Thursday, 31 December 2020

Love lesson, 2020

Cinta yang wujud pada manusia adalah cinta pada diri sendiri.
Cinta yang aman itu cinta pada Ilahi.




Cinta antara dua jiwa untuk bersatu,
 hanya akan bertemu jika mereka meletakkan cinta pada Ilahi dan diri.

---------------------------------------

Kerana kita takkan boleh mengawal hati dan perasaan seseorang terhadap kita,
Walau dia sudah berjaya menjadi pasangan kita.
Belum tentu milik selamanya,
Yang kita boleh lakukan adalah menyayangi dan menghargai mereka.
Lakukan yang terbaik selagi mana mereka masih milik kita.
Dan jika satu hari nanti, takdirnya terpisah.

Teruskan percaya. 
Percaya, boleh jadi berpisah kita hanya sementara,
Mungkin untuk perbaiki diri.

Maka itu, cinta juga perlukan masa.
Berikanlah waktu bila masanya perlu.

Cinta perlukan Waktu.
Cinta perlukan Ruang.

Dan jika takdirnya, berpisah selamanya.
Relakan hati menerima.
Tuhan lebih tahu ending kehidupan kita.

Kerana cinta juga membentuk jiwa.

Kepada dia yang aku cintai, jika takdirnya kau milikku.
Terima kasih atas segala usaha itu, 
Di sini akan terus menyayangi dirimu,
Menghargai dan mensyukuri kehadiran mu dalam hidupku.

Semoga kehadiran ku dalam hidupmu, 
Menjadi peneman diperjalanan, 
Si penajam fikiran,
Penyejuk mata dan penenang fikiran mu.
Membantu saat buntu, 


Jangan pilih aku jika hadirku, menambah kerisauan mu.
Jika hadirku merunsingkan kehidupan mu.
Cinta tak semestinya memiliki.
Jujurlah terhadap diri.
.
.
.





No comments:

Post a comment

Komen anda amat saya hargai!

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI