Saturday, 12 September 2015

Sedarlah wahai jiwa yang lena!


Kalau dulu aku tenang dengan hidayahNya
Kini aku merasa kosong kembali
Mungkin sebab aku lalai dan lagho ketika berkawan
Selalunya aku bersendiri selepas banyak perkara yang mengajar aku
Tapi kalini aku jatuh kembali kedalam lembah yang sama
Betapa lemahnya aku!

"Seorang mukmin tidak boleh jatuh dua kali ke dalam lubang yang sama"
[H.R Muslim]


Sedarlah jiwa!
Kau cuma perlu Allah
sebagai teman, tempat mengadu
Kawan itu manusia
dan manusia berubah rubah!
Tidakkah kau sedar itu?

Kau sudah pun merasa sakitnya ditinggalkan
sakitnya dipulaukan
sakitnya menjadi bahan kutukan
oleh mereka yang bodoh erti kawan

Mereka tak layak dipanggil sahabat
sedangkan erti kawan pun mereka jahil!

Sudahlah!
Sedarlah bahawa hanya Allah yang kau perlu
Bila kau kusut,
AlQuran menghiburkan
Bila kau keliru,
Istikharah penyelesain
Bila kau tak tenang,
Tahajjud penawarnya
Tapi kenapa kau masih berdegil?!

Cintakan manusia
Manusia akan mati
Cintakan bunga
Bunga akan layu
Cintakan Allah
Allah kekal abadi.

Carilah cinta Allah yang kekal abadi
Cintailah Ar-Rahman
Cinta Allah adalah cinta yang paling agung
Kau takkan menyesal
Kau takkan kecewa
Kau pasti akan bahagia!!

Jiwa yang terlena,
 Faezah Mdnor
Sabtu, 12 September 2015

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI