Thursday, 31 October 2019

Sampai syurga :)

Sabar lah jiwa walau tiada lagi ruang untuk sabar,
Bukanlah sabar namanya jika ada limitnya.

Lihatlah ujian ini sebagai satu anugerah,
Di naikkan darjatmu di sisi Allah atas kesabaranmu,
Sabarlah walau tiada lagi ruang untuk sabar.

Pedih itu sakit,
Sakitnya menahan segala rasa
Kerna yang aku pilih adalah berdiam.

Menahan segala tuturan kata yang tidak enak di ungkapkan,
Teruskan jiwa,
Teruskan sabarmu.

Mungkin ini bahagian aku,
Biarkan ia pedih menikam kalbu,
Tuhan ku, Engkau pasti tahu.
Aku sedang meniti menuju syurga-Mu.

Tak mampu ku ungkapkan,
Tak juga mampu meluahkan,
Tidak juga berharapkan perhatian,
Cukuplah diberi kekuatan kesabaran akan dugaan ini.

Inilah satunya dugaan yang tiada hujungnya.
Inilah dia, istimewa hanya untuk aku :)

Hadiah ini, anugerah terindah.
Moga bertemu golongan-golongan sabar di akhirat nanti.

Ya Allah berkati hidupku, kedua ibu bapa ku dan keluarga ku.
Redhailah hidup ku, aku redha hadiah mu buat ku.
Sabar yang tiada hujungnya,
Sampai syurga.


- by Faezah Mdnor

Khamis, 9.43pm
31/10/2019

Sunday, 27 October 2019

Episod 3 : Kabus kehidupan

( Mulakan bacaan Episod 1 )


Hari pertama aku mendaftar di Universiti adalah hari pertama terpisahnya dua hati. Hahah aku taknak citer lanjut pasal ni biarlah menjadi" kisah terindah "dalam hati ini. Ehem

Dan bermula lah hidup Seketul Pae di univerisiti kembali bergelar seorang pelajar. Ujian bertubi-tubi sampai aku tak sempat bernafas apatahlagiberfikir sebelum buat keputusan. Semua keputusan aku buat on the spot. Sama ada berisiko ataupun tidak, aku redah je. Semua ni sebab aku dah rasa serik dengan kehidupan. Banyak perkara luar jangkaan telah berlaku. Aku tak pernah jangkakannya , mana mungkin aku buat persiapan untuk menghadapinya? Disebabkan itu, aku selalu buat keputusan diluar jangkaan. Aku redha. Aku berserah. Terima kasih yang masih sudi bersama aku hingga ke harini. Aku selalu mendoakan kebahagiaan yang tiada kesudahan untuk setiap hidup korang. Allah sahaja mampu balas sabarnya korang terhadap diri aku. 

Sehingga ke harini, aku masih mencari erti hidup. Apa sebenarnya sabar? redha? ikhlas? 
Hidup dini hari, apa yang dihamparkan depan mata kita semuanya tipu. Dipaparkan pada kita, bila putus cinta mesti kena broken. jiwa kacau and so on. itu bukanlah ajaran islam. Dalam tidak sedar, kita terbuai dengan semua itu. Kita terikut-ikut, termasuk lah quotes omputih. Kenapa nak letakkan panduan menghadapi kekecewaan hidup adalah dengan quotes omputih? Kalau kalian nak tahu, omputih hidup berlandaskan hukum akal. Memang kita rasa logik setiap kata-katanya tapi ingat, kita ada panduan hidup yang turunnya dari langit. Adakalanya kita teikut-ikut, tapi berbaliklah pada yang nyata. Dunia hanya maya, akhirat adalah nyata. 

Sehingga ke harini, aku masih dan terus diuji. Tidaklah aku mampu menghadapinya kecuali dengan izin Allah. Kepada yang sedang diuji, janganlah bersendiri. Aku ada, dan sudi untuk kita bersama berjuang menghadapi hidup ini. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.... (tahniah anda telah berjaya menamatkan bacaan, semoga bermanfaat)

Episod 2 : Kabus kehidupan

4bulan cuti hanya dihabiskan di rumah sahaja. Keputusan untuk tidak sambung belajar dah tersebar luas dalam kalangan ahli keluarga aku termasuk keluarga besar. Bila diorang tanya, nak sambung mana lepasni? Aku cakap, tak sambung. Buat bisnes totebag je. Syukur sebab aku ade bisnes kecilan totebag tapi kalau dijaga rapi, boleh berdiri teguh bisnes tu. Masa belum mengizinkan dan masanya belum tiba. Aku yakin satu hari nanti, jika memang tertulis artotes.co adalah rezeki aku. Pastinya akan bergerak maju dan menjadi sohor. In shaa Allah aamiin.

Semasa 4bulan di rumah, seolah segala tanggungjawab dirumah adalah tugas aku. Bermula dari basuh baju, lipat baju, basuh pinggan, pergi pasar, masak, tolong mak jaga budak-budak. Aku di rumah bersama seorang kakak sulung, mak dan abah. Adik-beradik lain silih berganti sebab mereka perantauan. Tapi bagi aku, agak keterlaluan jika semua tugas hanya pada aku. Jika aku seorang isteri, sudah tentu semuanya tanggungjawab aku dan suami untuk uruskan hal rumah. Tapi bayangkan aku seorang nak buat semua itu. Memang aku tertekan dan aku pick satu tugas je dan cuba buat sehabis baik. Setiap pagi, menjadi rutin untuk aku pergi pasar beli barang dapur. Sampaikan kakak kat kaunter pasaraya sudah hafal no.ahli setiap kali nak bayar. Jika aku tunjuk yang aku mampu buat semua, pastinya orang lain hanya goyang kaki. Paling malang bila mereka siap marah lagi kalau aku tak buat kerja sedangkan mereka hanya scroll handphone. Melampau bukan? Tapi hal ini berterusan sejak aku kecil sampailah sekarang. Aku tahu situasi ini sehingga ke akhir hayat kecuali aku sudah mendirikan rumah tangga. Aku bebas.

Aku tidak berkira dalam melakukan kerja di rumah tapi kita ada ramai. Mengapa tidak lakukan bersama? Mengapa hanya harapkan seorang sahaja? Aku juga ada masa naik dan turun dalam hidup. Tambahan pula aku semakin hilang berat badan, aktiviti harian aku banyak terbatas. Mereka memandang aku "okay" hanya sebab aku tunjuk bahawa aku okay. Padahal tidak. Jiwa aku dah macam zombie. Kurus kering dan sangat menderita.


Aku fikirkan berakhir derita di matrikulasi, aku dapat berehat di rumah bersama keluarga tapi aku silap. Ujian Allah sentiasa datang pada hamba yang Dia sayang. Jiwa aku semakin lemah menghadapi hari-hari aku selama 4bulan. Tiba masanya, result upu keluar. Aku ditawarkan sambung belajar di UMT kos Sains Kimia. Alhamdulillah, tepat dengan pilihan hati. Tanpa fikir panjang, aku terus decide sambung belajar. Hal ini hanya kerana aku tak tahan duduk rumah.

Ada yang berkata, bersyukurlah ada keluarga. *take a deep breath*
Dear awak yang sedang di uji dengan keluarga, berhenti bandingkan kehidupan awak dengan sesiapa. Kisah awak adalah untuk awak dan kisah saya adalah untuk saya. Apa yang awak ada, tak sama dengan apa yang saya ada. Apa yang awak takde, tak sama dengan apa yang saya takde. Kita tak sama. Adalah lebih baik kita ajar diri untuk redha menghadapi ujian masing-masing. Berhentilah membanding. Berhenti kata, untunglah kau ade keluarga biarpun ada masalah sekurangnya kau ade keluarga untuk meluah. Kalaulah awak tahu, kata-kata awak hanya menyakitkan lagi perasaan saya. Jadi, ubahlah cara kita memandang ujian. Jangan membandingkan. Cerita kita tak sama dan tak layak untuk di banding. Konsep kita sama, tentang keluarga tapi pengisiannya berbeza. Redha lah dengan ujian masing-masing. Biarpun perit untuk dihadapi. Bersabarlah, kita harungi bersama okay?

( teruskan membaca Episod 3 )


Episod 1 : Kabus kehidupan

Tidak seperti rakan sebaya yang lain, bermula dari final exam di matrikulasi. Aku sudah tekad untuk lupakan tentang pelajaran. Tentang segala impian aku dalam pelajaran. Nak dapat pointer tinggi? Nak sambung degree? Nak pakai jubah graduasi? Aku cuba menerima takdir yang tertulis ketika itu.

Bukan aku tak cuba untuk bangkit, pastinya aku tetap terus berdiri dan berjalan dalam kehidupan. Alhamdulillah dan tidak dinafikan. Walaupun aku seperti " mayat hidup " , yang bergerak hanya jasad. Jiwa aku melayang-layang setiap hari. Apapun aku tetap bersyukur masih menjaga disiplin diri pergi kelas 30minit awal, kadang tu 1jam awal. Since, aku morning person. Hidup aku lebih bermakna di pagi hari. Apa yang tak best, bila surrounding aku jenis sleepy person. Lama-lama aku jadi sleepy person jugak. Sangat tak membantu motivasi diri yang seperti "mayat hidup" ni! Haha, tapi takpe kita sendiri yang tak kuat bukan sekeliling yang menyuruh.

Tahap pasrah dalam hidup sehinggakan aku langsung tak study waktu study week final exam matrikulasi. Aku banyak layan perasaan, lepas tidur-tidur. Bawak buku ke hulu ke hilir, tapi tak sampai 5minit dah terbaring. Tak risau ke final exam kot?! Seperti yang aku katakan, aku dah tekad lupakan pelajaran. Seorang Faezah tidak semudah itu membuat keputusan kalau dia tak mencuba dulu. Tak semudah itu untuk berputus asa sekiranya aku tidak pernah mencuba. Semakin aku mencuba, keadaan semakin menekan untuk aku berputus asa. Jujurnya aku di matrikulasi bergerak solo sepanjang 4 semester. Pada mulanya, aku harungi sulitnya matrikulasi bersama seorang rakan lelaki. Pada akhir semester, kesihatannya merosot maka aku banyak bersendiri. Apapun aku turut bersimpati dengan keadaan diri dia yang ulang-alik hospital. Aku bersyukur kami berjaya harungi matrikulasi hingga ke akhirnya bersama.

Sampai di sini, sudah terang lagi jelas bahawa aku betul-betul meletakkan noktah dalam perjuangan ini. Semua nota dan semua buku berkaitan, aku terus buang dan bagi pada junior. Aku betul-betul meletakkan jarak dengan pelajaran. Seperti aku tidak akan bergelar seorang pelajar lagi. Sudah tamat di sini.


Dijadikan cerita, aku tidak mahu langsung ambil tahu tentang pengurusan belajar lagi termasuklah memohon UPU untuk sambung Ijazah. Tapi, pihak matrikulasi sangat tegas jadi aku terpaksa jugalah mohon UPU. Aku tak fikir panjang pun semasa mengisi permohonan tersebut. Aku cuma minat subjek kimia jadi aku letak semuanya kos kimia cuma tempat berbeza.


Kemudian, aku tamat matrikulasi dan cuti selama 4 bulan..... (teruskan membaca Episod 2 )
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI