Nur (Cahaya)

Tuesday, 14 September 2021

Nur, cahaya

kamu akan bersinar dengan cahaya yang sudah ada dalam dirimu

percayalah pada cahaya itu

usahalah menyuluhkan sinaran yang baik

yang baik buat dirimu

dan juga insan-insan di sekelilingmu


bersinarlah dengan cahaya dalam dirimu

percayalah pada sinaran itu

kau istimewa dengan apa yang telah dikurniakan

jangan kau curi cahaya lain

kerana sinaran kau hanya hadir dari cahaya dalam dirimu

bukan dalam diri orang lain


percayalah pada cahaya itu.

Nur pada nama mu.

/

@fzhmdnr

Rabu, 15 Sept 2021

1.36pm

No comments

Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co