Instagram : @artotes.co

Tahun akhir degree (online)


taktahu nak letak gambar apa, terima lah.. hahah ( a part of journey semester 5 )

pernah sebelum ni tengok senior mengharungi tahun akhir dengan sangat struggle. dan aku masih berfikiran positif, maybe giliran aku nanti semua akan baik-baik saja. bukan kah hidup ini mudah saja? okay baiklah, mari tengok semudah apakah itu. hahahahahaha
tujuan aku menulis adalah sebagai "jejak" serta mungkin menjadi panduan buat diri dan adik-adik di masa akan datang (kalau korang jumpa blog ni lah). mesti korang tertanya, apa yang susah? subjek ke dugaan hidup?

both.

mungkin di sini kita di uji dengan dugaan yang menjadikan kita lebih dewasa di masa akan datang sebabnya fasa seterusnya adalah fasa kerjaya (in shaa Allah). orang kata inilah fasa serius seorang manusia sebab dah jadi fully dewasa. kita dah tak ditanggung, kita mula menanggung diri dan orang lain pula. kita dah tak diajar, kita mengajar. kalau dulu, ilmu itu diberi tanpa kita rela pun, ilmu tetap curah mencurah pada kita tapi sekarang kita mula memberi ilmu dalam pada yang sama, kita mencari ilmu. Ilmu dah tak cari kita dah macam waktu sekolah dulu, sekarang kita yang kena cari ilmu tu. Tak cari, tak dapat lah.  begitulah kaedahnya. 

hidup ini mudah bila kita memahami dengan ilmu.
.

sekarang Week 6, ada berbaki lagi 7 minggu kuliah sebelum menghadapi peperiksaan akhir (in shaa Allah). Peperiksaan akhir seumur hidup lah kot? hahaha

untuk semester akhir ni, aku duduk rumah sewa. saja tambah pengalaman hidup. bagi aku, ia salah satu latihan untuk kita biasakan diri dengan persekitaran. ini cara aku lah. aku memang suka ambil pengalaman. Guru saya pernah cakap, pengalaman itu mahal dan tidak boleh di beli dengan duit. Yang membezakan kita dengan orang lain adalah pengalaman. kerana pengalaman mendewasakan kita.
.
hidup ni takkan pernah sempurna. jadinya, biasakan diri menerima kekurangan diri dan orang lain serta sentiasa mensyukuri kelebihan yang ada. bukankah Allah berfirman, siapa yang bersyukur akan ditambah nikmatnya? Maka, bersyukurlah dengan apa yang kamu ada sekarang.
.


" Wahai jiwa yang tenang, pulanglah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan ) lagi diredhai ( di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia, dan masuklah ke dalam syurgaKu."

Surah Al-fajr (89) , ayat 27-30

3 Comments

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form