Friday, 8 November 2019

Di saat berputus asa..

Besar dan beratnya suatu masalah, luas lagi langit ciptaan Allah. 
Di saat hati rasa terbeban, tarik nafas dalam dan berdoalah : 

" Ya Allah, aku harapkan rahmat-Mu. Jangan Kau biarkan aku sendirian walau sekejap. Perbaikilah keadaan diriku. Tiada Tuhan selain Engkau. " 

Doa bukanlah untuk menyuruh Tuhan menyelesaikan masalah mengikut cara kita. Berdoalah dengan iman (percaya) .Bahawa Tuhan mendengar setiap laporan kamu. Dan Tuhan mengatur mengikut cara-Nya yang lebih jauh bermakna dalam hidup kamu.


Di saat berputus asa, adalah kerana ada perkara yang berlaku tanpa diduga.
ada sesuatu yang hilang, tanpa di rela. ada seseorang yang datang, tanpa di pinta. dan ada sekelompok manusia yang terus memperlekehkan diri kamu seadanya.

Adakah salah kamu apabila semua itu berlaku? Adakah kerana kamu memang seperti yang mereka katakan? Adakah kamu yang salah? Kenapa semua ini terjadi?

Dan kau terus membuat persoalan menyalahkan diri, kerana kamu kurang memahami keadaan yang berlaku. Terus dan terus menyalahkan diri tentang semua yang terjadi.

Adakah kau lalui semua ini?
Maka benarlah, kamu manusia. Yang punya hati dan perasaan.
Namun, bukanlah menjadi asbab untuk kau terus bersikap begitu.

Sahabat, mungkin saat nanti kau susah. Aku tiada. Ingat satu perkara bahawa sememangnya aku tidak dapat mengubati luka dihati kamu. Tetapi, disini aku berpesan dan di sini bakal menjadi tempat yang sering kau kunjungi di saat kau perlukan aku.

Aku rasa apa yang kau rasakan. Perasaan yang meragut semangat untuk teruskan hidup, keadaan yang sangat menggoyahkan iman kamu untuk terus bersangka baik dan terus berharap pada Yang Esa. Tapi sahabat, bukanlah ia menjadi satu asbab untuk kau berputus asa.

Istighfar seberapa banyak yang mungkin.

"Ya muqollibal qulub, tsabbit qulubi 'ala diinik"
Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku diatas agama-Mu


Pegang satu prinsip ni, kuat-kuat.
Walau apapun berlaku di dalam hidup kamu, (susah senang gembira sedih kecewa)
Tetaplah bersyukur dan berterima kasih pada Allah. Kerana yang diuji hanyalah masalah kamu itu. Perkara lain, baik-baik saja kan?
Cukup.

Tuhan yang memberi kamu ujian itu adalah Tuhan yang sama memberikan kamu nikmat.

Jadi apa yang perlu dilakukan disaat diri berputus asa?
Cliche untuk aku katakan, jagalah solatmu dan ibadahmu kerana aku tahu kau menjaganya.
Tapi mengapa semua ini tetap berlaku? Mesti pernah terfikir kan? Tertanya-tanya dan menjadi punca iman kamu mulai pudar.

Ia bukan tentang solat kamu, mahupun ibadah kamu. Ianya hanyalah tentang PERASAAN kamu. Dan bukanlah menjadi asbab kau memperlekehkan setiap ibadah kau hanya kerana bukan itu puncanya. Yang wajib tetap perlu dijaga. Kisah ini tentang kamu yang menjaga ibadah kamu namun tetap diuji dengan perasaan sebegini.


Hiduplah dengan iman (percaya) , bukan dengan perasaan. Hiduplah dengan doa, kerana keajaiban itu nyata.



- yang menyampaikan, A girl who survive from depression. 

1 comment:

Komen anda amat saya hargai!

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI