Monday, 12 August 2019

Dapur Kekja : Kek Batik Indulgence


Salam Aidiladha, seperti yang aku katakan tempoh hari. Jadi inilah resepi Kek Batik Indulgence! Lain orang, lain caranya. Kalau korang google/youtube memang banyak resepi. Ada yang sama dan ada yang lain sikit. Cara aku ni simple dan sedap emmmmmm <3 #bukanpujidirisendiri


Sila tekan : Resepi Kek Batik  (untuk buat kek batik indulgence, kek batik mestilah lembut. Jadi, lebihkan air) 

Dah siap kek batik? Letak dalam peti. Ok kita terus buat topping indulgence.


Topping (indulgence)  

#Layer 1 (cream cheese) . Alatan yang digunakan - Mixer

Bahan : 

1- Cream Cheese 250g
2- Whipping cream - 1/2 cawan
3- Gula ising - 2 sudu besar
4- Esen vanila - 1 sudu teh
5- Gelatin (agar-agar) - 1 sudu besar
6- Air panas - 50ml (sukat guna cawan/botol yang ada sukatan contohnya shaker)

Cara buat : 

1- Masukkan semua bahan 1-4 kedalam bekas mixer mengikut turutan dan sukatan yang telah dinyatakan.

Mix mereka sehingga sebati dan licin (smooth) . Kalau rasa sebatian itu agak pekat semacam, sila tambah whipping cream 1/2 cawan lagi. Mix sehingga adunan itu nampak smooth je. Take your time ok!

2- Bila dah smooth, licin (takde yang berketul). Rasa sikit, okay tak? Manis ke tawar ke takde rasa? Kalau dah cukup manis, procees step 3 . Kalau rasa tawar, tambah gula ising 1 sudu besar. Then, mix lagi. Kemudian, rasa. Ha manis kan? okay terus step 3. 

3. Masukkan Gelatin 1 sudu besar ke dalam air panas 50ml. Kacau sehingga larut kemudian masukkan ke dalam adunan cream cheese tadi. Teruskan mix! zenggggggg (bunyi mixer)

4- Dah siap. Keluarkan kek batik dari peti ais dan tuangkan adunan cream cheese. Ratakan atas kek batik tu! Then, masukkan balik dalam peti ais.

#Layer 2 ( chocolate ) - Alatan yang digunakan : periuk kecil dan api dapur

Bahan : 

1- Dark chocolate - 1/2 bar
2- Buttercup - 1 sudu besar
3- Whipping cream - 150ml

Cara buat : 

1- Masukkan bahan 1-3 mengikut turutan dan sukatan yang dinyatakan ke dalam periuk kecil.
2- Api sederhana dan kacau mereka sehingga sebati. Kacau sehingga mendidih, jangan stop kacau. Teruskan kacau, kacau sampai mendidih. 

Step ringkas, tapi ambil masa juga. Layan kan je sampai mendidih dan agak likat. Jangan sampai hangus sudah la. Hahaha

3- Dah siap? Keluarkan kek batik yang dah ade layer cream cheese tadi, tuang adunan chocolate ke atas cream cheese yang dah sejuk beku. Ratakan! Masukkan dalam peti ais. Selepas 30 minit, boleh makan!



Itu saja. Share gambar dan tag @fzhmdnr di instagram kalau korang try resepi ni okay? Let me know resepi ni menjadi ke kat orang lain? Hehe goodluck!


1 comment:

  1. sedap tu kek batik. kena cubalah ptg nanti.
    done follow your blog....
    www.zukidin.com

    ReplyDelete

Komen anda amat saya hargai!

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI