Wednesday, 1 June 2016

Cerpen 'heartshot'

"Cepat Fatin kita dah lambat pergi yassin ni"

itulah rutin setiap pagi jumaat, bacaan yassin di dewan sekolah. dan tepat pukul 7.15pagi pintu dewan akan ditutup! itulah yang paling mengerikan bagi aku.



"awak boleh baca yassin tak?" tanya Fatin kepada aku sambil mata ku meliar mencari tempat kosong didalam dewan itu.

"Boleh". jawab ku ringkas.

"lah. kenapa awak tak ambil buku yassin?" tanya Fatin kepada aku.

"em takpelah, saya dah hafaz lagipun kita dah lambat ni nanti tak dapat tempat pulak" jawab aku yang tergesa-gesa mencari tempat memandangkan dewan sudah mula dipenuhi pelajar dan guru.

" em mulut je ke dapat pahala? mata? tangan?" tanya Fatin yang cuba mengingatkan aku.

Dushhhh!

terkena 'heartshot' tanpa sengaja. dengan tangkas aku ke tengah dewan, mengambil buku yassin dan duduk diam-diam sebelah Fatin.


Nota : ada perkara yang kita pandang remeh tapi itulah. Jangan pandang remeh pada suatu kebaikan walau sekecil perkara sebab semua tu Allah kira. Nampak macam remeh sangat tapi anggota ini yang akan berkata-kata menjadi saksi di akhirat kelak. Sudah beriman kah seluruh anggota badan kita?


 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI