Wednesday, 12 June 2019

Dapur Kekja : Mee Kari


Musim raya ni takde idea nak masak apa untuk tetamu raya? Harini, esok lusa ada orang datang rumah takkan nak hidang menu sama? So here we go, Mee Kari guys. Kompem tak mintak duit raya, mintak tambah je. (kemain over teruk nih. Maaf)


Cara sediakan Mee Kari : 

1. Rebus Mee. (sama ada mi kuning / mi lidi)
2. Rebus Telur seadanya.


sambil itu, 

Bahan kuah kari : 

1. *Lada kering - 13 batang?! (kurang dari segenggam sebab taknak pedas sangat)
2. *Bawang putih - 8 ulas
3. *Bawang merah - 3 biji (saiz medium)
4. *Halia - sebesar dua kali ibu jari. (untuk rujukan sendiri)

5. Santan - RM5 (setengah kg kot? Haha)
6. Daun kari - 5helai
7. Serbuk kari - 2 sudu besar + air (bancuh sebati)
8. Kiub maggi - 2  & garam - 2 sudu teh & ajinamoto - secubit biasa.


9. Ayam cincang (basuh dulu ok bye)
10. Kerang (rebus dulu, pastu kopek isi dia)
11. Bebola ikan - sebungkus.


Cara masak : 


 1. Blander lumat yang bertanda *
2. Kemudian tapis yang diblander,
3. Panaskan minyak dalam kuali , kuantiti minyak lebih banyak dari bahan blander.
4. Masukkan daun kari + bahan yang telah diblander + serbuk kari yang telah dibancuh dgn air (simbol " + " bermaksud, masukkan secara berterusan)

5. Kacau dan biarkan sekejap supaya pecah minyak. Masukkan kiub maggi + garam + ajinamoto
(kuantiti telah disebut dalam Bahan )
6.  Kemudian, masukkan ayam cincang + air semangkuk. (kalau rasa kering, tambah lagi air)
7. Kacau sekejap dan masukkan santan.

# Bila dah masuk santan, teruskan kacau non-stop. Hihi, boleh je rehat dalam 3saat supaya tangan tak lenguh. Pastikan terus kacau sampai didih. Jangan biarkan lama tak kacau, nanti pecah santan. Kacau je sampai mendidih. Memang leceh sikit hihi

8. Bila dah mendidih sikit blup blup, masukkan kerang + bebola ikan. Teruskan kacau tau! sampai mendidih keseluruhan.

9. Bila dah mendidih keseluruhan, kecikkan api dan kacau sikit-sikit je masa tu takpe sebab santan dah okay selamat. (rasa sikit, kalau macam kureng je nihh sila tambah kiub maggi satu) (kalau kureng sikit lagi, tambah garam satu sudu teh)

10. Biar kan didih lama supaya kuah tahan lama!

Siap!

Hoiii jangan lupa yang tengah rebus tu! tengok-tengok kan sekali. Lol





p/s : Nothing to be rush, enjoy your cooking day! xoxo



1 comment:

  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai!

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI