Monday, 25 May 2020

Gigi bongsu tumbuh

Seminggu sebelum berakhirnya Ramadhan, gigi ku sakitttttt wuuuuuuu. Selalunya memang aku berkongsi sesuatu kat blog adalah pengalaman pertama dan tak terulang dah. Yang mana nanti kalau ada kawan-kawan alami sakitnya tumbuh gigi bongsu. I feeel youuuuuuu T.T




Apakah simptom gigi bongsu tumbuh?

Firstly, dia takkan bagi tanda-tanda nak tumbuh. Gigi bongsu aku tumbuh bahagian bawah dan hujung sekali. Bila korang tengok cermin dan torchlight, korang akan nampak gigi geraham nak tumbuh malu-malu kat hujung sekali. Pastu korang rasa tak selesa nak makan. Nak bukak mulut pun tak boleh, semuanya hambar dan tak berdaya.

Apa yang patut korang buat adalah kumur air cengkih.
1- Amek satu sudu cengkih
2- Masukkan dalam air panas
3-  Tutup dan biarkan sampai air jadi suam.
4- Tapis cengkih dan kumur air tersebut sampai habis.

Kumur kat tempat yang nak tumbuh tu. Lepastu, dia akan menyemarakkan lagi rasa sakit tu. Takde arah lah ko, hadap jelah sakit tu sampai berdenyut kepala kau.

Mak aku tak bagi makan ubat tahan sakit. Memang aku dibesarkan tanpa makan ubat hospital even aku demam pun just tuam dengan ais/asam jawa. Begitu lah.

Kepada yang hidup moden-moden, kau telan jela ubat tahan sakit tu ya. Tapi bagi yang lebih percaya pada tradisional, ikut jelah yang aku cakap tu. Lepastu, sapu lembut dengan minyak panas/minyak angin kat pipi setiap kali sakit. Supaya pengaliran darah tu lancar di bahagian yang bengkak tu.

Bengkak dia memang buat aku nampak tembam sebelah (macam dalam gambar kat atas tu). Sakit dia memang takleh bawak bincang. But now alhamdulillah getting better tanpa ubat tahan sakit atau apa-apa ubat hospital. Just follow my step if you trust me. Dia elok after seminggu lebih jugak lah. Apapun rilek rilek je, tahu sakit tapi rilek jelah hehehehe...

NOTE :  tapi kemampuan kita berbeza, dari segi antibodi and so on. Jadi, pergi jelah hospital kalau dah biasa sakit g hospital. hahahahah




Ramadhan 2020

Mungkin aku agak kelewatan untuk berkongsi cerita tentang ramadhan 2020 yang pastinya lebih bermakna buat kita semua.

Ramadhan tahun ini bermula pada 24 April, yang di mana aku menyambut ramadhan di Kolej Kediaman Universiti aku. Bertemankan seorang rakan yang juga terkandas di situ. Bercerita tentang 2020 boleh dikatakan sepanjang tahun kita perlu hidup dengan keadaan yang baru. Yang takde siapa pernah tahu akan hadirnya Corona virus yang membawa penyakit berjangkit dikenali sebagai Covid-19. Nak pandang remeh atau berat tentang isu ini? tetapi hakikatnya virus ini sudah mampu membunuh jutaan manusia di muka bumi ini. Maka ianya menjadi isu yang sangat penting untuk kita berjaga-jaga sesama kita.




Alhamdulillah pada hari ke 7 Ramadhan, aku dihantar pulang ke rumah menaiki bas yang disediakan pihak Universiti. Jutaan terima kasih diucapkan buat semua yang terlibat. Dapat juga merasa Ramadhan dan Hari Raya bersama keluarga. Walaupun tidak cukup kuota ahli keluarga yang dimana abang-abang aku beraya di tempat mereka. Ada yang terpisah, ada yang disatukan. Cukup sekadar hidup bersederhana, bersyukur yang kita ada. Hargai selagi masih ada.

Ramadhan kalini juga banyak membuka mata kita semua, aku yakin kalini kita ada banyak masa untuk muhasabah diri. Memperbaiki hati yang dulunya hanya sibuk dengan urusan dunia. Secara insan aku merasakan bahawa semua yang berlaku sekarang ini, serba sedikit memberi ruang untuk aku baiki diri dengan penuh ketenangan, sabar dan tiada apa-apa yang menekan diri. Alhamdulillah hadza min fadhli rabbi ( semuanya kurniaan dari Tuhanku).
/
Ramadhan kalini aku belajar buat kuih! Selama ni, hari-hari biasa banyak belajar masak lauk harian. Tapi aku mengambil kesempatan buat kuih dan ala-ala pencuci mulut cara kampung macam bubur tepung! Memang betul, memasak memang senang bila kita dah tahu cara dia. Tapi selamanya jadi susah bila kita taknak amek tahu. In shaa Allah aku akan kongsikan resepi bubur tepung (faveret) nanti. Untuk rujukan sendiri di masa hadapan.


(semasa menaip entri ini, kita sedang beraya untuk hari ketiga hahahah)
#StayAtHome #StaySafe #StudyFinal #DegreeSem2


Tuesday, 12 May 2020

Kreatif tapi seram. Psiko ke?

Sepanjang tempoh kuarintin #covid19 , macam-macam bakat terpendam mula menonjolkan diri. Sehinggakan diri sendiri pun tak tahu aku ada bakat tersendiri rupanya. Sebelum ini hidup dihabiskan hanya sebagai seorang pelajar, atau pekerjaan masing-masing. Namun pada tempoh kuarintin ini, kita mula hidup sebagai seorang insan. Kembali kepada kehidupan di rumah disamping keluarga. Disebabkan itu, aku ingin berkongsi bakat terpendam kawan aku ni. Aku sangat kagumi akan ke-kreatif-an dia melukis dan menulis sebuah cerpen dalam bahasa inggeris. Sepanjang aku kenal dia, dia sangatlah tak kreatif HAHAHA (sorry girl)

Ketika itu hari suram, hujan merintih. Lalu suatu bunyian kedengaran. Twink! (bukan twitter) bunyi noti wasap. Aku menerima wasap daripada seorang kawan (seperti gambar di bawah).




Melihat lukisan tersebut membuatkan hari aku tidak lagi suram tetapi seram. Dia minta untuk aku tafsirkan lukisan dia. Pertama sekali yang aku nampak adalah roh! Hahaha 


Can you see that?! Roh kan? ahahaha jadi aku teruskan mentafsir sekadar yang aku faham.Bunyi dia macam ni, 

1- Nampak tak gambar burger? duk depan seketul potato yang sedang patah hati. Jadi tafsirnya, bila dia sedih, dia makan.

2- Rumah pakai spek mata tu ibarat penjaga semua makhluk dalam lukisan tu, tapi aku tafsir sebagai lecturer lah. 

3- Ada hidung babi terbang tu, maksudnya berita-berita viral yang tidak sahih ataupun tak memberi manfaat pun.

4- Nampak tak ada 3 orang yang dia tunjuk guna anak panah? maksudnya tu attention seeker, yang nak orang pandang kat dia lah. Hello attention please ha begitu.

Selebihnya faham kan jelah mengikut tafsiran sendiri ya? HAHAHA it is not a serious thing. Biasalah cuti-cuti ni macam-macam idea kan? Aku taktau nak bangga ke macam mana dengan kawan aku ni. Sampaikan aku nak tulis blog pasal ni HAHAHAH. 


Waitttt! lepastuh dia wasap saya lagi, 



Okay yang ni susah sikit aku nak explain. Tengok lah aku reply tu, aku sendiri pun tak jelas dengan puisi dia. Okay kalini korang boleh cuba tafsir sendiri apa yang dia nak sampaikan dan bandingkan dengan apa yang penulis maksudkan sebenarnya.



Tajuk puisi ni THE COLOUR OF LOVE-HATE : (aku taipkan sekiranya gambar tak jelas)

She is the red that always feeling yellow. The blue boys love the violet lady. The red knew that love-hate for a long time. After a while, red set the violet to the sunset. At night, the blue sees the redness. It wasn't that red anymore. Then, the blue goes into the ocean. Afternoon came, and the red become yellow again.



Cubalah korang fikir apa yang penulis nak sampaikan? Keep reading the poem. Haha

Jadi, apa yang penulis maksudkan adalah tentang cinta tiga segi. Yang mana, Red suka dekat Blue tapi Blue suka dekat Violet. Yellow bermaksud perasaan gembira. Jadi, Red selalu gembira. Tapi, Red dah tak berapa gembira sebab Blue tak pandang dia. Jadi, Red " set the violet to the sunset" maksudnya Red bunuh Violet tu. Pada satu malam, Red datang dekat Blue tapi Blue tengok Red ni lain macam je (not that red anymore). Lepastu, Blue pergi ke laut (mati lemas, bunuh diri). Keesokkan harinya, Red kembali gembira. 


Sabar semua, ia hanyalah sebuah puisi. Hahahaha BUT IT'S SO SCARED!! yes i know. bunyi macam psiko. Hahahaha, but my friend baik-baik saja yang sedang study degree pendidikan biology dan minor chemistry. She is beauty with brain! (yang sehingga terhasil lukisan dan puisi yang kreatif tapi seram hahaha)

Itu saja aku nak kongsikan. Haha. see you next post!














 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI