Instagram : @artotes.co

Kekja Skincare : [ HADALABO ] Deep Clean & Pore Refining


MY EXPERIENCES

Sejak 2015 saya menggunakan Face Wash Hadalabo. I usually use one type only. Contohnya, saya cuma pakai Face Wash Hadalabo je. Krim malam hadalabo ke apa semua tu, saya memang tak pakai. So kalau nak minta pendapat untuk Face Wash apa yang bagus. In shaa allah saya boleh tolong cadangkan.

Hadalabo ada banyak jenis Face Wash. Untuk kulit berminyak, untuk cerahkan kulit wajah dan banyak lagi based on apa yang di tulis pada Face Wash tuh. So, pilih lah mana yang korang nak untuk muka sendiri. Hihi

Ini lah yang saya guna seminggu selepas saya stop krim malam Dnars. Alhamdulillah, muka tak breakout langsung. Face wash yang ni best sebab rasa muka memang deep clean! Lepas basuh guna face wash ni, muka rasa tegang dan jerawat mengecut dan kering. For me memang best sebab feeling barbie doll. Hahah, but certain orang cakap tak bagus kalau face wash buat muka rasa tegang. Okay, korang kena teruskan baca kalau nak tahu kesudahan saya dengan face wash ni.

Sekarang (2019) pakai face wash ni lagi ke? Nope, saya dah stop. Eh kenapa??
Saya stop pakai facewash ni pada akhir tahun 2018 sebab dia macam dah tak effect kat muka. Means, bila muka tetiba break out sebab emosi, hormon atau period. Face wash ni dah tak dpt nak kecutkan jerawat, so bila cuci muka hari-hari pun.Takde effect, jerawat tetap datang pergi silih berganti. Pastu teruskan lagi seminggu sebab nak tengok betul ke dia ni dah tak effect kat muka. Result still sama, muka tak berkurang pun jerawat. Pastu terus stop, cari FACE WASH BARU. 

Selang seminggu lepas STOP FACE WASH HADALABO, baru try yang set tester SIMPLE (REFRESHING FACIAL WASH GEL) saiz kecil. Pastu next week lagi baru beli yang besar. Boleh baca sharing pasal SIMPLE (Refreshing Facial Wash Gel)


RECOMMENDED OR NOT?

YES! Very recommended untuk yang normal skin, combination skin and also oily skin. Sebab dia agak mengeringkan tapi taklah sampai berlaku iritasi (merah-merah tepi hidung) 

Nota : Face wash ni bertahan dengan saya selama 3 tahun, dan rasanya normal lah memang selalunya produk skincare lama-lama dah tak effect kat muka. Normal untuk tukar-tukar skincare but not every week. Selepas beberapa tahun. Itu normal. Face wash ni best dan bagus!


" THIS IS FOR MY FUTURE REFERENCE BY MY OWN EXPERIENCE."
WHAT WORK FOR ME MIGHT NOT WORK FOR YOU. 



Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form