Wednesday, 13 November 2019

Short story change my life!

Hanyalah copy paste, dapat random ketika kelas English. So, i keep it here. Bacalah, baru you faham erti hidup kan? Berhentikan segala sikap-sikap buruk. Jadilah bunga ros yang dimana sahaja you pergi, menyebarkan bau wangi. Ceritanya berbunyi begini : 

An old man lived in the village. The whole village was tired of him; he was always gloomy, he constantly complained and was always in a bad mood. The longer he lived, the viler he became and more poisonous were his words. People did their best to avoid him because his misfortune was contagious. He created the feeling of unhappiness in others.

But one day, when he turned eighty, an incredible thing happened. Instantly everyone started hearing the rumor: "The old man is happy today, he doesn't complain about anything, smiles, and even his face is freshened up.
The whole village gathered around the man and asked him, "What happened to you?"

The old man replied, "Nothing special. Eighty years I've been chasing happiness and it was useless. And then I decided to live without happiness and just enjoy life. That's why I'm happy now."

Moral of the story: Don't chase happiness. Enjoy your life.

Takkan nak tunggu umur 80 baru nak sedar, you dah buat silap untuk selalu mengeluh dan berasa buruk setiap hari. Orang yang hebat, belajar dari kesilapan orang lain (crush saya berkata) lol
.
I'm just 20 dan segalanya masih mentah untuk mencapai besarnya impian i. Makanya mungkin saya kena banyak prepare dan belajar dan mencatat banyak untuk menjadi insan yang suci hati nuraninya dalam tohmahan dunia ini. Hihiks. I'm gonna laugh at myself when i read this soon. Macam budak-.budak baru merangkak dan memang pun, heeee. Asalkan i tetap kayuh dan bergerak dalam hidup. Teruslah berusaha dan berjaya dengan izin-Nya.


Tuesday, 12 November 2019

My Gastritis


I put this one on my blog, sebab nanti kalau aku alami gastrik (again) . Aku kena make sure, apa puncanya. You know yourself, so please get to know what your body need.

First of all, aku memang selalu google pasal gastrik. Apa sebenarnya punca gastrik? Kerap kali menyerang student dan mereka yang bekerjaya. Jaranglah orang duduk rumah, kena gastrik. Nak pulih gastrik? Duduk rumah (begituu). So, it is all about waktu makan dan mental.-- mental pun? pae ngarut apeee. " ko sabajap, baca sampai habis.

Secara konsepnya, waktu makan paling sesuai adalah waktu pagi, tengahari, petang. (there is no makan malam) bila tibanya waktu busy, pagi petang siang malam pun kau takdapat nak beza dah. So, better makan je all the time supaya perut tak sempat mengadu lapar. Make sure kau sentiasa didampingi sebuku roti, sepacket biskut dan sekotak air susu. Okay masalah makan ni tak jadi masalah sangat. Jadi kita simplified -- lupakan waktu makan, makan je all the time. Make sure dalam sehari makan nasi/mee 2kali atau 3kali. Pastu, masa yang lain kau melantak jelah apapun. Cun? Cuuuunnnnn.

Seterusnya, mental? this one is my part.  



Dijadikan cerita, semasa aku di matrikulasi. Aku "lost" kejap bilamana aku kena panjangkan tempoh pengajian dan aku takdapat support from surrounding. Tak dapat support takpe, tapi disuruh berhenti belajar tu buat aku makin down teruk sambil rasa dah tertanam dalam tanah. Bila hari demi hari aku down lagi dan lagi sampai aku hilang selera makan dan lost weight sampai mampu mencecah 36kg?! tinggi aku 157cm. Kurus kering sampai member panggil tengkorak berjalan setiap kali aku nak pergi mandi. Sampaikan member yang dah lama tak jumpa pun cakap aku makin kurus. Tapi aku tetap makan sebab makan minum aku dijaga waktu. (cewahhh) Alhamdulillah for that.

Then, masuk degree aku sorang. makan makan pun sorang, tengok wayang pun sorang (Luqman podolski- Sorang) --- dengar weh. LOL

Masa kat matrik just perut masuk angin je sampai muntah. Then, gastrik start parah masa aku dah sambung degree. Sampaikan bangun pagi (5pagi) dah lapar teruk, pedih teramat sangat. Memula aku malas nak layan, tapi sampai aku kena skip kelas sebab sakit perut then aku pergi PKU. Macam biasa, dapat ubat gastrik lah. Aku tak makan sangat pun ubat tu sebab ubat hanya menahan bukan menyembuhkan. So, aku try jaga waktu makan walaupun tak berapa nak berjaya lol.

Tambahan pula masa tu, aku diuji dan aku sedih all the time. Mood aku sangat teruk, everytime nangis dan mengarut. Mungkin itu yang membuatkan gastrik aku makin parah. Taubat taknak rasa dah gastrik macam ni (HUAAAAA) 

Hari berganti hari aku belajar banyak tentang kehidupan, sampaikan kalau mood swing. Aku off phone sebab taknak mengarut kat status whatsapp. Bila tetiba rasa sedih, bukak laptop tengok youtube Spoken Words ---- watch it!

Hanya diri sahaja tahu betapa aku memanjat-manjat tangga kehidupan untuk berdiri semula sebagai seorang Nur Faezah. ( I can't stop love myself)


Alhamdulillah semakin hari, emosi aku okay. Everything in my mind and i can control all my senses. Bila rasa marah, tahu untuk diam dan sabar. Bila sedih, tahu untuk diam dan sabar. Bila rasa penat, tahu untuk berehat. Bila lapar, makan.

Jadi, untuk masalah mental dan gastrik. Adalah tentang diri kamu yang bersabar dalam melangkah kehidupan. Jangan biarkan sakit itu terus menjadi parah. Bukan sahaja merosakkan emosi malah fizikal juga akan terjejas. Noted to myself!

Setiap orang ada kurang dan lebihnya dalam sesuatu perkara. Dan aku? Seorang fragile yang cuba jadi sekeras besi walau hanya sekuat dan setabah seorang wanita.

Dalam hidup,sebaik apapun kita tetap akan jadi memori buruk dalam hidup seseorang. Bukan salah siapa-siapa. Siapa yang nak bahagia, bahagiakan semua yang ada depan mata. Layan haters dengan adab, walau diludah dengan kahak. Kalau tak mampu, diam sahaja. Buang saja, ignore saja. Push that button. Block!

Hiduplah dengan iman, bukan dengan perasaan. Semoga semua yang membaca, diberi kesihatan yang baik selalu. Aamiin ya rabb!




Friday, 8 November 2019

Di saat berputus asa..

Besar dan beratnya suatu masalah, luas lagi langit ciptaan Allah. 
Di saat hati rasa terbeban, tarik nafas dalam dan berdoalah : 

" Ya Allah, aku harapkan rahmat-Mu. Jangan Kau biarkan aku sendirian walau sekejap. Perbaikilah keadaan diriku. Tiada Tuhan selain Engkau. " 

Doa bukanlah untuk menyuruh Tuhan menyelesaikan masalah mengikut cara kita. Berdoalah dengan iman (percaya) .Bahawa Tuhan mendengar setiap laporan kamu. Dan Tuhan mengatur mengikut cara-Nya yang lebih jauh bermakna dalam hidup kamu.


Di saat berputus asa, adalah kerana ada perkara yang berlaku tanpa diduga.
ada sesuatu yang hilang, tanpa di rela. ada seseorang yang datang, tanpa di pinta. dan ada sekelompok manusia yang terus memperlekehkan diri kamu seadanya.

Adakah salah kamu apabila semua itu berlaku? Adakah kerana kamu memang seperti yang mereka katakan? Adakah kamu yang salah? Kenapa semua ini terjadi?

Dan kau terus membuat persoalan menyalahkan diri, kerana kamu kurang memahami keadaan yang berlaku. Terus dan terus menyalahkan diri tentang semua yang terjadi.

Adakah kau lalui semua ini?
Maka benarlah, kamu manusia. Yang punya hati dan perasaan.
Namun, bukanlah menjadi asbab untuk kau terus bersikap begitu.

Sahabat, mungkin saat nanti kau susah. Aku tiada. Ingat satu perkara bahawa sememangnya aku tidak dapat mengubati luka dihati kamu. Tetapi, disini aku berpesan dan di sini bakal menjadi tempat yang sering kau kunjungi di saat kau perlukan aku.

Aku rasa apa yang kau rasakan. Perasaan yang meragut semangat untuk teruskan hidup, keadaan yang sangat menggoyahkan iman kamu untuk terus bersangka baik dan terus berharap pada Yang Esa. Tapi sahabat, bukanlah ia menjadi satu asbab untuk kau berputus asa.

Istighfar seberapa banyak yang mungkin.

"Ya muqollibal qulub, tsabbit qulubi 'ala diinik"
Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku diatas agama-Mu


Pegang satu prinsip ni, kuat-kuat.
Walau apapun berlaku di dalam hidup kamu, (susah senang gembira sedih kecewa)
Tetaplah bersyukur dan berterima kasih pada Allah. Kerana yang diuji hanyalah masalah kamu itu. Perkara lain, baik-baik saja kan?
Cukup.

Tuhan yang memberi kamu ujian itu adalah Tuhan yang sama memberikan kamu nikmat.

Jadi apa yang perlu dilakukan disaat diri berputus asa?
Cliche untuk aku katakan, jagalah solatmu dan ibadahmu kerana aku tahu kau menjaganya.
Tapi mengapa semua ini tetap berlaku? Mesti pernah terfikir kan? Tertanya-tanya dan menjadi punca iman kamu mulai pudar.

Ia bukan tentang solat kamu, mahupun ibadah kamu. Ianya hanyalah tentang PERASAAN kamu. Dan bukanlah menjadi asbab kau memperlekehkan setiap ibadah kau hanya kerana bukan itu puncanya. Yang wajib tetap perlu dijaga. Kisah ini tentang kamu yang menjaga ibadah kamu namun tetap diuji dengan perasaan sebegini.


Hiduplah dengan iman (percaya) , bukan dengan perasaan. Hiduplah dengan doa, kerana keajaiban itu nyata.



- yang menyampaikan, A girl who survive from depression. 

Thursday, 31 October 2019

Sampai syurga :)

Sabar lah jiwa walau tiada lagi ruang untuk sabar,
Bukanlah sabar namanya jika ada limitnya.

Lihatlah ujian ini sebagai satu anugerah,
Di naikkan darjatmu di sisi Allah atas kesabaranmu,
Sabarlah walau tiada lagi ruang untuk sabar.

Pedih itu sakit,
Sakitnya menahan segala rasa
Kerna yang aku pilih adalah berdiam.

Menahan segala tuturan kata yang tidak enak di ungkapkan,
Teruskan jiwa,
Teruskan sabarmu.

Mungkin ini bahagian aku,
Biarkan ia pedih menikam kalbu,
Tuhan ku, Engkau pasti tahu.
Aku sedang meniti menuju syurga-Mu.

Tak mampu ku ungkapkan,
Tak juga mampu meluahkan,
Tidak juga berharapkan perhatian,
Cukuplah diberi kekuatan kesabaran akan dugaan ini.

Inilah satunya dugaan yang tiada hujungnya.
Inilah dia, istimewa hanya untuk aku :)

Hadiah ini, anugerah terindah.
Moga bertemu golongan-golongan sabar di akhirat nanti.

Ya Allah berkati hidupku, kedua ibu bapa ku dan keluarga ku.
Redhailah hidup ku, aku redha hadiah mu buat ku.
Sabar yang tiada hujungnya,
Sampai syurga.


- by Faezah Mdnor

Khamis, 9.43pm
31/10/2019

Sunday, 27 October 2019

Episod 3 : Kabus kehidupan

( Mulakan bacaan Episod 1 )


Hari pertama aku mendaftar di Universiti adalah hari pertama terpisahnya dua hati. Hahah aku taknak citer lanjut pasal ni biarlah menjadi" kisah terindah "dalam hati ini. Ehem

Dan bermula lah hidup Seketul Pae di univerisiti kembali bergelar seorang pelajar. Ujian bertubi-tubi sampai aku tak sempat bernafas apatahlagiberfikir sebelum buat keputusan. Semua keputusan aku buat on the spot. Sama ada berisiko ataupun tidak, aku redah je. Semua ni sebab aku dah rasa serik dengan kehidupan. Banyak perkara luar jangkaan telah berlaku. Aku tak pernah jangkakannya , mana mungkin aku buat persiapan untuk menghadapinya? Disebabkan itu, aku selalu buat keputusan diluar jangkaan. Aku redha. Aku berserah. Terima kasih yang masih sudi bersama aku hingga ke harini. Aku selalu mendoakan kebahagiaan yang tiada kesudahan untuk setiap hidup korang. Allah sahaja mampu balas sabarnya korang terhadap diri aku. 

Sehingga ke harini, aku masih mencari erti hidup. Apa sebenarnya sabar? redha? ikhlas? 
Hidup dini hari, apa yang dihamparkan depan mata kita semuanya tipu. Dipaparkan pada kita, bila putus cinta mesti kena broken. jiwa kacau and so on. itu bukanlah ajaran islam. Dalam tidak sedar, kita terbuai dengan semua itu. Kita terikut-ikut, termasuk lah quotes omputih. Kenapa nak letakkan panduan menghadapi kekecewaan hidup adalah dengan quotes omputih? Kalau kalian nak tahu, omputih hidup berlandaskan hukum akal. Memang kita rasa logik setiap kata-katanya tapi ingat, kita ada panduan hidup yang turunnya dari langit. Adakalanya kita teikut-ikut, tapi berbaliklah pada yang nyata. Dunia hanya maya, akhirat adalah nyata. 

Sehingga ke harini, aku masih dan terus diuji. Tidaklah aku mampu menghadapinya kecuali dengan izin Allah. Kepada yang sedang diuji, janganlah bersendiri. Aku ada, dan sudi untuk kita bersama berjuang menghadapi hidup ini. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.... (tahniah anda telah berjaya menamatkan bacaan, semoga bermanfaat)

Episod 2 : Kabus kehidupan

4bulan cuti hanya dihabiskan di rumah sahaja. Keputusan untuk tidak sambung belajar dah tersebar luas dalam kalangan ahli keluarga aku termasuk keluarga besar. Bila diorang tanya, nak sambung mana lepasni? Aku cakap, tak sambung. Buat bisnes totebag je. Syukur sebab aku ade bisnes kecilan totebag tapi kalau dijaga rapi, boleh berdiri teguh bisnes tu. Masa belum mengizinkan dan masanya belum tiba. Aku yakin satu hari nanti, jika memang tertulis artotes.co adalah rezeki aku. Pastinya akan bergerak maju dan menjadi sohor. In shaa Allah aamiin.

Semasa 4bulan di rumah, seolah segala tanggungjawab dirumah adalah tugas aku. Bermula dari basuh baju, lipat baju, basuh pinggan, pergi pasar, masak, tolong mak jaga budak-budak. Aku di rumah bersama seorang kakak sulung, mak dan abah. Adik-beradik lain silih berganti sebab mereka perantauan. Tapi bagi aku, agak keterlaluan jika semua tugas hanya pada aku. Jika aku seorang isteri, sudah tentu semuanya tanggungjawab aku dan suami untuk uruskan hal rumah. Tapi bayangkan aku seorang nak buat semua itu. Memang aku tertekan dan aku pick satu tugas je dan cuba buat sehabis baik. Setiap pagi, menjadi rutin untuk aku pergi pasar beli barang dapur. Sampaikan kakak kat kaunter pasaraya sudah hafal no.ahli setiap kali nak bayar. Jika aku tunjuk yang aku mampu buat semua, pastinya orang lain hanya goyang kaki. Paling malang bila mereka siap marah lagi kalau aku tak buat kerja sedangkan mereka hanya scroll handphone. Melampau bukan? Tapi hal ini berterusan sejak aku kecil sampailah sekarang. Aku tahu situasi ini sehingga ke akhir hayat kecuali aku sudah mendirikan rumah tangga. Aku bebas.

Aku tidak berkira dalam melakukan kerja di rumah tapi kita ada ramai. Mengapa tidak lakukan bersama? Mengapa hanya harapkan seorang sahaja? Aku juga ada masa naik dan turun dalam hidup. Tambahan pula aku semakin hilang berat badan, aktiviti harian aku banyak terbatas. Mereka memandang aku "okay" hanya sebab aku tunjuk bahawa aku okay. Padahal tidak. Jiwa aku dah macam zombie. Kurus kering dan sangat menderita.


Aku fikirkan berakhir derita di matrikulasi, aku dapat berehat di rumah bersama keluarga tapi aku silap. Ujian Allah sentiasa datang pada hamba yang Dia sayang. Jiwa aku semakin lemah menghadapi hari-hari aku selama 4bulan. Tiba masanya, result upu keluar. Aku ditawarkan sambung belajar di UMT kos Sains Kimia. Alhamdulillah, tepat dengan pilihan hati. Tanpa fikir panjang, aku terus decide sambung belajar. Hal ini hanya kerana aku tak tahan duduk rumah.

Ada yang berkata, bersyukurlah ada keluarga. *take a deep breath*
Dear awak yang sedang di uji dengan keluarga, berhenti bandingkan kehidupan awak dengan sesiapa. Kisah awak adalah untuk awak dan kisah saya adalah untuk saya. Apa yang awak ada, tak sama dengan apa yang saya ada. Apa yang awak takde, tak sama dengan apa yang saya takde. Kita tak sama. Adalah lebih baik kita ajar diri untuk redha menghadapi ujian masing-masing. Berhentilah membanding. Berhenti kata, untunglah kau ade keluarga biarpun ada masalah sekurangnya kau ade keluarga untuk meluah. Kalaulah awak tahu, kata-kata awak hanya menyakitkan lagi perasaan saya. Jadi, ubahlah cara kita memandang ujian. Jangan membandingkan. Cerita kita tak sama dan tak layak untuk di banding. Konsep kita sama, tentang keluarga tapi pengisiannya berbeza. Redha lah dengan ujian masing-masing. Biarpun perit untuk dihadapi. Bersabarlah, kita harungi bersama okay?

( teruskan membaca Episod 3 )


Episod 1 : Kabus kehidupan

Tidak seperti rakan sebaya yang lain, bermula dari final exam di matrikulasi. Aku sudah tekad untuk lupakan tentang pelajaran. Tentang segala impian aku dalam pelajaran. Nak dapat pointer tinggi? Nak sambung degree? Nak pakai jubah graduasi? Aku cuba menerima takdir yang tertulis ketika itu.

Bukan aku tak cuba untuk bangkit, pastinya aku tetap terus berdiri dan berjalan dalam kehidupan. Alhamdulillah dan tidak dinafikan. Walaupun aku seperti " mayat hidup " , yang bergerak hanya jasad. Jiwa aku melayang-layang setiap hari. Apapun aku tetap bersyukur masih menjaga disiplin diri pergi kelas 30minit awal, kadang tu 1jam awal. Since, aku morning person. Hidup aku lebih bermakna di pagi hari. Apa yang tak best, bila surrounding aku jenis sleepy person. Lama-lama aku jadi sleepy person jugak. Sangat tak membantu motivasi diri yang seperti "mayat hidup" ni! Haha, tapi takpe kita sendiri yang tak kuat bukan sekeliling yang menyuruh.

Tahap pasrah dalam hidup sehinggakan aku langsung tak study waktu study week final exam matrikulasi. Aku banyak layan perasaan, lepas tidur-tidur. Bawak buku ke hulu ke hilir, tapi tak sampai 5minit dah terbaring. Tak risau ke final exam kot?! Seperti yang aku katakan, aku dah tekad lupakan pelajaran. Seorang Faezah tidak semudah itu membuat keputusan kalau dia tak mencuba dulu. Tak semudah itu untuk berputus asa sekiranya aku tidak pernah mencuba. Semakin aku mencuba, keadaan semakin menekan untuk aku berputus asa. Jujurnya aku di matrikulasi bergerak solo sepanjang 4 semester. Pada mulanya, aku harungi sulitnya matrikulasi bersama seorang rakan lelaki. Pada akhir semester, kesihatannya merosot maka aku banyak bersendiri. Apapun aku turut bersimpati dengan keadaan diri dia yang ulang-alik hospital. Aku bersyukur kami berjaya harungi matrikulasi hingga ke akhirnya bersama.

Sampai di sini, sudah terang lagi jelas bahawa aku betul-betul meletakkan noktah dalam perjuangan ini. Semua nota dan semua buku berkaitan, aku terus buang dan bagi pada junior. Aku betul-betul meletakkan jarak dengan pelajaran. Seperti aku tidak akan bergelar seorang pelajar lagi. Sudah tamat di sini.


Dijadikan cerita, aku tidak mahu langsung ambil tahu tentang pengurusan belajar lagi termasuklah memohon UPU untuk sambung Ijazah. Tapi, pihak matrikulasi sangat tegas jadi aku terpaksa jugalah mohon UPU. Aku tak fikir panjang pun semasa mengisi permohonan tersebut. Aku cuma minat subjek kimia jadi aku letak semuanya kos kimia cuma tempat berbeza.


Kemudian, aku tamat matrikulasi dan cuti selama 4 bulan..... (teruskan membaca Episod 2 )

Monday, 12 August 2019

Dapur Kekja : Kek Batik Indulgence


Salam Aidiladha, seperti yang aku katakan tempoh hari. Jadi inilah resepi Kek Batik Indulgence! Lain orang, lain caranya. Kalau korang google/youtube memang banyak resepi. Ada yang sama dan ada yang lain sikit. Cara aku ni simple dan sedap emmmmmm <3 #bukanpujidirisendiri


Sila tekan : Resepi Kek Batik  (untuk buat kek batik indulgence, kek batik mestilah lembut. Jadi, lebihkan air) 

Dah siap kek batik? Letak dalam peti. Ok kita terus buat topping indulgence.


Topping (indulgence)  

#Layer 1 (cream cheese) . Alatan yang digunakan - Mixer

Bahan : 

1- Cream Cheese 250g
2- Whipping cream - 1/2 cawan
3- Gula ising - 2 sudu besar
4- Esen vanila - 1 sudu teh
5- Gelatin (agar-agar) - 1 sudu besar
6- Air panas - 50ml (sukat guna cawan/botol yang ada sukatan contohnya shaker)

Cara buat : 

1- Masukkan semua bahan 1-4 kedalam bekas mixer mengikut turutan dan sukatan yang telah dinyatakan.

Mix mereka sehingga sebati dan licin (smooth) . Kalau rasa sebatian itu agak pekat semacam, sila tambah whipping cream 1/2 cawan lagi. Mix sehingga adunan itu nampak smooth je. Take your time ok!

2- Bila dah smooth, licin (takde yang berketul). Rasa sikit, okay tak? Manis ke tawar ke takde rasa? Kalau dah cukup manis, procees step 3 . Kalau rasa tawar, tambah gula ising 1 sudu besar. Then, mix lagi. Kemudian, rasa. Ha manis kan? okay terus step 3. 

3. Masukkan Gelatin 1 sudu besar ke dalam air panas 50ml. Kacau sehingga larut kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese tadi. Teruskan mix! zenggggggg (bunyi mixer)

4- Dah siap. Keluarkan kek batik dari peti ais dan tuangkan adunan cream cheese. Ratakan atas kek batik tu! Then, masukkan balik dalam peti ais.

#Layer 2 ( chocolate ) - Alatan yang digunakan : periuk kecil dan api dapur

Bahan : 

1- Dark chocolate - 1/2 bar
2- Buttercup - 1 sudu besar
3- Whipping cream - 150ml

Cara buat : 

1- Masukkan bahan 1-3 mengikut turutan dan sukatan yang dinyatakan ke dalam periuk kecil.
2- Api sederhana dan kacau mereka sehingga sebati. Kacau sehingga mendidih, jangan stop kacau. Teruskan kacau, kacau sampai mendidih. 

Step ringkas, tapi ambil masa juga. Layan kan je sampai mendidih dan agak likat. Jangan sampai hangus sudah la. Hahaha

3- Dah siap? Keluarkan kek batik yang dah ade layer cream cheese tadi, tuang adunan chocolate ke atas cream cheese yang dah sejuk beku. Ratakan! Masukkan dalam peti ais. Selepas 30 minit, boleh makan!



Itu saja. Share gambar dan tag @fzhmdnr di instagram kalau korang try resepi ni okay? Let me know resepi ni menjadi ke kat orang lain? Hehe goodluck!


Saturday, 3 August 2019

Stand with : Allah is The Best Planner

tak kira macam mana sekalipun bentuk kehidupan yang sedang kita jalani, suka untuk aku ingatkan diri selalu. Keep remind yourself about Allah because no one will do it for you!

Boleh jadi, tindakan kita tidak sehaluan dengan hati.
Kamu tahu apa yang aku maksudkan. Ya, kamu tahu.

Kamu tahu bila hati, pemikiran dan tindakan tidak sehaluan.
Bila semuanya meronta-ronta. Ya , kamu tahu.

Keep remind yourself about Allah for every step in yourlife.
You get something, said Alhamdulillah, hadza min fadhli rabbi (semuanya kurniaan dari Tuhanku)
You lost something, said Alhamdulillah, bersyukurlah nanti Allah tambah.
You feel down, said Allah know what the best for me.
You feel fresh, said Alhamdulillah, may Allah bless everyone in this world.

Be kind.


You read my blog then you know what i've plan for my life. Honestly from the bottom of my heart, i just plan it to make me strong face anyone when they ask about my future. 100% i give it to Allah. Aku tawakal. Aku serahkan semua pada Allah untuk tentukan yang terbaik untuk aku. Dari segala sudut kehidupan, bermula masa depan diri kemudian keluarga, kawan-kawan dan pasangan. Moga Allah aturkan yang terbaik untuk aku.

So, yah. I write my blog for myself :)



Tuesday, 23 July 2019

Buy new phone at 20years old!

Bawah 17tahun, kitorang (siblings) akan dapat phone turun-temurun dari Abah dan kakak/abang. Sumbernya pada Abah lah. Abah selalu beli phone baru, pastu phone dia turun pada kakak, abang sampailah adik bongsu. Yang pasti memang akan guna phone terpakai dari family sendiri. But after SPM, Abah akan belikan kami phone baru mengikut harga yang ditetapkan. Mostly dalam RM700+ camtu je. So, pepandailah cari phone mana yang kitorang nak dengan range harga tu.

Pastuh habis SPM, aku pilih Vivo Y55 sebab fizikal dia lebih kurang iphone. Dulu kamera duk tepi hujung tu kira iphone lah LOL 


Sumpah camera dia memang lawa! Clear teruk. Tapi sayang, since ini phone pertama milik aku. Aku taktau langsung apa yang seketul handphone perlu ada. Abang aku yang belikan handphone ni, mati-mati aku ingat dia dah siapkan semua keperluan handphone ni. Sehingga lah satu hari, handphone ni terjauh di jalan tar. Skrin retak! Skrin ok skrin! Masa tu baru aku tahu, handphone aku takde tempered glass. Hanya plastik biasa je ada. Wehhh sumpah aku termenung di atas ke-slow-an aku T.T // taktau nak nangis ke apa? Termenung and yes skrin retak. Tapi aku bertuah sebab handphone masih berfungsi baik.

Lama-kelamaan, camera handphone ni jadi blur. Blur kanan, blur kiri sampai menyusahkan kerja-kerja aku. Punca jadi camtu sebab selalu jatuh kot? (ye aku salah, tahu) (bagi aku ruang belajar sendiri HAHA) Pastuh, storage selalu full. Proses edit gambar perlu banyak apps, tapi selalu full storage. Install tu, uninstall ni. Gilir-gilir camtu. (16GB) 

Pastuh aku selalu bergantung harap pada camera phone adik aku untuk urusan kerja. Tapi sampai bila? Sampailah masa adik aku nak masuk U. Masa tu, aku rasa terdesak dan terpaksa juga beli phone baru demi camera dan storage juga. And finally, i bought iPhone 7 lolololololo (ofkoslah second hand)

-----

 Kenapa beli iPhone?!

Sebab dua perkara je, camera dan storage! Aku sakit kepala fikir android sebab kekadang android ni memula je baik, lelama dia harem hahahaha. Ini berdasarkan pengalaman aku lah. Lain orang, lain pandangan sebab keutamaan kita berbeza. 

Tapi dari segi bateri, android is the best! bateri iPhone macam pondan sikit. Haha, sehari wajib cas dua kali. Sokaylah, nothing perfect in this world guys. 

Jadi aku share serba sedikit pasal iPhone yang aku beli ni : 

Model : iPhone 7 , 128GB second hand (LL set)
Instagram : khallegacytrading
Harga : RM 990 full set box (murah sebab body belakang calar, takde masalah aku tepek casing jelah cecantik)

Aku yakin ramai yang nak cari kedai iphone yang trusted seller. So this is the one! Sila stalk laju-laju instagram tersebut.

Thursday, 11 July 2019

Last day! (this is a good idea)

Hai everyoneeeee! Today is the last day for me writing about my daily routine. So, i'm gonna move to the next plan which is more interesting and fun.

Jadi, harini bermula pada pagi aku pergi pasar beli barang dapur. Alhamdulillah,and i spend my time for myself. Do what i love, such as watching youtube channel, kdrama, manage my financial, make some planner and so on.


My life now is an artist. Homepreneur.
So, i need to add knowledge about bussines.
Managing my financial and life like an adult. (yes i'm now 20)

My life is never same like other peers , but it doesn't matter for me because this is my choice. So, i'm happy for my life right now and future. In shaa Allah aamiin. Real life is now begin!

There will be more hardship and more interesting things gonna happen.I must face it. So, in shaa Allah let's pray for the best. Be the best version of me. Yep! In shaa Allah may Allah ease everythings.

/

I think this is a good idea for starting my new daily routine. 5 days keep myself on doing things, and training my mind to think wisely, control my mood .I did it! Alhamdulillah

Hadza min fadhli rabbi untuk segala idea dan semangat! Ini merupakan lastday untuk aku update pasal usaha creating my daily routine. Mission accomplished! So, i will make sure i keep  update blog every single day for my future reference and for me to keep motivate in life.


- Thanks for reading my silent readers :)



Wednesday, 10 July 2019

Fourth day (Allah's servant)






Assalamualaikum and hye everyone! Kisah harini, kita skip pagi terus kepada tengahari hahahahahha jangan tanya kenapa. Okay, alhamdulillah done postage today.Lepastu tak banyak aktiviti yang penting aku lakukan harini. More to find spirit and motivation.


So, what i get today?
Harini Allah izinkan aku jumpa satu video motivasi di instagram. Tekan - Video Motivasi Inspirasi kalau nak tengok.Eh nope! Wajib tengok lah guys. Sikit  pun tak rugi, sangat-sangat menyentuh benak fikiran agar pemikiran lebih luas dan berjaya.


Banyak jugak yang berlaku harini dan sepanjang 2019. Bukan sahaja dalam kehidupan aku, malah kehidupan orang lain juga. Tidak manis untuk aku bukak kisah orang lain dalam blog ini. Cumanya, kisah-kisah mereka sedikit sebanyak menyentuh perasaan ini. Pada tarikh harini, Malaysia tahu media banyak menyiarkan tentang apa? Boleh google sendiri kalau nak tahu. Apa yang telah berlaku  menyedarkan aku bahawa it is not only me yang hadap perkara sebegini.It is not  only me yang perlu menerima takdir Allah yang secara amnya, diri ini tidak menyukai perkara tersebut. But you know what? Kau siapa nak cakap suka tak suka? Kau hamba. HAMBA. Pergi buka kamus dewan, apa maksud hamba? Dah lupa diri kau ni. Pandang kiri kanan, semorang berjaya lah konon. Pandang atas bawah, semorang hidup kaya raya. Semorang hidup smooth je. Kau jela yang sempit dihimpit? 

I'm so pity with myself. Bangun please *tampar tampar muka

Kau berpijak di dunia ini sebagai seorang hamba. Hamba Allah. Memang Allah yang mengatur segalanya namun kasih sayang Allah meliputi segalanya. Sakit pedih yang kau rasa hanya untuk sebuah kehidupan yang lebih baik. Yep! sekarang kau tak nampak, sekarang kau rasa sedih. Trust me, ada satu bentuk kebahagiaan menanti di hujung cerita. 

Cerita takkan pernah habis beb. Lepas mati pun ada kehidupan yang lain. You will always walk and walk. Sama ada kau patah hati, kecewa, meroyan and so on. You must always have faith! Bangun bangkit dan teruskan berjalan lagi.  No one yang sanggup korbankan seluruh hidupnya hanya untuk gembirakan hati kau. No one! Sebab dia pun manusia, dia ada life dia sendiri. 

We just share our lives but we don't be the same things. You is you, me is me but when we are together. That's us!

Yang datang, pasti pergi. Yang hidup, pasti mati.
Jodoh, ajal, rezeki, manusia disekeliling kau. 
Pasti datang dan pergi. Pasti, mesti!

Ready to face it. Allah with you.


Berkata syeikh salim bin eid al-hilali,

"Orang mukmin yang sempurna keimanan dan tulus keyakinannya, sentiasa bersyukur kepada Allah pada saat merasai kesenangan dan bersabar atas kesusahan yang menimpanya. Dia sentiasa berada pada posisi keredhaan. Oleh itu, penderitaan yang dialaminya berubah menjadi nikmat dan ujian menjadi anugerah kerana padanya mengandungi banyak pahala dan kesudahan yang baik. "



Monday, 8 July 2019

Third day!



Third day thread for my daily routineeeeee! I'm so happy sebab setiap pagi semangat giler nak bangun sebab nak update blog, nak siapkan task.Wehh seronok pulak buat semua ni. Hihiks. So, Alhamdulillah target untuk bangun setiap hari dengan jiwa yang semangat, dah tercapai!

Journal harini, lepas subuh aku tidur semula sebab the early i wake up, the early i feel hungry. Untuk masa terdekat, semangat nak memasak belum pulih. So,  i focus to make me feel value in life. So, aku bangun pukul 9pagi bila rasa, dah takder reason untuk tidur. Lepastu gosok gigi, basuh muka dan balut parcel totebag untuk cod petang nanti.

Siap balut semua tu, aku terus update blog ni! Jadi, plan harini. Mandi, makan, cod dan pos barang. Then, siapkan totebag lagi untuk postage esok! May Allah ease everythings. Aku rasa sesak sikit sebab design agak susah, sumpah nak nangis tapi hati kena kental. Do my best! Make my customer feel proud. In shaa Allah!

" Action speaks louder than words"

So let me do first, and story later. hihiks see yah!


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay! Alhamdulillah hari ketiga i turun dapur masak Kari Ikan. Harini masak rujuk recipe Dapur Kekja : Kari Ikan -  boleh tekan

Pastuh tetiba mood sedih, geledah almari untuk dapatkan jajan! So lepasni boleh didik diri kalau sedih, sila makan ya! Harap gain weight lah. Hihiks

Tu je kot?  at least i do something.Not guling-guling atas katilor scroll instagram semata.

ok next day! Hahah






Sunday, 7 July 2019

Second day (teach me a lesson)

Konsep makin hari adalah jadi diri sendiri. Aku maafkan tajuk-tajuk entri blog aku yang macam tak proper. In my growing, english is better than bahasa melayu. Kenapa ya? okay aku bagi contoh.

English : Second day (teach me a lesson)
di fahami sebagai : Hari Kedua (pengajaran)

Melayu : Hari Kedua (mengajar aku sebuah pengajaran)
di fahami sebagai : maksud yang sama panjang dan hambar.

tapi english lebih simple dan padat. lebih tepat ke hati. Setuju?!

-------- mukadimah tamat di situ



Advertisment : Totebag Hand-Drawn Your Own Design by Faezah Mdnor
Check it out on instagram : artotes.co
Catalogue design & price : catalogue.artotes
/

Alhamdulillah,today is my second day doing my daily routine. Jadi setakat harini, aku berjaya bangun awal pagi dek kerana sebuah panggilan. Aku ambil kesempatan untuk bertahajjud yang sangat aku rindui. Alhamdulillah syukur! Moga istiqamah.

Jenis aku, kalau dah bangun awal pagi memang susah nak lelap sebab badan dah rasa segar. Jadi, aku tunggu sampai waktu subuh. Selesai solat subuh, aku syahid balik. Allahu futurnya diri ini.

But it's okay, don't judge yourself. Raikan setiap perkara baik yang kita cuba usahakan. Bad things is always around you. To be the good one, you must be different than others. (hati kena kental beb)

Hari kedua ini mengajar aku untuk "SAY NO BECAUSE OF ALLAH"
Berkata tidak hanya kerana Allah. Maksudnya di sini, bila diajak untuk membuat keburukan, sama ada dari kawan-kawan mahupun nafsu sendiri. Katakan tidak! (weh susah weh sumpah)
untuk insan-insan futur macam aku ni, memang susah. Tapi percayalah, hati yang yakin dengan Allah tidak berasa resah. Tenang dan nyaman saja.

"... Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." - Ar-Ra'd : 28

Sepanjang penghijrahan ini, air mata memang teman setia. Setakat ni dah dua tahun aku menangis. Eh takdelah non-stop. Tapi almost everyday aku nangis sampai dah dua tahun ni masih lagi nangis sikit-sikit.

Aku taktau lah camne korang punya kisah kedewasaan but this is mine. This is my story. Aku nak baca balik bila aku dah kahwin, ada anak. Mesti cute je baca ni. Hahaha alololo manjanya seketul pae. (mendekk lah dia nih)

Selamat menjadi seketul Faezah yang lebih dewasa. *sebak hahah
/


First day (try to have daily routine)

Okay ini merupakan hari pertama untuk praktikal Daily Routine (tiber guna bahasa melayu). Sorry kalau blog aku dah macam  rojak kepelbagaian bahasa. Kreatif yet? Hahahahahaha.

Aku cuba untuk buat apa yang aku dah plan haritu. So resultnya, harini aku tidur lepas subuh (dasar janji melayu) --- tolong jangan libatkan perkauman kerana ia hanya suatu pepatah orang lama okay. Haha // Pagi tadi lepas solat subuh, aku rasa badan lemah pastu baring jap pastu eh eh dah pagi. LOL

Sakitnya bila berhenti buat baik, bukan senang nak start balik. Semua sama je. Betapa susahnya orang merokok nak berhenti merokok. Betapa susahnya nak praktis tak tidur lepas subuh bila kau sebenarnya dah give up nak jadi productive pastu tiber nak start balik.

Aku taknak cakap pasal kisah silam tapi agak sendu untuk difahami kalau korang tak faham kenapa aku sibuk nak ada daily routine dan jadi produktif. Okaylah citer sikit. Aku sebenarnya dah give up nak hidup since my family tak support aku, susah senang aku nangis sensorang. Paling pedih bila aku susah, diorang buang aku camtu je beb. Aku yang sibuk-sibuk nak hidup balik sebab dah jumpa teman hidup. Aku doa moga berjodoh dengannya, Aamiin ya rabb.

Cukup sampai situ aku taknak spread negativity. Jadi pada petang yang indah dengan dendangan kenduri kahwin jiran depan rumah, aku pun bangun update blog. Aku nak praktis diri supaya jangan dilayankan mood give up, jangan dilayankan rasa malas badan tu. Malas-malas pun bangun je buat something, jangan melepek nanti jadi malas berganda. Ada masa kena kawal masa dengan handphone. Handphone sekarang ada satu kegunaan je.Internet , instagram dan seangkatan dengannya. Sometimes, kena campak nset ke tepi dan biarkan diri buat kerja yang sihat.


Ini Jess Conte, kawan aku. 
Pergh perghhh kau jangan nak percaya sangat. Dia vlogger di Youtube. I love to watch her Channel on Youtube! Setiap hari ada saja video dia post. Produktif sangat hidupnya! Yang baik kita ikut okayyyy. ----- sebab dia cantik. halah halahh


Okay sambung untuk second day (esok)!



Friday, 5 July 2019

Creating my daily routine!

Since i'm gonna stay at home for a long time, i think that i must have my own daily routine. I'm getting so bored and tired to spend my whole time just for sleep. Okay, enough with sleep. Let's find another things to make my day more productive! This is my own style, do what i love.

This is some ideas for me when i feel so bored and nothing to do.



Wake up in the morning,and don't sleep after Subuh.
Keep reading some books, lipat baju, blogging and feel free to do anything but don't sleep.
Have a sleep after Subuh will make you feel tired for the whole day.

Another things to do is creating your bullet journal (as you wish)
By doing bullet journal will improve my art and hand-writing. This is so good for my little bussiness which is @artotes.co <3

Watching Kdrama.
Watching Youtube Channel Jess & Gab , Amandarachlee
because they make me feel very productive! watch more, do more ;)

I think thats all for my personal daily routine. I create something new on my daily routine because i really need a new me. new situation. new surrounding. So this is the best way to adapt with my new life. I will update for my every steps to get my productive day!


Today, i'm not sleep after Subuh.
I'm thinking about this blog to update something.
And i did it.



Friday, 14 June 2019

Hobi baru (Small Drone)


Apa sahaja berkaitan dengan hobi, there is no istilah membazir sebab it make us fun! Tapi kalau sampai beribu-ribu untuk hobi sahaja, okay fine itu membazir (for me)

Aku berangan nak beli drone since Form 5, and now I was 20years old. 3 tahun juga penantian, baru dapat beli padahal harga murah je yang kecil ni. Macam mana aku boleh kenal drone? First time aku tengok drone dalam video Zizan Razak, kau taip je dalam youtube Zizan jumpa UFO. Dia memang propa sikit lol. Masa tu, aku rasa style gila benda yang terbang tu. Hahaha

Aku suka benda yang style, simple, smart camtuh lah. Mostly barang-barang boyish lah kan yang macam tu. Kalau girsl, kekadang macam terlalu euwwww hahahah.
/
So, kenapa aku beli drone / pilih drone sebagai hobi?

First, sebab aku dah lama nak try main benda ni. Hari-hari aku stalk instagram yang jual drone since aku kat matrik pun memang hari-hari aku stalk. Sampaikan masa tu aku memang takde duit langsung, tapi keinginan tu tinggi. Lastly, aku unfollow ig tu. Kekadang aku block ig tu, bila aku ade duit tapi perlu digunakan untuk hidup. Sebab takut aku terbeli sedangkan duit nak guna hal yang lebih penting. HAHA. Second, sebab aku tahu bahawasanya aku kena belajar cara nak control drone supaya dia terbang dengan elok. Memang at first, beribu kali drone ni jatuh and i know that bila nanti aku dpt terbangkan dia normal adalah satu kepuasan dan kejayaan bagi aku! So that, drone ni macam mengajar aku untuk stay educate and don't give up until you see the success <3

For everything i choose to do, i will make sure perkara tu bagi manfaat pada aku. Hatta, benda remeh sekalipun yang aku buat. It must be a reason, why i do that. Bukan sebab saja-saja, suka-suka. Tak. Wajib ada lebih dari satu reason kenapa aku buat perkara itu. Hihiks

/

Hobi korang apa? Jangan cakap tidur eh. sebab aku nak join jugak T.T


Oh ya lupa nak letak details pasal drone yang aku beli ni.

Model : S49 (design batman)
- Small drone
- No camera
- Range 70m
- Flight time 7-8min

Mode : Speed conversion & 360 Eversion 

Harga : RM 70 + Rm10(SM) ------ Promosi Raya, Harga Asal RM90
Instagram : quadtech_official

Model ni khas untuk beginner macam aku, harga pun memang paling murah diantara drone yang lain. Ofkos aku buat main dalam rumah je. Hahaha



Wednesday, 12 June 2019

Dapur Kekja : Mee Kari


Musim raya ni takde idea nak masak apa untuk tetamu raya? Harini, esok lusa ada orang datang rumah takkan nak hidang menu sama? So here we go, Mee Kari guys. Kompem tak mintak duit raya, mintak tambah je. (kemain over teruk nih. Maaf)


Cara sediakan Mee Kari : 

1. Rebus Mee. (sama ada mi kuning / mi lidi)
2. Rebus Telur seadanya.


sambil itu, 

Bahan kuah kari : 

1. *Lada kering - 13 batang?! (kurang dari segenggam sebab taknak pedas sangat)
2. *Bawang putih - 8 ulas
3. *Bawang merah - 3 biji (saiz medium)
4. *Halia - sebesar dua kali ibu jari. (untuk rujukan sendiri)

5. Santan - RM5 (setengah kg kot? Haha)
6. Daun kari - 5helai
7. Serbuk kari - 2 sudu besar + air (bancuh sebati)
8. Kiub maggi - 2  & garam - 2 sudu teh & ajinamoto - secubit biasa.


9. Ayam cincang (basuh dulu ok bye)
10. Kerang (rebus dulu, pastu kopek isi dia)
11. Bebola ikan - sebungkus.


Cara masak : 


 1. Blander lumat yang bertanda *
2. Kemudian tapis yang diblander,
3. Panaskan minyak dalam kuali , kuantiti minyak lebih banyak dari bahan blander.
4. Masukkan daun kari + bahan yang telah diblander + serbuk kari yang telah dibancuh dgn air (simbol " + " bermaksud, masukkan secara berterusan)

5. Kacau dan biarkan sekejap supaya pecah minyak. Masukkan kiub maggi + garam + ajinamoto
(kuantiti telah disebut dalam Bahan )
6.  Kemudian, masukkan ayam cincang + air semangkuk. (kalau rasa kering, tambah lagi air)
7. Kacau sekejap dan masukkan santan.

# Bila dah masuk santan, teruskan kacau non-stop. Hihi, boleh je rehat dalam 3saat supaya tangan tak lenguh. Pastikan terus kacau sampai didih. Jangan biarkan lama tak kacau, nanti pecah santan. Kacau je sampai mendidih. Memang leceh sikit hihi

8. Bila dah mendidih sikit blup blup, masukkan kerang + bebola ikan. Teruskan kacau tau! sampai mendidih keseluruhan.

9. Bila dah mendidih keseluruhan, kecikkan api dan kacau sikit-sikit je masa tu takpe sebab santan dah okay selamat. (rasa sikit, kalau macam kureng je nihh sila tambah kiub maggi satu) (kalau kureng sikit lagi, tambah garam satu sudu teh)

10. Biar kan didih lama supaya kuah tahan lama!

Siap!

Hoiii jangan lupa yang tengah rebus tu! tengok-tengok kan sekali. Lol





p/s : Nothing to be rush, enjoy your cooking day! xoxo



Friday, 7 June 2019

Kerdil

Kita terlalu kecil dan kerdil untuk menampung segala ujian seorang diri. Jika semuanya kita letakkan semata dibahu sendiri, confirm tersungkur. Jadi bagaimana?

 Serahkan diri kita pada Allah. Allah itu Maha Baik.

Dia bagi kita ujian, bukan untuk tengok bagaimana kita tampung ujian seorang diri. Tidak. Allah berikan ujian untuk melihat sejauh mana kita akan mencari Dia. Sebab itu ujian tanda Allah sayang.

Ujian pertama, kita jatuh kemudian mencari Allah dan rasai kemanisan iman. Sudah jauh perjalanan dengan kasih sayang Allah, lalu tanpa sedari kita terpesong sedikit dek arus kehidupan. Lalu datang ujian kedua, kita jatuh dan mencari Allah tapi kalini kita sedar lebih mendalam. Bukan sahaja kasih sayang Allah, kita juga belajar untuk redha dan berserah hati pada Allah. Kita teruskan kehidupan lalu datang pula ujian lain, kalini Allah nak ajar kita tawakal. Lagi dan lagi sehingga hujung nyawa, ujian tetap ada hanya untuk mendidik hati agar lebih bersedia menemui Ilahi.

Seberat mana pun ujian, kita terlalu kerdil untuk menampung sendiri.Carilah Allah, di situ nanti akan terasa erti sebuah kehidupan. Pertikaikan kata-kata manusia lain. Dah susah baru cari Allah? Ma shaa Allah, bersyukur sangat hati ditiup hidayah untuk mencari Allah. Bukan senang. Hidup semakin 'tough'. Tak semua kita nak, kita dapat. Kadang ia berlaku disebalik  apa yang kita harapkan. It doesn't matter masa bila kita mencari Allah. Yang penting adalah kita berusaha kembali ke jalan Allah. Itu saja.

Jangan jadikan masa sebagai penghukum. Masa tak bersalah. Hiraukan bicara manusia yang tidak membantu dalam hijrah mu. Move on

"Baca buku agama tapi still teruk." , "post islamik tapi hampeh" dan banyak lagi bicara yang menyengat telinga saat mendengarnya. Itu juga ujian buat kita. Ingatlah, kita berubah kerana Allah. Kerana ingin merasa tenangnya cinta Ilahi. Bukan untuk puaskan hati manusia. Ini ujian paling hebat bagi saya, terutamanya bila keluarga sendiri yang melafazkannya. Saya bukan malaikat, malah jauh sekali. Saya penuh dengan kekurangan.Namun, saya tidak membiarkan kekurangan saya menjadi penghalang untuk saya mengalah dan putus asa. Jika saya putus asa, saya sudah tidak ada didunia. Saya juga penat. sangat penat.  Namun saya perlu kuat, hanya kerana Allah.

" Qowiy lillahi taala "

Dalam bersabar, tidak bermakna kita akan sempurna. Tidak. Dalam bersabar, kita juga akan menyakitkan orang lain tapi kita tidak bertanggungjawab atas mereka yang hanya berfikiran negatif. Sampai satu tahap, kau perlu jadi 'selfish' . Because that was the only way that i can do.

Semakin jauh mendalam bicara aku kalini. Cukuplah disini, semoga meresap dijiwa. Sabar, tenang dan santun :)

/

Jujurnya ucapan ini buat diri sendiri yang sekarang, dan yang nanti. Sabar ye, sabar kunci segala kejayaan.

Moga Allah redha, sampai ketemu lagi. Hahah bye! Lol












Friday, 31 May 2019

Home Organize : Closet

My feel-at-home project is more to organize lah. sebab apaa? sebab aku paling lemah bahagian mengemas mahupun menghias. So that, aku banyak cari inspirasi mengemas bahagian closet sahaja sebab bukan rumah sendiri. Jadi, hak aku hanya dibahagian itu. Menghias tu rumah sendiri nanti lah ek. Hihi

Ruang dalam closet aku tak luas sangat. Jadi kalau lipat biasa, dia jadi menara berkembar dan kadang-kadang jadi menara kembar tiga dan gunung everest. Pastu bila nak amek baju bawah-bawah habis runtuh, musnahlah segala lipatan pastu serabut balik. Pastu lipat balik pastu ulang-ulang.

So this is my new-style for closet organize. Kita guna konsep multipurpose storange (bakul). Kenapalahhh aku tak snap gambar sebelum dan selepas? *menyesali T.T. Takpelah aku bagi gambar google yang lebih kurang.


BEFORE (from google) : 



AFTER ( My own closet ) :



Dia ada cara lipat tersendiri supaya baju itu berdiri dalam bakul tu, means dia tak melorot jatuh. By the way, aku nak beli lagi 3 bakul sebab nak masukkan baju yang dari ampaian. Kedai RM2 sahaja!


Kepada geng lipat baju tak lawa (me T.T), ini jelah caranya setakat ni. Cantik dan kemas!



Monday, 20 May 2019

The beginning of success

Gagal? umpama mimpi buruk dalam sebuah impian kehidupan. Tapi kalau ianya berlaku, adakah ia menjadi kehidupan yang malang? Tidak, kegagalan adalah permulaan bagi sebuah kejayaan. Kepada yang pernah merasa gagal dalam hidup, anda bertuah kerana anda terpilih untuk menjadi insan yang berjaya. Dengan syarat, jangan give up! 

La Tahzan, Innallaha ma'ana. Jangan bersedih, Allah bersama kita. 
Dari segi pandangan duniawi, gagal itu umpama tamatnya riwayat sesebuah kehidupan. Oh kita silap, padahal ia tanda permulaan bagi sebuah kejayaan dan kehidupan yang lebih baik.  


Menjelang Ramadhan, bulan ini penuh berkatnya. Banyak perkara yang samar, kini dijelaskan. Banyak perkara yang terselindung, kini di perlihatkan. Bulan ini bulan yang suci, penuh kejujuran dan keadilan. Bukan sahaja tahun ini, tahun sebelumnya juga aku diuji. Diperlihatkan satu demi satu hikmah setiap yang berlaku. Syukur Ya Allah. Tiada apa lagi yang perlu aku runsingkan, malah pengucapan syukur serta berusaha mencari redha Ilahi.

Secara jujurnya, aku benci tajuk entri ni. Tapi ingat selalu, hidup tidak selalunya berlaku seperti apa yang kita inginkan. Setiap perubahan dalam kehidupan sama ada ke arah yang lebih baik mahupun sebaliknya, percayalah dan berimanlah bahawa itu semua Perancangan Allah. Tetapi walau apa yang berlaku, ia tidak bermakna yang kita perlu menyerah. Give up? Nope.

1.      It's hurt me every single time. My heart become sick day by day. Ia memberi kesan mendalam pada aku dari segi mental dan fizikal. 43kg become 38kg. Guys, when i was 43kg, my friends told me that i'm skinny. So, kalau 38kg bayangkan lah toooooo skinny macam skeleton  (rangka manusia). Ok kenangan yang ni kelakar. Tak pernah terlintas umur 20tahun berat bawah 40kg. Tak pernah langsung sebab 43kg pun dah okay kurus----- *deep breathe (i smile) Alhamdulillah kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Maha Mengetahui.

Aku tak pernah terfikir dan terlintas bahawa aku bakal berada di fasa ini. Sebelum ini, kita hanya mendengar kisah orang dan kita berusaha mendoakan yang terbaik buat mereka. Kalini, dibahu sendiri. It's really happen like dah jadi dah pun (takyah risau, takyah bebel) dah jadi dah pun, dah jalani dah pun, dah habis dah pun.


yahhhhh everythings good, everythings okay yehhhhhhhhhh *sigh



But, from this Ramadhan Mubarak. aku tersedar akan sesuatu. Sejak diuji lagi, aku berdoa moga Allah tunjukkan hikmah disebalik yang berlaku sebab aku tersangat terluka. Tapi aku gelojoh like doa harini, harini jugak nak dapat. Nooooo, it's wrong! Bersabar lah, sabar. (i smile again).


You know what? sekarang aku sedar hakikat ujian itu. Ma shaa Allah,  terbukti kebesaranNya. Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Penyayang. Setakat ini aku percaya, hikmahnya adalah untuk menguatkan mental dan fizikal sebagaimana aku pernah doa dulu. Jadi setiap ujian itu, percayalah Allah sedang memakbulkan doa kamu. Dunia ini takkan ada yang sempurna, kamu akan kehilangan sesuatu dan kemudian dapat yang baru. Ianya bukan dalam konteks yang sama. Contoh, harini hilang duit pastu selang dua tiga hari dapat duit banyak. (i know boleh jadi begitu) tapi jugak, boleh jadi harini hilang duit dan esok diterima bekerja ataupun terjumpa balik kucing kesayangan yang dah lama hilang.

Allah sedang memakbulkan doa-doa kita.

 Bersabarlah, kita teruskan belajar dan mencari hint kasih sayang Allah dalam setiap ujian yang diberi. Ujian takkan henti, yang aku inginkan hanyalah hati yang tenang menghadapinya. Aamiin ya rabb.


Ini bukan kisah inspirasi. Ini mungkin terapi hati (meditasi) agar mensyukuri nikmat yang sedia ada dan bersabarlah wahai hati dan jiwa.



Surah Al-Baqarah , ayat 45 :

" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang ; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepda orang-orang yang khusyuk; "




Friday, 10 May 2019

Dapur Kekja : Sambal Sotong


Salam, 6 Ramadhan 1440H. Alhamdulillah tahun pertama berpuasa di rumah sepenuhnya. So, aku juga tidak ketinggalan untuk berkongsi resepi berbuka puasa nanti. heheh. Here we go, Sambal Sotong!

Bahan : 


1- Sotong - 5 ekor
2- Lada kering - setengah genggam **
3- Bawang merah kecik - 4 biji *
4- Bawang putih - 5 ulas *
5- Halia - setengah ibu jari *

i. Gula - 2 sudu
ii. Asam jawa - hujung sudu (agak-agak je)
iii. Kiub maggi - 1 dan 1/2
iv. Kicap Manis - sikit je bagi sambal nampak gelap.


Cara masak : 

1- Sotong dibasuh dan dipotong empat.
2- Blander ** sehingga lumat kemudian blander semua *

1- Panaskan minyak
2- Masukkan yang diblander
3- Masukkan semua (i,ii,iii,iv)
4- Kecikkan api. Biarkan mendidih lama (5-10 minit)
5- Masukkan secubit garam dan ajinamoto.
6- Masukkan sotong dan biarkan mendidih (15minit)
7- Agak-agak dah kering sikit dah jadi sambal tu, okaylah. (make sure sotong tu masak) kau kena ada firasat yang tinggi. Hahaha memasak memang ikut kata hati tau. Pening nak terjemahkan. All i can say is, agak-agak je. Hahahah




Dapur Kekja : Nasi Lemak + Sambal


Nasi lemak merupakan menu utama sarapan pagi bagi bangsa Melayu. Since, we are Malaysian so that everyone can taste Nasi Lemak.

Cara masak Nasi Lemak :

1. Beras sukahati - satu setengah pot
2. Berasmati - 3 pot
3. Basuh beras dlm rice cooker.
4. Dah siap basuh, buang air.
5. Masukkan santan (1/2 kg) - RM5
6. Kemudian masukkan air sehingga paras masak nasi biasa. 
7. Koyakkan dan lipat 3helai daun pandan. Kemudian masukkan dalam rice cooker tersebut.
8. Tekan susi macam biasa. Biarkan dia masak.
9. Jenguk jenguk sikit, kalau dah mendidih. Godam guna senduk supaya santan sebati. Pastu biarkan dia masak sepenuhnya.


Sambal nasi lemak :

1. Lada kering - segenggam lebih **
2. Bawang merah kecik - 4/5 biji *
3. Bawang putih - setengah labu *
4. Ikan bilis - kurang dari segenggam. *
5. Gula - 3 sudu, asam jawa - setengah sudu (agak-agak je), kiub maggi - 1 dan 1/2 , kicap manis - sikit je supaya sambal nampak gelap sikit.


Cara masak : 

1- Blander yang bertanda ** dahulu sehingga lumat, kemudian masukkan sekali semua *
2- Panaskan minyak (masak sambal minyak kena banyak sikit)
3- Masukkan yang diblander.
4- Masukkan terus gula (amaun seperti yang dinyatakan)
5- Kacau lama sikit, masukkan asam jawa, kiub maggi dan kicap manis.
6- Kecikkan api. Biar mendidih lama 15minit and so on sehingga sambal kering bukan hangus (it's look like sambal yang dah siap. haha sila imagine)

/
Sambil tu boleh rebus telur / goreng popcorn ciken.


Thursday, 25 April 2019

Cara hidupkan lesen memandu

Alhamdulillah, aku baru sahaja melangkah ke lesen penuh memandu. So, aku nak buat note kalau-kalau ada member yang belum setel lagi. Jadi, begini caranya :

1- Pergi ke Pejabat JPJ 
(kalau di Muadzam Shah, Pejabat JPJ terletak di hadapan UNITEN bersebelahan Hospital)

2- Ambil nombor giliran.
(macam kat tempat aku, ada butang A & B. So, tekan yang berkaitan. Butang A kat situ dia tulis hidupkan lesen and so on. So, aku tekan butang A. Pastu ambil nombor giliran)

3- Pergi ke Kaunter
(Bila nombor dah dipanggil, pergi ke kaunter yang dinyatakan. Kemudian ikut sahaja arahan dia. Dia akan mintak kad lesen dan kad ic )

Bayaran : hidupkan lesen untuk setahun - RM30

aku hidupkan untuk dua tahun, jadi RM60

4- Tunggu sampai kad lesen yang baru siap!

Sangat simple, biar je orang tu buat kerja. Pastu kalau dia tanya apa, jawab je yang berkenaan. Takde apa sgt, itu saja. Dah jangan nervous! Hahahaha (aku je kot yang nervous, buat sendiri lol)

Kekja Study 02

Since aku dah mulakan Kekja Study 01 jadi aku perlu teruskan the next sharing is Flash Card. Apa yang penting sangat flash card yang sering disebut-sebut oleh penceramah, pakar motivasi and so on. Sebenarnya aku taklah "lurus" untuk ikut je apa yang penceramah recommend-kan (without knowing the reasons, eh kenapa kau buat ni? hm sebab penceramah tu suruh, ikut jelah.) Tapi as long as memang tips itu kena pada diri, ofkos aku ambil dan amalkan.


Flash card ni bukan salin lecture note! Tak rasa useless ke copy benda sama? So, flash card ni korang buat summary untuk topik tertentu mengikut cara sendiri dengan apa yang di fahami. Lepastu, rujuk pada lecturer, betul tak info yang kita dah buat ni? Selalunya, mesti ada penambahan sikit-sikit supaya flash card kita lebih padat dan tepat. At the same time, seriously korang akan menguasai subjek 100% . Tak study pun boleh survive waktu quiz sebab kita menguasai dengan memahami bukan menghafal.

Flash card ni khususnya subjek Biology, so this is mine. Hihi


Untuk subjek Chemistry topic Organic Compound, mindmap is the best ever! Tapi aku gedik-gedik buat flash card untuk mechanism. Heheh



Since aku dah terlambat update, dah seminggu aku tamat matrikulasi. Jadi, tips kalini menjadi lebih simple. Hahah, but this is my secret recipe for study. Bye!

Tuesday, 12 March 2019

Kekja Study 01


Okay ini awkward. selalunya orang bijak je share tips study tapi aku level otak-otak kempas ada hati nak share tips. Kahkah! 

Bagi aku, perkara paling utama dalam apa jua yang kita lakukan adalah "PENGURUSAN". Macam mana cara korang manage masa, manage diri, manage mood untuk study. Itu semua elemen-elemen yang sangat penting untuk memulakan sesi mengulang kaji. So, before aku nak start ulangkaji. Aku akan ambil mood dengan menyusun segala nota-nota kuliah mengikut subjek. 

Seperti dalam gambar di atas, aku dah tebuk dan kepilkan nota-nota kuliah mengikut subjek. Kalau ada subjek yang terlalu banyak chapter, better korang asingkan menjadi Part1 & Part 2.



Contohnya untuk subjek Biology, ada empat chapter je tapi subtopik dia banyak gila sampaikan satu chapter pun dah tebal. So, aku split jadi dua.

Part 1 : Chapter 17-19
Part 2 : Chapter 20-22

Tujuan aku buat camtu supaya aku tak mengeluh untuk study bio dengan alasan banyak gilaaaaa nak study. So that, day 1 aku boleh study Part 1 ( ala tiga chapter jerr pun) pastu esok sambung Part 2 pulak (tiga chapter jerrr pun) pastu done study semua chapter! Nice tak? Aku memang suka psiko diri sendiri bila study. Jangan letak mindset "banyak gila nak study". Slow-slow, kena pandai manage.

Ini adalah basic untuk mengulangkaji . Apa yang penting adalah fokus dalam kuliah. Masa tutor, buat latihan sungguh-sungguh. Enjoy yourself sambil belajar. Pastu boleh proceed dengan Flashcard!



Continue reading : Kekja Study 02




" lain orang, lain cara belajar. if you like this one, then proceed.
if you don't like it, thanks for reading ;) " - sincerely for my future reference





Monday, 4 February 2019

Who I am in 2019?


Assalamualaikum, hai! sudah lama tidak ketemu. Dah lama jugak korang tak jenguk blog ni kan? Setelah begitu lama on off sebagai blogger disebabkan oleh tugas asal di realiti kehidupan iaitu seorang pelajar. and yes! saya masih seorang pelajar untuk 4 bulan pertama pada tahun 2019. Apa maknanya tu? Maknanya, dah nak habis belajar omg. tapi baru matrik guys, sabar bawa bertenang. Jadi, mungkin juga kesibukan di matrikulasi menyebabkan komitmen saya untuk blog ini semakin perlahan dan semput.

Tapi takpe,  but i will make sure for the next year. I will make this blog noise again! (In shaa Allah)
By the way, dah lama nak bagitau selepas menamatkan Tingkatan 5 di SMK Muadzam Shah. Saya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) aliran sains tulen (Modul 1) selama dua tahun. (PDT)

Mengikut perancangan diri, pengajian ini hanya satu tahun.Tetapi perancangan Allah lebih baik, maka menjadi dua tahun . And you know what? Tahun ni adalah tahun kedua. In shaa Allah bakal menamatkan pengajian pada pertengahan bulan 4. Doakan guys! 

Ok next plan? 

Next plan adalah melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kos apa? Universiti mana menjadi pilihan? Sabar tuan puan. Namun, perancangan Allah adalah lebih baik dan sentiasa baik. Maka, saya mengambil keputusan untuk " berehat seketika " dalam akedemik dan fokus pada kemahiran diri memandangkan secara umumnya diri ini amat meminati bidang kemahiran. Oleh itu, saya ingin menumpukan segala skill dan seluruh komitmen terhadap perniagaan kecilan saya iaitu artotes.co // Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tengok di Instagram : artotes.co

Terima kasih kepada semua yang menyokong saya, yang meyakinkan saya untuk membuat keputusan (dengan petunjuk Allah). Terima kasih juga kerana sentiasa bersangka baik terhadap apa sahaja yang saya lakukan dan mendoakan yang terbaik. Jazakallahu khairan kathira! 

Di atas segala pengalaman hidup, maka itulah yang berada dalam perancangan saya. In shaa Allah, moga Allah izinkan dan permudahkan ia menjadi kenyataan. Namun, apapun perubahan selepas ini, marilah kita beriman kepada qada' dan qadar. Sesungguhnya Allah inginkan yang terbaik untuk kita. Allah Maha Mengetahui.


Tiada siapa yang menjanjikan hidup ini mudah. Tapi ia menjadi mudah bila kita redha dan percaya pada Allah. Jaga solat dan jadilah yang terbaik! Kesempurnaan juga tidak wujud dalam diri manusia, maka teruslah perbaiki diri kerana itulah yang terbaik. Perbaiki diri maksudnya kita ni memang selalu buat salah, pasti ada saja kesilapan demi kesilapan yang kita lakukan. Moga diberi ketabahan dan istiqamah kepada sesiapa yang sedang berhijrah. Begitu juga diri ini! Kita mampu untuk teruskan hidup dan jadikan ia lebih baik hari demi hari. #roadtorealadult

See you soon, on the next post.


 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI