Instagram : @artotes.co

World #QuranHour



Assalamualaikum. Okay guys! ada tugas sikit  HARI INI, tak lama pun satu jam sahaja. Jom sama-sama support World #QuranHour di mana seluruh dunia akan mengaji Al-Quran dan bertaddabbur Al-Quran selama satu jam bermula 9.00am-10.00am pada 9 Zulhijjah (11 September 2016, Ahad) . Kita juga digalakkan berpuasa pada hari tersebut, kerana hari tersebut merupakan Hari Arafah. 

Jom semai di hati ini, betapa indahnya islam. Keindahan islam bukan terletak pada pakaian, tetapi indahnya islam apabila ia diamalkan. Jadi apa patut dilakukan selama satu jam ini?

- Baca Al Quran
- Baca Terjemahan atau tafsiran (sekiranya tak tahu membaca quran/ cuti)
- Berbincang atau belajar tentang Al-Quran dengan yang mahir atau
- apa sahaja yang boleh kita manfaatkan apabila berdamping dengan Al-Quran.

Dalam setahun kita ada 8760jam. Hanya 1 jam yang kita perlu untuk memberikan sokongan kepada kempen WORLD QURAN HOUR!!

Dampingi lah Quran
Kasihi lah Quran
Hayati lah Quran
Jadikan lah Quran panduan.


Mana-mana yang dah lama sangat tinggalkan tu, jadikanlah ini sebagai PERMULAAN. Bila lagi kalau bukan sekarang/ hari ini? Ajal dan maut bila-bila masa jee :)

Mari kita gegarkan SELURUH DUNIA DENGAN BACAAN AL QURAN. Selamat beramal :)


Salam sahur dari saya, 

Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form