Dapur Kekja : Ayam Masak Merah

Tuesday, 28 July 2020

3 comments

tak perasan pulak lauk fav i ni tak update dalam blog! memang kan, yang paling bermakna dalam hidup jarang kita nak kongsi. Hihi. Lama tak update segmen Dapur Kekja. Kekok nak tulis resepi ehekk..

Bahan-bahan :

1. Ayam
2. Lada kering - segenggam*
3. Bawang besar - 2 biji*
4. Bawang putih - 6 ulas*
5. Serai - tiga batang (amek yang depan dia je sampai separuh badan dia lol)*
6. Halia - dua ibu jari*

# Gula - 2 sudu besar
# Kiub ayam maggi - 1
# Sos Cili Jalen - agak agak je ( 2 sudu besar? )
# Kicap Manis - agak agak jugak supaya sambal jadi gelap sikit.
# Garam - 1 sudu teh
# Ajinamoto - secubit kecil


Cara masak :

1. Blander cili kering dan serai dulu. (supaya betul-betul hancur bersama biji cili tuh )
2. Kemudian blander yang bertanda * selebihnya. (tak perlu tapis yang diblander, so agak agak lah letak air tu)
3. Goreng ayam (ayam di lumur kunyit dan garam)  ( goreng tidak terlalu garing)
4. Panaskan minyak banyak (kalau nak masak sambal memang minyak kena banyak lebih kurang banyak sambal yang kau blander tu)
5. Tumis yang diblander
6. Masukkan segala # tuh.
7. Biar sambal sampai pecah minyak (minyak naik atas sambal sambil letup-letup)
8. Biar lama sikit kalau masak sambal supaya cili dia masak dan tak terlalu pedas.
9. Dah siap sambal, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.
10. Eh siap dah lah. Selamat menjamu!


Read More

Saya "lost" . Apa perlu saya buat?

Monday, 27 July 2020

1 comment
Pernah tak korang rasa kehilangan diri sendiri?
Aku ni siapa? Apa tujuan aku dihidupkan? dan banyak lagi pertanyaan yang macam orang hilang akal. Rasa "lost".
Yang padahalnya tahun-tahun sebelum itu, kau rasa semuanya baik-baik saja. Kau sedar, kau student. Jadi kau study. Hidup terasa simple dan semuanya terkawal.
But for this moment.. (only for this moment)
Semuanya macam berlanggar antara satu sama lain. Sehinggakan kau bukan macam kau yang dulu.
Dulu kau hidup baik-baik saja. Sekarang, kejap elok kejap broken. Entah tak tahu kenapa.

Walaupun setiap hari solat, berdoa dan cuba dekatkan diri pada Allah namun masih rasa "lost".
Perasaan apa sebenarnya ni?

Aku tak boleh nak rungkai apa maksud perasaan itu semua sebab di sini, aku bukan pakar psikologi. Di sini, aku seorang blogger dan berkongsi inspirasi buat semua.

Macam mana aku lalui semua ni?

Sejujurnya berdasarkan pemerhatian dan ujian secara klinikal (acahhh giler) yang aku dah cuba buat berserta hasilnya. Cara terbaik untuk aku bantu diri sendiri melawan keadaan ini adalah dengan sentiasa penuhkan jadual aktiviti harian sehingga tidur (malam).
Kenapa ini point yang paling penting?
Sebab ada suatu ujian yang hadir dalam hidup aku kemudian aku lost. Aku kecewa sangat dan aku rasa sangat-sangat menekan kehidupan yang di mana aku ada diri sendiri untuk hadapinya. Semuanya seperti bergantung pada diri aku sahaja.
Apa yang aku buat adalah berdiam diri dan cuba rileks. Berdiam diri seperti jauhkan diri dari orang ramai, jangan post apa-apa kat media sosial yang melibatkan emosi. Kemudian aku slow down, baca buku. Timba ilmu dan hari demi hari aku berjalan automatik yang padahalnya aku buat semua itu untuk menutup sedih yang aku rasa. Dan sampailah satu masa, aku rasa penat sangat. Penat dari segi fizikal sebab aku dah busykan diri dari pagi sampai malam, setiap hari.

Kemudian aku rehatkan badan. Kiranya ada satu hari yang aku tak plan apa-apa. Cuma nak baring rileks macam tu je. Nope! Aku silap. Dan hari tersebut lah segala sedih, kecewa dan peristiwa yang menyakitkan aku. Datang kembali membunuh semangat aku. Aku rasa lemas sangat.

Jadi, bermula dari situ. Aku teruskan jalani setiap hari dengan aktiviti yang bermanfaat. Jangan biarkan walau sekejap, hidup tanpa planning __ baring dan rileks tanpa fikir apa-apa. Itu seperti memberi peluang kepada pemikiran yang jahat menyerang jiwa yang tenang.

Jadi sekarang kalau kau perasan, kenapa mak ayah kita sentiasa ada benda yang diorang nak buat? Tak pernah pun kita tengok mak ayah kita tidur sepanjang hari atau tak buat apa-apa. Now you know why. Sebab membusykan diri juga memberi manfaat pada diri mereka. Mereka juga pasti ada masalah tersendiri. Kita ini bakal jadi seperti mereka. Kenapa mak kita boleh rileks je bila ayah kita kerja jauh? Kenapa mak kita boleh terima sikap ayah kita? Sebab mak kita, busykan diri dia dan serahkan semua urusan pada Allah.

Jadi di sini, bila rasa lost. Bangun dan buat something. Anything kecuali scroll social media. Take a walk, baca buku, sepak bola, kacau anak kucing, kejar ayam. Ikutlah apapun asalkan tak duduk saja.
dan jugaa niat busykan diri bukan untuk lupakan sesuatu. Niat busykan diri adalah untuk mengisi masa dengan perkara berfaedah dan supaya kita tidak membuang masa. Niat juga penting supaya mencapai matlamat.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membuka fikiran. Saya doakan semorang, terutama yang membaca sepatah-sepatah bicara saya. Semoga dikurniakan ketenangan hati, jiwa dan fikiran. In shaa Allah. Aamiin. Life Goes On



Read More

How to stay strong?

Tuesday, 21 July 2020

No comments
Jadi penulisan kalini seperti biasa, pertama sekali dituju tepat buat diri sendiri. Tercetus idea untuk menulis adalah untuk membantu siapa sahaja, khususnya diri ini yang memerlukan inspirasi untuk kekal kuat dan berpendirian.

Ujian paling berat dan halus adalah bicara manusia. Sebab itu lidah walau lembut dan fleksibel namun ianya tajam. Menusuk dan mampu merosakkan sesuatu keadaan.

Bersabarlah.
Jika lebih 10 orang pesan pada kita tentang sabar, maka tekankan pada diri erti sabar. Mohon pada Allah jelaskan erti sabar agar kita dapat meneruskan sabar tanpa batas.

Pertama sekali, berhenti fikir pasal orang lain. Biar nampak sombong, ego, pentingkan diri. Yep! You must. untuk permulaan, memang penting untuk ada sikap macam tu sampai satu tahap kita mampu handle dan boleh hadapi manusia tanpa kisah bicaranya. Sampai satu tahap barulah kita bergaul sebab kita dah ada kekuatan tu. Ingatlah, time kita jatuh takde sorang pun tolong. Nak apa lagi? Masih nak korbankan hidup untuk orang lain? Sudah lah. cukup.

Bina diri sendiri dulu sampai jadi, kemudian baru setelkan orang lain. Setiap orang, lain kemampuannya. Biarkan mereka dengan cara mereka. Kita dengan cara kita. Sampaikan satu tahap saya juga block, dan delete kenalan. Hanya kerana ianya terlalu toxic untuk saya simpan. Namun di alam realiti, kami masih berkawan dan bertegur sapa.

Jangan takut kehilangan sesuatu benda di dunia kerana apa sahaja yang ada didunia hanyalah sementara. Jika kita kehilangan sesuatu kerana Allah, maka Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Yakin tak? Percaya tak? Kurangnya rasa yakin yang buatkan kita ragu-ragu dan serabut kepala.

Istighfar.
Hidup kita di kawal oleh akal, nafsu, hormon (bagi perempuan) dan hasutan syaitan. Banyak benda kan? sebab tu kalau rasa susahnya nak berubah, itu perkara biasa. Kita manusia biasa. Kita dah berjaya atasi fikiran, nafsu pula menggoda. Kita dah atasi nafsu, hormon pula penghalangnya. Banyak benda. Jadi, struggle kita harini sangat berbaloi untuk masa depan. Jangan kisah bicara orang. Dan jangan kisah hidup orang. Dia nak ade boyfriend 10 orang, post sweet-sweet pasal relay tak halal dia. Biarkan. bukan kita tak pernah nasihat. Biarkan dia nak buat apa sebagaimana dia biarkan kita dengan cara kita. Kita terlalu fikir pasal orang lain sampai kita buat serabut kepala sendiri. Lepastu apa kesudahannya? Tiada.

Memang apa yang rakan-rakan sebaya kita buat tu, best. Kita berjiwa muda memang rasa best melepak, ada orang 'caring' , menghabiskan duit untuk keseronokkan. Tapi sedar tak bahawa jiwa kita tak tenteram pun buat semua tu? Jiwa kita meronta mencari jalan menuju Tuhan. Sampai bila nak biarkan jiwa kita hipokrit? Awak orang yang baik. Awak kuat dan mampu hadapi semua ni. Walau hanya seorang diri, tetap ingat bahawa kita ada Allah.

Berubah.
 Setiap hari kena ubah jadi lebih baik. Harini takkan sama macam semalam dan esok. Setiap hari cerita yang berbeza. Maka ciptalah kisah yang lebih baik. Moga-moga Allah redha. Ada banyak lagi perkara untuk difikirkan. Untuk diperbaiki. Solat, amalan sunnah, sedekah, hubungan dengan ibu-bapa. Subhanallah. ucapkan yang baik selalu, fikirkan yang baik selalu.

Biarpun lelah, perjuangkan.
Penat lelah berjuang di jalan Allah in shaa Allah akan hitung dalam timbangan. Penat lelah bertahan dengan relationship tak halal, apa yang dapat? Pahala? Sikit pun tak berbaloi. Dari awal sampai habis, buang masa.

Yang sedang bercakap ni bukan seorang yang suci, tapi dah mula sedar dan nampak hakikat sebenar. Syaitan berjaya kaburkan mata saya sekejap, menikmati bahagia yang sementara. Pada awalnya saya tak boleh terima, di pertengahan jalan saya sedar banyak perkara. Kisah saya, tidak lagi melibatkan sesiapa. Hanya saya dan perjalanan ini. For those yang sentap, saya tidak bertanggungjawab. Saya cakap berdasarkan apa yang diri saya alami.

Kesimpulan untuk menjadi kuat, dekatkan diri dengan circle yang mempunyai fikrah yang sama. Fikrah - cara berfikir. Moga Allah redha setiap perjuangan insan yang sedang ingin menuju Tuhan. Moga Allah membuka jalan taufik dan hidayah agar kita sama-sama bangkitkan diri sendiri serta insan-insan yang lain yang turut merasai hakikat ini.

"Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Manis."- teruskan berjuang wahai muslimah. Moga Allah kirimkan malaikat untuk menjaga setiap langkahmu.



Read More

LIRIK LAGU WANITA (INTEAM) - 2020

Sunday, 19 July 2020

No comments

Tekan gambar di atas untuk tonton MV WANITA- INTEAM. 



WANITA - INTEAM

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah  ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

* Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk di lindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkau lah wanita hiasan duniawi

**Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk


**

Didiklah wanita dengan keimanan bukannya harta
Ataupun pujian 
Kelak tidak derita 
Berharap pada yang binasa

Sedarilah insan istimewa
Bahwa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Read More

Saya kecewa. Apa perlu saya buat?

Saturday, 18 July 2020

No comments
Semua orang pernah rasa kecewa. Kenapa semua orang pernah rasa kecewa? Sebab kita pernah BERHARAP. Jadi, salah ke berharap?

Betapa setiap dari kita nak bangkit dari rasa kecewa sehinggakan kita taktahu nak luah kat siapa. Hati ni sakit sangat, hancur berkecai. Sampailah tanpa sedar, kita search google tentang kecewa jua tentang perasaan kita yang tak terluah. Saya sama macam awak. Namun, jawapan dari pencarian saya di google tidak tepat pada hati. Saya masih mencari sesuatu untuk bangkit dari rasa kecewa.

Jadi, apa yang saya buat bila rasa sangat kecewa?
Pertama sekali kena tahu punca kita kecewa. Mestilah sebab kita berharap. Jadi, fahamkan pada diri bahawa kita kecewa sebab kita berharap. Jadi perlu ke untuk kita sakitkan hati kita terlalu lama tentang isu ini sedangkan yang menjadi punca kekecewaan ini adalah diri sendiri sebab berharap.

Jadi awak nak ulangi lagi kesilapan ini? Nak berharap lagi? Masih nak berharap? Okay, boleh. Tapi nanti jangan takut bila awak akan rasa kecewa lagi.

Stop.

Cukup dah tu untuk hidup dengan berharap. Berhenti berharap pada perkara yang sementara (duniawi) .

Memang kita kena berharap hanya pada Allah. Tapi adakalanya bila kita berharap pada Allah dan kemudian Allah tak bagi macam apa yang kita harapkan. Kemudian kita rasa kecewa. Lepastu nak salahkan siapa? bukan ke kita memang kena berharap pada Allah?

Kita ni bila sedih, kecewa, rasa dikhianati, kita akan auto nak salahkan orang. Sebab kita rasa kita dah buat sebaik-baik tindakan.

Cara yang betul untuk berharap pada Allah adalah berserah diri sepenuhnya pada Allah. Biar Allah yang carikan untuk kita dan tentukan untuk kita. Segala pilihan yang kau ada, buang jauh-jauh. Yakin pada pilihan dari Allah. Yakin dengan apa yang Allah bagi pada kita. Pasti ada hikmahnya sesuatu perkara itu berlaku. Boleh jadi yang buruk itu, baik untuk kamu dan yang baik itu, buruk untuk kamu (Surah Al-Baqarah ayat 216). Tak lain tak bukan, adalah untuk dekatkan diri kita kepada-Nya. Rugi bila kita diuji dengan rasa kecewa, putus asa, tapi kita tak amek peluang itu untuk dekat dengan Allah. Yang kita cari adalah hiburan dunia yang sementara. Yang kita pegang adalah pada tali yang rapuh. ---- come on lah.

Hidup ni tentang mencari jalan menuju Sang Pencipta. Sebab itu Dia mencipta kita. Tapi yang mengaburi mata kita sekarang ini adalah hiburan dunia sehingga kita lalai dan lupa tanggungjawab sebenar kita. Siapa yang akan sedarkan kita tentang ini? Diri kita. Kalau diri kita taknak amek tahu, maka jadilah kita orang yang rugi.

So the best way untuk hadapi kekecewaan adalah dengan melalui rasa kecewa itu mengikut rasa fitrah. Yang di mana kita bertenang dalam bersedih. Baca kata-kata hikmah, baca kisah-kisah kecewa dan mengalir air mata supaya kau sedar bahawa bukan kau sorang je rasa kecewa dan sakit begini. Yep, kau kena menangis walau macam mana sekali pun. Kau mungkin akan teringat kisah kecewa itu, rasa sakit kembali dan menangis. Just let it be. Then, jangan exposed diri too much dekat media sosial untuk bagitahu yang kau kecewa. No need. Just be calm, buat hal sendiri. Baca buku, tengok youtube contohnya IT'S ME BCL. Selami perasaan itu sampai kau rasa lega. Yep memang akan mengambil masa untuk pulih. Namun yang terbaik adalah kau tetap berjalan. KAU TETAP BERJALAN KE DEPAN. Walau langkah perlahan, walau kadang terundur ke belakang dan walau kadang kau berhenti sekejap. Teruskan. Teruskan melangkah. Aku bergerak sendiri, dan kau bergerak sendiri. Kita ada Allah.

La Tahzan Innnallaha Ma'ana. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.
Berpegang teguh pada ALLAH, awak akan baik-baik saja :)

Read More
Copyright © Faezah Mdnor. Blog Design by SkyandStars.co