Monday, 14 September 2020

Cerita Umai | Episod 2

 Umai mengambil beg serta lab coat yang dibawa turun oleh rakannya dari makmal. Sepatutnya ketika itu, mereka sekelas perlu menuju ke kelas seterusnya. Memandangkan Umai bakal tukar kelas selepas waktu rehat, Umai berlalu pulang ke bilik. manakala bekas rakan sekelasnya yang lain berlalu ke kelas seterusnya. Begitulah keadaan itu berlaku tanpa sebarang koma (,).


sambil berjalan ke bilik, Umai menelefon mama untuk memberitahu apa yang telah dilaluinya pada pagi itu. Keadaan ditempat belajar seperti biasa dipenuhi pelajar-pelajar dan pensyarah yang bergegas ke kelas masing-masing.

-

Nama kenalan: Mama Sayang. Butang "call" ditekan.

" Assalamualaikum mama, buatpa tu?"

Waalaikumsalam, takde buat apa. Kemas rumah macam biasa. Ada apa call mama?

" emmm tadi adik dah dapat result."

Haa macam mana result adik? okay ke tak?

" adik dapat 1.90 pastu adik kena turun pengajian dua tahun"

hmmm mama dah agak dah. dah lah mama malas nak fikir. ikut kamu lah.

panggilan tamat...


dengan hati yang berat, berjalan menunduk ke bawah. Umai meneruskan langkah menuju ke bilik.

_

Jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari.

Lebih kurang satu jam lebih untuk "berehat" dan solat zohor sebelum masuk kelas baru. Memandangkan 1.00petang sehingga 2.00petang adalah waktu rehat. 

Sampai sahaja di bilik, Umai meletakkan beg dan menghempas perlahan tubuhnya ke tilam yang empuk. Segalanya terasa perlahan. Terkebil-kebil dan terkilan.

Dalam keadaan terbaring di katil. Umai mengambil handphone dan membuka chat whatsapp group keluarga untuk memaklumkan hal ini kepada ahli keluarganya yang lain dengan harapan tulang belakangnya itu dapat memberikan sokongan untuk dirinya agar lebih kuat meneruskan hari tersebut. Dengan perasaan gementar , Umai terus menaip. Button send, ditekan.


Perbualan whatsapp group keluarga.

.....

Andak : teruknya pointer. macam mana boleh jadi macam tu?

Alang : jadi awak kena extend ke?

Ibu : sudahlah dik, mama kecewa dgn adik. kalau rasa tak boleh bawa sains tulen. Berhenti saja. Buang masa.

Along : Along pun rasa macam tu, daripada belajar tapi tak lulus. Baik duduk rumah. Bazir duit bayar setiap sem.

Angah : berhenti jelah, mohon tempat lain. Ambil kos yang adik minat.

.

Umai menutup mata sambil menarik nafas dalam--panjang. Kelihatan butiran jernih mengalir di tubir mata. Tangannya didepakan, menghempas handphone di katil sebelah.


" Ya Allah, aku kalah. dari pagi sehingga sekarang. aku menahan sebak di dada. aku menutup segala perit luka yang tak terkata ini. tapi kalini aku kalah bertahan." - tangisannya terburai.

.

.

1 comment:

  1. Maklumat yang sangat berguna.


    Saya seorang blogger baru, saya ingin memberikan maklumat pada waktu wabak seperti ini kita diharapkan dapat bekerja dari rumah.
    Berdasarkan pengalaman baru-baru ini, saya menggunakan aplikasi Zoom untuk terus berhubung dengan rakan, saudara, keluarga dan pensyarah.
    Anda boleh memuat download zoom free di laman web ini https://www.downloadzoomfree.com/

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai!

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI