertama Kekja buat Segmen Bloglist! Kini tiba masanya untuk mencari 5 orang sahabat blogger pilihan Kekja sebagai bloglist baru yang akan dipaparkan pada sidebar blog Kekja. 5 blogger bertuah itu, Kekja akan review blog diorang! Segmen ini bermula pada 1 May dan tamat pada 10 May 2021 , jam 11.59pm. (10 hari sahaja) Syarat penyertaan : 1. Follow blog ini. 2. Follow instagram fzhmdnr  &   artotes.co   3. Buat satu entri di blog anda bertajuk " Segmen Bloglist Pertama by Faezah Mdnor" sertakan gambar banner seperti di atas dan link kan kepada entri ini. 4. Tinggalkan URL entri blog anda di ruangan komen. / Jom join ramai-ramai. Good luck! UPDATE : SENARAI PESERTA SEGMEN BLOGLIST PERTAMA BY FAEZAH MDNOR

Pengalaman Latihan Industri (Sains Kimia) di Kaneka, Gebeng Kuantan

Sama macam awak, Kekja juga mencari blog-blog yang berkongsi cerita tentang pengalaman latihan industri. Dua perkara yang Kekja cari kat google sebulan dua sebelum intern iaitu pengalaman latihan industri dalam bidang pengajian sains kimia dan juga company tempat menjalani latihan industri . Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu adik-adik dalam bidang Sains Kimia!  Training for NIR Spectroscopy for feasibility study (capacity up)  with Bruker NIR Specialist, Ms Kah Mern. - we talk a lot \o/, hope to see her again in future! Pengalaman latihan industri dalam bidang pengajian Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) di Kaneka MS Malaysia Sdn.Bhd. Position yang ditawarkan untuk menjalani latihan industri adalah Technical/QC (Quality Control). Kaneka MS Malaysia Sdn.Bhd. MS stand for Modified Silane, menghasilkan polimer dalam bentuk cecair. bahasa mudah faham, getah cair. so bila cakap pasal getah cair, mestilah meleleh, melekit. Di situlah Kekja menajalani latihan industri s...

Dapur Kekja : Ayam Masak Kunyit Berkuah

Dah lama Kekja tak update resepi baru. Episode kali ini adalah resepi masak lunch 1jam! Khas untuk lauk bujang mahupun yang rushing sebab banyak kerja nak buat tapi kena masak jap sebab nak makan. hehehek So here, apa yang Kekja masak untuk lunch. Bahan masak : 1. Bawang merah* - 2 biji 2. Bawang putih* - 2 ulas 3. Halia* - separuh ibu jari anda 4. Serai* - 2 batang (potong dan ketuk bawah, gunting pendek senang blander) 5. Cili padi* 6. Ayam potong kecil (ikutlah nak makan ayam besar mana) 7.  Kacang buncis (basuh, potong, buat urat tepi badan dia) 8. Sos tiram - 2 sudu meja (tablespoon, heee lawak tak) 9. Kunyit, Serbuk kari, Garam, Ajinamoto, Kiub maggi  Cara masak :  1. Blander kasar yang bertanda *  2. Goreng ayam itu (disalut kunyit + serbuk kari + garam) 3. Tapis ayam goreng itu dan biarkan beliau healing di tepi. 4. Panaskan minyak yang cukup untuk tumis bahan blander. 5. Tumis yang diblander + sos tiram + garam + ajinamoto + 1/2 kiub maggi 6. Aga...