Monday, 25 May 2020

Gigi bongsu tumbuh

Seminggu sebelum berakhirnya Ramadhan, gigi ku sakitttttt wuuuuuuu. Selalunya memang aku berkongsi sesuatu kat blog adalah pengalaman pertama dan tak terulang dah. Yang mana nanti kalau ada kawan-kawan alami sakitnya tumbuh gigi bongsu. I feeel youuuuuuu T.T




Apakah simptom gigi bongsu tumbuh?

Firstly, dia takkan bagi tanda-tanda nak tumbuh. Gigi bongsu aku tumbuh bahagian bawah dan hujung sekali. Bila korang tengok cermin dan torchlight, korang akan nampak gigi geraham nak tumbuh malu-malu kat hujung sekali. Pastu korang rasa tak selesa nak makan. Nak bukak mulut pun tak boleh, semuanya hambar dan tak berdaya.

Apa yang patut korang buat adalah kumur air cengkih.
1- Amek satu sudu cengkih
2- Masukkan dalam air panas
3-  Tutup dan biarkan sampai air jadi suam.
4- Tapis cengkih dan kumur air tersebut sampai habis.

Kumur kat tempat yang nak tumbuh tu. Lepastu, dia akan menyemarakkan lagi rasa sakit tu. Takde arah lah ko, hadap jelah sakit tu sampai berdenyut kepala kau.

Mak aku tak bagi makan ubat tahan sakit. Memang aku dibesarkan tanpa makan ubat hospital even aku demam pun just tuam dengan ais/asam jawa. Begitu lah.

Kepada yang hidup moden-moden, kau telan jela ubat tahan sakit tu ya. Tapi bagi yang lebih percaya pada tradisional, ikut jelah yang aku cakap tu. Lepastu, sapu lembut dengan minyak panas/minyak angin kat pipi setiap kali sakit. Supaya pengaliran darah tu lancar di bahagian yang bengkak tu.

Bengkak dia memang buat aku nampak tembam sebelah (macam dalam gambar kat atas tu). Sakit dia memang takleh bawak bincang. But now alhamdulillah getting better tanpa ubat tahan sakit atau apa-apa ubat hospital. Just follow my step if you trust me. Dia elok after seminggu lebih jugak lah. Apapun rilek rilek je, tahu sakit tapi rilek jelah hehehehe...

NOTE :  tapi kemampuan kita berbeza, dari segi antibodi and so on. Jadi, pergi jelah hospital kalau dah biasa sakit g hospital. hahahahah




No comments:

Post a comment

Komen anda amat saya hargai!

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI