Dapur Kekja : Sajian Ikan Bakar

Monday, 7 September 2020

1 comment

                                                                    


Next, ikan bakar. Sajian ikan bakar sebab takkan lauk ikan bakar semata. Maka hadirnya ikan bakar adalah bersama Bayam Merah. (resepi bayam boleh tekan di situ) dan juga sambal kicap tersendiri.


Ikan Bakar

Bahan-bahan :

Ikan cencaru - 6 ekor
*Bawang putih - 4 ulas
*Halia - dua ibu jari (sebab ibu jari saya kecik HAHA)

Cara-cara masak : 

1. Basuh ikan, buang isi dalam dia.
2. Blander yang bertanda *
3. Lumurkan pada ikan tersebut. lumur kat dalam ikan itu juga. 
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas bawah, 160 darjah celcius , 20 minit. Kemudian terbalikkan ikan tersebut dan bakar pada suhu yang sama selama 15 minit.
5. Siap ikan bakar!


Sambal kicap

1. # Bawang putih - 4 ulas 
2. # Kicap manis sebanyak sambal kicap yang diingini. (you get me?)
3. # Cili padi - 10 batang (mengikut kepedasan yang dingini)
4. Bawang merah di potong dadu.
5. Air asam jawa - 1 sudu asam jawa + sedikit air panas

Caranya : 

1. Blander yang bertanda # (blander kasar)
2. Masukkan dalam bekas dan tabur bawang merah yang dipotong dadu itu.
3. Masukkan air asam jawa dalam sambal kicap tu. Siap!


Simple kan? Yep. 
Makan dengan nasi putih. Sedap! Kegemaran sekeluarga. Hihi. Selamat mencuba!
Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co