Nur (Cahaya)

Tuesday, 14 September 2021

No comments

Nur, cahaya

kamu akan bersinar dengan cahaya yang sudah ada dalam dirimu

percayalah pada cahaya itu

usahalah menyuluhkan sinaran yang baik

yang baik buat dirimu

dan juga insan-insan di sekelilingmu


bersinarlah dengan cahaya dalam dirimu

percayalah pada sinaran itu

kau istimewa dengan apa yang telah dikurniakan

jangan kau curi cahaya lain

kerana sinaran kau hanya hadir dari cahaya dalam dirimu

bukan dalam diri orang lain


percayalah pada cahaya itu.

Nur pada nama mu.

/

@fzhmdnr

Rabu, 15 Sept 2021

1.36pm

Read More

Life Update!

Friday, 10 September 2021

No comments

 


Tak pernah-pernah tulis post pasal life update. baru tahu ada faedahnya. Hai guys! assalamualaikum dan selamat petang di sini. Maaf sekiranya kelihatan seperti saya tenggelam timbul di sosial media. Saya doakan semua orang dalam keadaan yang baik sentiasa. 

Sebaik sahaja habis semester 4 (sekitar Julai 2021), hidup di teruskan lagi dengan semester pendek. Yep, kos saya takde cuti semester untuk kali ini. Jadi bermulanya bulan Ogos, saya memulakan semester pendek sehingga pertengahan September ini. So kiranya sekarang dah mula susun langkah, get ready untuk submit last assignment dan hadapi final exam yang bakal mendatang beberapa minggu lagi. Semoga dipermudahkan segala urusan. 

//

Lagu yang didendangkan oleh Firdaus Mokhtar yang bertajuk Perjalanan Hati ini, amatlah memberi kesan kepada saya untuk tabah melalui liku-liku kehidupan. Saya amat kagumi rakan-rakan dan sahabat-sahabat saya yang terus tabah dan cekal meneruskan kelas online. Ternyata hebat dan kuatnya kita harini adalah kerana Allah sentiasa bersama kita dan membantu kita meneruskan sesuatu yang kadang kita sendiri rasa tak mampu dah. 

Semoga kita semua sentiasa dalam jagaan Allah. 

/

itu saja untuk update harini. In shaa allah nanti saya update lagi heheh

Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co