Monday, 4 May 2015

The truth ;


the old of me. and now, she was gone;


Akhirnya dia menarik nafas panjang,
dan lepaskannya sekuat hati.

Sampai bila wahai aku?
Itu cerita dulu.
Dulu cerita sedih.
Dan waktu itu sudah berlalu.

Itu kata-kata dia dengan satu nafas baru.

Dia mula bangkit dari duduknya.
Ya Tuhan, ini cerita kau lakarkan,
aku sudah terima, aku sudah belajar.
Terima kasih untuk segala pelajaran.

Detik itu, waktu itu,
dia bunuh dirinya yang lama.
Wahai diri aku yang mati,
terima kasih kerana sabar.
Aku pergi dulu.
Aku juga mahu bahagia.

Dia terus jalan dengan senyuman baru dan tidak langsung toleh ke belakang semula.

Dia kini bahagia.
Dan bersyukur dia ambil keputusan untuk cari bahagia dan bukannya duduk di kerusi melayan hati lama.

Tahniah.
Pergilah rasa bahagia,
untuk selamanya.


 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI