Friday, 31 July 2020

Hamba.

Mencari silap orang, tidak pernah mengubah erti kehidupan
Memperbaiki diri, akan mengubah corak kehidupan.

Sedih dan kecewa mencengkam
aku tertanya sendiri
dibiarkan penuh persoalan.

Sakit ini telah merosakkan
merosakkan segala impian
merosakkan jiwa yang semangat
terima kasih.

sebulan masanya aku cuba berjalan
jatuh
bangun
berjalan
dan jatuh lagi.

siapa tahu?
hanya diri dan Ilahi.

usia aku sudah meningkat
namun masih hanya aku dan TuhanKu
menyimpan segala penat lelah dunia

apakah mungkin untuk aku kembali berharap pada manusia?
secinta mana pun
sesayang apapun
aku tak mampu lagi berharapkan kamu

serahkan aku jiwa bertuhan
bukan nafsu semata

aku buntu mencari 
kali ini aku berserah
hanya meneruskan langkah
cuma jasad
bukan rohku.

andai aku jumpa,
andai kau mulakan langkah.
maka engkaulah.
jika kau datang
lalu mendiam.
noktahkan saja.

di sini, aku mungkin sendu
sendu aku sendu yang menenangkan 
sendu yang membahagiakan
aku tidak derita
aku cuma menunduk sedar
aku cuma hamba.

sebesar apapun jiwa aku berkobar
masih dan tetap aku
dalam rencana-Nya.

siapalah aku. cuma hamba.
teruskan yakin dan percaya.

walau hakikat mengambil masa
bertahun-tahun lamanya
semoga penantian ini, 
berakhir dengan bahagia.

5 comments:

  1. Jangan berharap pd manusia, kelak hati terluka hancur berderai

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul awak. melalui semua ini menjadi pengalaman dan pengajaran. Moga terus belajar jadi yang terbaik!

      Delete
  2. Semoga sentiasa mendapat keredhaan-Nya

    ReplyDelete
  3. semoga semua baik2 saja ya.. may Allah ease =)

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai!

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI