Faezah Mdnor Official Blog
About me Linkies Dapur Kekja My diary Tarbiah Hati

Nur Faezah bt Mohamad Nor
BLOGGER | MALAYSIA
what are our preparation to die tomorrow?
Status: A blogger since 1st January 2011

orang usha blog

Tagboard



Contact Me
Instagram


Blog archive

  • Dapur Kekja : Ikan Patin (Asam Rebus)
  • Dapur Kekja : Lauk Sardin
  • Shaklee : Perfomance Drink
  • My little Travel : #FoodHunterSatisfied
  • Interview TESL di UiTM Jengka
  • Totebag by Faezah Mdnor (@artotes.co)
  • Result SPM16
  • Women Backpack Terkini
  • Shaklee : Vita-C Plus
  • Baby Journal


  • This Blog Sponsored by :



    Followers!



    Kekja A Babysitter
    Thursday, 12 January 2017 | 0Comment(s)

    Assalamualaiku, pagi! saya menulis harini sebagai note untuk diri saya bila dah ada anak sendiri nanti (bila tuuu?). Kadang fikrah yang suci sekarang ini lebih baik untuk memberi peringatan dan nasihat untuk diri sendiri berbanding fikrah seorang ibu yang dah terjebak dengan ibu-ibu yang lain. Contohnya yang suka pertaruhkan anak mereka. Sekarang lah kena bina pendirian lebih tegas supaya anak-anak pun disiplin. oh rendah diri nak cakap pasal ni sebab calon pun takde lagi nih. tetiba cakap pasal anak. HAHAHAHAHAHAHAHAHAH , perasan

    Saya tahu diri saya yang suka belajar dari apa yang dia lalui hatta perkara itu remeh. Sebab dengan itu, mengajar kita untuk sentiasa berfikir dan mengagumi kebesaran Allah. Apa yang membuatkan saya terfikir pasal ni, sebab saya scroll instagram dan ada satu gambar quotes macam ni " Your Child Will Follow Your Example, Not Your Advice" . Seriusly quote ni penting. Sangat penting. Hatta sekarang ni pun dah nampak banyak perkara bahawa quote ni betul dan tepat. so gunalah prinsip "Actions speak louder than Words".

    Ok sebelum cakap pasal anak orang, kita cakap pasal adik sendiri dulu. Saya ada seorang adik perempuan yang beza 2 tahun dengan saya. Saya nampak dia banyak ikut cara saya walaupun dia menafikannya. Itu ego namanya. Tapi kekadang dia lebih suka ikut yang buruk. So, itu satu hal penting iaitu manusia ni lebih cenderung perkara buruk. Macam hemoglobin lah, kalau ada dua pilihan sama ada oksigen atau monoksida contohnya. Hemoglobin lebih cenderung untuk bergabung dengan monoksida berbanding oksigen . Padahal sel badan memerlukan oksigen untuk terus melakukan fungsinya. So, bila tunjuk sekali je perangai buruk, terus nak ikut. Tapi kalau tunjuk perangai baik, kita kena istiqamah barulah dia yakin untuk ikut. Saya dapat faham kalau nak ajak orang buat baik biarlah kita buat dulu. "Actions speak louder than word" itu pegangan saya. Biarlah akhlak kita yang mendakwah dia. Tak perlu cakap banyak. (kekadang sentap dengan ayat sendiri. haish)

    Tapi mostly my words yang saya bagi pada orang lain adalah untuk diri saya. Bagaimana saya nak tenangkan diri saya bila saya rasa tak best. Macam tulah saya akan bagi pada orang lain. Contohnya, ada seorang sahabat yang tengah sedih. So, saya akan menasihati dia dengan cara yang terbaik sepertimana saya tenangkan diri saya. Saya takkan rasa kecewa sekiranya tidak dihargai sebab dalam saya menenangkan hati dia. Saya juga telah menenangkan hati saya. Itulah ganjaran buat saya.
    So, untuk tidak kecewa buat baik tapi tak dihargai adalah buat perkara baik yang akan datangkan faedah pada diri kita juga. Biology kata mutualisme. Kedua-duanya mendapat faedah.


    Kisahnya, haritu saya tengah bagi Auzi makan. Lepastu si Alanna merangkak datang pada saya sebab dia nampak makanan! Itulah sikap paling ketara dan tak dapat dilindung tentang Alanna. Paling pantang nampak orang makan. Lepastu saya tahan Alanna guna kaki ( sebab tangan dah guna suap Auzi. Lepastu Alanna datang merangkak nak capai makanan, so terpaksa tahan guna kaki. Bila Alanna nak pergi kat Auzi, Auzi tahan guna kaki jugak tapi sis berjaya tepis dan tepuk kaki dia. "Haippp takmo guna kaki. Jangan buat camtu kat adik"..

    Saya terus tersentap sendiri masa tu. Tak cukup bagus lagi nak jadi seorang ummi lah. Dah la I jenis slumber. Tanpa disedari ada seketul budak memerhati dan ikut. Apapun, kena explain pada diorang. Itu apa ini apa. Kenapa boleh, kenapa takboleh. So, dia faham. Dari kecil lah kena dekatkan dengan agama sebenarnya sebab diorang sangat mudah nak ikut apa-apa je.

    Secara tidak langsung ini adalah entry Kisah Ibrah dari Auzi & Alanna kepada Kekja. Semoga Faezah boleh faham dan hadamkan. Untuk ubah diri bukan senang tapi usaha kena ada. One day, bila Allah kata inilah masanya. Semuanya akan jadi seperti yang kita nak selama ni. wallahualam. Hanya perkongsian rasa. Semoga bermanfaat!



    Respect My (PMS)
    Wednesday, 11 January 2017 | 0Comment(s)
    Assalamualaikum. Hai! Harini terdetik untuk cakap pasal Pre-menstrual Syndrome (PMS) atau Sindrom Pra-haid. Perkara ini memang normal bagi seorang wanita sebelum kedatangan haid kan? Apa yang penting sangat sampai nak buat entry pasal ni? Sebabnya, PMS sangat memberi kesan dalam kehidupan seorang wanita dan orang-orang disekelilingnya. Setiap wanita akan alami simptom yang berbeza dan paling penting adalah RESPECT MY PMS.





    Setakat ini, simptom yang di gambar atas adalah apa yang saya alami. Tapi sifat pemarah itu dah berkurang. Time sekolah je selalu kena simptom tu sebab serabut dengan orang-orang kat sekolah dan orang-orang di rumah. Sebab apa jadi marah? Sebab emosi tak stabil. Haaa berkait kan? Simptom paling ketara pada saya adalah sakit pinggang. Rasa macam dah takde pinggang. Bila start rasa sakit pinggang, duduk tak senang. Baring pun tak tenang. Tunggu masa yang "ditunggu-tunggu" tu datang baru rasa tenang.

    Tapi sekarang saya dapat simptom baru iaitu murung dan mudah lupa. Ya! Masa saya form 5 , saya ada belajar chapter ni. Pelik juga ada simptom mudah lupa. Macam mana lah agaknya boleh jadi mudah lupa? Okay, mungkin ini dari simptom emosi tak stabil. Masa tu, saya pun tak sure apa emosi time tu. Too complicated! sampai jadi murung. sampaikan orang cakap apa pun dah tak fokus dan kadang-kadang lupa. Padahal baru je orang tu cakap/ajar sesuatu. Kena betul-betul push diri sendiri untuk fokus tapi rasa macam saraf otak tegang. Haha, sebab tu decide untuk berdiam diri (murung). Kalau orang buat lawak time tu pun, tak rasa nak gelak pun walaupun satu dewan dah berdekah. Nampak tak kuasa PMS tu?

    Sebelum ni saya kena macam tulah, tapi saya terpaksa datang untuk bagi komitmen. Kiranya saya mengalami PMS dan terpaksa berdepan dengan orang ramai. I hate that! sebab tak semua orang berfikiran rasional. Sebab tulah, Respect My PMS! Tapi alhamdulillah, saya still boleh bagi komitmen dari segi melontarkan pendapat dan jawab soalan dengan betul bila ada orang tanya. Maknanya, time PMS kan tengah murung. Saya akan jadi pendiam, jadi pemerhati macam sibuk dengan dunia sendiri. Kalau orang tak berfikiran rasional, diorang akan cakap kita ada masalah jiwa. OMG tak! Ini hanya PMS. Orang akan anggap kita bad mood atau ada masalah. Diorang takut nak cakap dengan kita sebab takut kena tengking. Kalau dengan saya, saya taklah menengking. Even saya tengah berperang dengan PMS ini pun. Saya tetap akan cuba profesional sebab saya taknak menyesal dengan tindakan saya. Okay, itu satu.

    Jadinya, semua orang . ok SEMUA ORANG. Lelaki dan wanita kena ambil tahu pasal PMS dan cuba  untuk RESPECT. Sebab ada yang memandang remeh dan memperlekehkan bila seorang wanita tu tengah bad mood atau tertonggeng menangis dalam kelas sebab senggugut. Paling penting kena tahu jugak yang PMS tiada ubatnya! Kita kena enjoy dengan PMS kita sehinggalah kehadiran "dia" itu. Boleh jadi PMS ni macam sindrom orang mengandung juga sebab ada yang sampai muntah-muntah dan macam-macam lagi. Itu semua nasib masing-masing lah, takboleh nak pilih. Hanya boleh enjoy that moment. 

    Okay, itulah kuasa PMS terhadap kehidupan seorang wanita. what people need to-do? RESPECT MY PMS. //  MY is mewakili kita wanita-wanita jelita *flip shawl


    Psttt! jangan lupa walk ke blog pengedar shaklee yang sah ini ohmyvitamin.blogspot.com untuk membantu anda dalam masalah PMS yang teruk! 



    PENGUMUMAN PEMENANG GIVEAWAY
    Friday, 6 January 2017 | 0Comment(s)

    Alhamdulillah. Giveaway 5years Blogging by Faezah Mdnor yang berlangsung selama sebulan ini, telah pun tamat. Firstly, saya bersyukur sebab "my silent readers" sudi luangkan masa join giveaway saya dan menulis entry "Self-positive when I was sad" . Terima kasih tak terhingga sebab korang umpama cheering for my 5years Blogging Anniversary. Thankyou! May Allah bless you all where ever you are. First time sambut dan macam ini cara korang cheering untuk blogger yang unnoticed ni. I'm so blessed! *flip tears*

    Saya dah baca semua kisah "Self-positive when I was sad" oleh 21 orang blogger . Sebelum tu, saya nak korang tahu juga. Saya buat giveaway ini iaitu lain dari yang lain (yeke?) , mungkin ya sebab kena buat entry kan. Macam complicated tapi tujuannya supaya saya dapat buka minda saya untuk terima tentang kisah hidup orang lain. Kalau orang tu di uji sebegitu rupa, tapi still boleh move on. Kenapa ujian kita yang sedikit ini, kita dah nak mengeluh? Dan supaya orang lain pun boleh baca kisah orang lain untuk jadi inspirasi hidup iaitu self-positive when we were sad. Saya juga bersyukur dan berbangga dapat menjadi asbab untuk korang luahkan apa yang lama terpendam. Mungkin selama ni korang berniat untuk menulis cerita hati tersebut tapi tak mudah kan? Takkan kita senang-senang je nak cerita apa yang betul-betul tersirat dalam hati kita. So, alhamdulillah. Semoga yang menulis , rasa lega dan dapat keyakinan diri semula. In shaa allah. Kiranya, even korang tak menang giveaway ini. Itu tak penting. Apa yang penting adalah ketenangan dalam hati kita terutamanya bila dapat #spreadlove #spreadinspiration dengan orang lain. Semoga giveaway ini bermanfaat!


    So here, saya menghargai setiap cerita yang dikarang dari hati itu. Huhu, maka saya akan berkongsi Top10 dan Pemenang. Top 10 tersebut adalah untuk bacaan inspirasi . Boleh jadi Top10 yang berjaya memenangi hati saya tapi terpaksa pilih 3 je. 3 sahaja, omg menyesal buat 3 pemenang jeh!

    TOP 10 (untuk bacaan inspirasi) :

    1. https://belogsjm.blogspot.my/2016/12/giveaway-5-years-blogging-by-faezah.html
    2. http://akuchentacamera.blogspot.my/2017/01/giveaway-5-years-blogging-by-faezah.html
    3. http://missatikahrashid.blogspot.my/2016/12/giveaway-5-years-blogging-by-faezah.html
    4. http://starlavenderluna.blogspot.my/2016/12/giveaway-5-years-blogging-by-faezah.html
    5. http://razanahanis.blogspot.my/2016/12/random-giveaway-5-years-blogging-by.html
    6. https://missobsesi.blogspot.my/2016/12/giveaway-5-years-blogging-by-faezah.html
    7. http://irazulkeffele.blogspot.my/2016/12/giveaway-5-years-blogging-by-faezah-mdnor.html
    8. http://liyanawbu.blogspot.my/2016/12/giveaway-5-years-blogging-by-faezah.html
    9. http://cikdylah.blogspot.my/2016/12/giveaway-5-years-blogging-by-faezah.html
    10. http://nurnabla.blogspot.my/2016/12/giveaway-5-years-blogging-by-faezah.html


    PEMENANG GIVEAWAY

    Pemenang pertama : http://fatinun.blogspot.my/2016/12/giveaway-5-years-blogging-by-faezah.html

    Pemenang kedua : https://bajetciputselerabesar.blogspot.my/2017/01/giveaway-5-years-blogging-by-faezah.html

    Pemenang ketiga : http://hayatirosdi.blogspot.my/2016/12/giveaway-5-years-blogging-by-faezah.html



    Tahniah kepada pemenang. dan jutaan terima kasih kepada semua bloggers yang sudi join giveaway pertama saya! Kepada 3 orang pemenang itu, boleh whatsapp saya 011-1994 5954 untuk tuntut hadiah dari @artotes.co - (instagram project totebag saya)


    See yah for next giveaway soooooooooooooooon!



    18 & A babysitter
    Wednesday, 4 January 2017 | 0Comment(s)


    Mungkin ini menjadi catatan "who I am" awal tahun 2017 . Helluuuu guys, I'm a babysitter! *tarian piring*  Alhamdulillah setakat ni tak tidur lepas subuh walaupun itu keinginan badan ku. Sebab lepas subuh terus basuh dan susun pinggan lepastu basuh baju dan sidai jika perlu. JIKA PERLU? Jika rajin sebenarnya. uhuhuhu mungkin juga azam tahun ini untuk sentiasa bagus tanpa menjadi hamba mood. 

    Sebelum tu, nak perkenalkan ini Omar Ariff . start jaga dia bulan Ogos 2015 sampailah akhir tahun 2016 . Masa tu dia boleh meniarap je, sampailah sekarang dah boleh sepak bola. Mak aku sayang sangat dekat Omar ni sebab Omar paling manja dengan mak. Lepastu perangai dia pulak mengada-ngada. So, setiap masa mak kena layan dia jeh! Omar rapat dengan Auzi (gambar muka kepit atas tu) . Auzi selalu marah Omar bila Omar kacau dia. Oma! Oma! pastu Omar cakar Auzi. Auzi tak pukul, tapi membebel je. Contohnya Oma! em mumm hujjmakasdjajd ! Oma! Oma! appjdu nbsdhasbb! Rugi tak record masa Auzi bebel Omar. Dia je faham. Memang lawak.



    2/12/2016 - Hari last Omar dengan kitorang lepastu dia pindah Klang. Tengok muka mak, boleh zoom in. Muka nangis. Semua yang di situ menangis kecuali Omar. Tapi Omar macam sayu je. In fact, Omar tak suka aku. Tak suka bila aku pegang dia sebab first meet masa dia baru pandai meniarap tu. Aku dah buat muka geram sampai menggigil , so dia takut. Nightmare. eh tak, Lifemare bagi dia. Tapi lately beberapa hari sebelum dia pindah, dia okay je bila aku dukung. Haish macam faham je nak berjauhan. Benci! 


    Itulah, throwback paling bermakna sepanjang jadi babysitter ni. Mak aku still tak move-on dengan Omar. Dia jerit nama baby kat rumah ni semua dengan nama Omar! Aku rasa time birthday mak aku, elok bawak si Omar ni jadi suprise. Mesti happy sangat. Pergh good idea! Ok, noted.


    Sejak kepergian si Omar, alhamdulillah ramai pulak hantar baby ke sini. Mungkin untuk mengubati hati mak aku yang sayu tu. Setakat ni, ada 4 orang. Nanti aku share gambar ya, 

    Umur terkini (2017)

    Auzi : road to 3 tahun
    Huzair : road to 5 bulan
    Alanna : road to 7 bulan
    Amar : road to 8 bulan 



    Huzair & Alanna


    Amar Danish



    Okay, nanti sambung di entry seterusnya pasal kerenah baby-baby terkini termasuk kerenah babysitter-nya. 



    Giveaway TAMAT
    | 0Comment(s)
    Apa?! DAH TAMAT? Giveaway ni ke?


    Assalamualaikum hai. di kesempatan pagi ni, memandangkan anak-anak tengah tidur. (babysitter je) so, saya nak bagitahu TARIKH & MASA TAMAT GIVEAWAY adalah pada hari ini (5 Januari 2017) tepat pukul 11.59malam . So, masih berkesempatan untuk join. Baik kan? Hahaha. In shaa allah, dalam masa 2-3 hari saya akan mula membaca entry korang pasal "Self-positive when I was sad" tuh. Doakan semua berjalan lancar. Saya juga perlukan masa untuk uruskan hadiah dan sebagainya memandangkan semua terletak di bahu saya.  Hihi, saya tahu semua penyabar. So, tunggu je anytime punya annoucement pemenang ok! Love yaaa


    Updated! Senarai Peserta Giveaway


    Notes from 2016
    Sunday, 1 January 2017 | 0Comment(s)

    Bismillah. Hai, mungkin aku terlalu banyak berfikir. Tentang hidup. Tapi ada baiknya juga, sebab aku boleh merancang masa depan aku. Sebenarnya, banyak benda nak cerita. Nak kongsi dengan semua tapi mungkin belum masanya. Hm, atau cerita hati hanya untuk Sang Pencipta?


    Surah Yusuf , ayat 86 : 

    "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah, aku mengadukan kesusahan dan kesedihan ku.... "


    Oh well, I had through some bad years to earn the best day on my life. 5 tahun saya di sekolah menengah, cukup sempurna saya di uji sehingga saya adalah seperti yang anda lihat sekarang... takde apa kan? Hahahahaha. Banyak yang saya belajar sepanjang 5 tahun di sekolah menengah. Terutamanya tentang hidup dan kerenah manusia. Tapi saya rasa itu baru sikit. Tapiiii saya rasa lebih confident dan excited untuk tempuhi 2017 yang lebih mencabar ini. Lets go to the next step of life!

    Banyak lagi yang saya taktahu tentang dunia luar itu, dan semestinya saya masih dalam fasa belajar dan terus belajar. Kehidupan yang sempurna tiada di dunia ni. Dunia adalah tempat untuk kita berpenat lelah demi syurga Allah. Setiap dugaan itu adalah untuk menjadikan kita seorang yang lebih baik dari sebelumnya. For the whole life, just think positive.

    In shaa allah , semoga semakin meningkat umur. semakin bertambah ilmu dan amal. Aaamiin, doa kan yang baik-baik untuk saya. Selamat tahun baru 2017 , ikhlas dari saya penulis blog yang syok-sendiri/ belum di kenali ramai.


    - Faezah Mdnor

    /
    Boleh juga Like Page Facebook Faezah Mdnor Blogspot



    FUTURE
    PAST