Monday, 24 December 2018

Kekja Skincare : [ SIMPLE ] Refreshing Facial Wash Gel


MY EXPERIENCES

My current face wash! (2019)

Sebelum ni guna Hadalabo Deep Clean & Pore Refinning Face Wash . Kenapa yang ni? Saya compare ingredients hadalabo (my previous face wash) dengan face wash yang ni. Since, saya memang jenis simple, dan baru tahu ada product jenama SIMPLE. Ingredients dia pun simple! Ingredients untuk both face wash ni lebih kurang  je. Berbeza sikit je tapi totally agak sama. SInce, di akhir-akhir menggunakan hadalabo tu muka saya jadi kering sangat, so saya perlukan pengganti yang lebih baik which is tak mengeringkan muka. Selepas buat research google sana sini, Gel face wash is better than Cream face wash. Pastu barulah google jenama apa yang ada Gel face wash dan harga affordable. Compare itu ini akhirnya SIMPLE  GEL FACE WASH paling perfect sepanjang pencarian bagi memenuhi kriteria yang di inginkan.

Perkara paling utama bila guna skincare, make sure produk itu tidak mengakibatkan iritasi pada kulit muka.Which is ada merah-merah kat tepi hidung dan muka rasa pedih. Once rasa macam tu, sila stop walaupun sejuta feedback manusia cakap it's work! Yes, it's work for them but not for you. Sorry, move on.


Texture dia gel as i said before. Buih pun sikit je, boleh dikatakan tak berbuih macam Cream face wash. Bila basuh muka  guna gel face wash, jadi warna putih tapi tak berbuih camtuh. Lepas basuh muka akan rasa lembab-lembab pada kulit. You know gel? Dia macam tinggalkan kesan gel pada muka so that rasa macam basuh tak habis. But for me, okay je. Best je, macam kulit kita lembab tak kering. Boleh kecutkan jerawat? borley lah (means tak berapa nak boleh) kena ada bantuan produk lain macam krim jerawat and so on. Kalau pakai make up, sangat tak sesuai sebab dia tak deep clean sangat. Saya selalu pakai bedak compact, bila basuh muka mesti basuh dua kali baru rasa bersih.


RECOMMENDED OR NOT?

YES! Recommended sebab tidak menyebabkan iritasi pada kulit muka. Bukan senang nak cari face wash yang tak menyebabkan iritasi pada muka. Kalau dah jumpa tu, sila setia. Hahah



" THIS IS FOR MY FUTURE REFERENCE BY MY OWN EXPERIENCE."

WHAT WORK FOR ME MIGHT NOT WORK FOR YOU. 



No comments:

Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI