Instagram : @artotes.co

Women Backpack Terkini

Hari ini kita akan berkongsi bersama anda tentang gaya backpack. Tahu tak backpack bukan sahaja untuk kanak-kanak , remaja atau mereka yang berumur muda sahaja malah, orang yang berusia pun boleh pakai backpack korang tahu tak? Memang kekal bergaya kalau memilih backpack style yang sangat universal untuk setiap wanita tanpa mengira usia. Nak tahu jenis backpack yang ada? Mari kita tengok!



1. Canvas/Nylon Backpack




Backpack jenis begini sesuai untuk mereka yang kerap memerlukan ruang penyimpaan untuk pelbagai barang seperti buku dan laptop. Jadi, backpack jenis ini lebih banyak dipakai oleh pelajar Universiti. Mengikut kekuatan bahan kanvas atau nylon yang digunakan, backpack jenis ini juga boleh digunakan untuk melancong.



2. Mini Backpack




Baiklah untuk backpack jenis ini, sangat sesuai untuk wanita yang menginginkan kelainan daripada menggunakan beg satchel atau beg tangan yang biasa. Jadi selalunya, anda akan jumpa fashionista atau hijabista yang menggunakan backpack stail begini.  Saiznya kecil berbanding backpack  biasa kerana ia bertujuan untuk digunakan sebagai aksesori dan dijadikan sebagai alternatif beg tangan. Tak kira la usia anda 15, 25 atau 30 sekalipun, fesyen backpack ini boleh digayakan dengan menarik.




3. Gym Backpack




Jangan salah faham ya. Gym backpack bukan bermaksud untuk dibawa ke gym sahaja. Secara keseluruhannya, backpack begini khas untuk mereka yang bersukan. Backpack sukan lazimnya akan diperbuat daripada bahan fabrik yang mampu "bernafas" supaya barang seperti pakaian dan kasut tidak berbau. Ada juga backpack sukan yang khas untuk mereka yang kerap mengikuti acara marathon.


Jadi suka tak backpack? Kalau boleh saya mahu mencuba gaya mini backpack. Nak juga tampil lebih berfesyen. Jom tengok backpack terkini mana tahu anda pun tertarik.


Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form