Sunday, 7 July 2019

First day (try to have daily routine)

Okay ini merupakan hari pertama untuk praktikal Daily Routine (tiber guna bahasa melayu). Sorry kalau blog aku dah macam  rojak kepelbagaian bahasa. Kreatif yet? Hahahahahaha.

Aku cuba untuk buat apa yang aku dah plan haritu. So resultnya, harini aku tidur lepas subuh (dasar janji melayu) --- tolong jangan libatkan perkauman kerana ia hanya suatu pepatah orang lama okay. Haha // Pagi tadi lepas solat subuh, aku rasa badan lemah pastu baring jap pastu eh eh dah pagi. LOL

Sakitnya bila berhenti buat baik, bukan senang nak start balik. Semua sama je. Betapa susahnya orang merokok nak berhenti merokok. Betapa susahnya nak praktis tak tidur lepas subuh bila kau sebenarnya dah give up nak jadi productive pastu tiber nak start balik.

Aku taknak cakap pasal kisah silam tapi agak sendu untuk difahami kalau korang tak faham kenapa aku sibuk nak ada daily routine dan jadi produktif. Okaylah citer sikit. Aku sebenarnya dah give up nak hidup since my family tak support aku, susah senang aku nangis sensorang. Paling pedih bila aku susah, diorang buang aku camtu je beb. Aku yang sibuk-sibuk nak hidup balik sebab dah jumpa teman hidup. Aku doa moga berjodoh dengannya, Aamiin ya rabb.

Cukup sampai situ aku taknak spread negativity. Jadi pada petang yang indah dengan dendangan kenduri kahwin jiran depan rumah, aku pun bangun update blog. Aku nak praktis diri supaya jangan dilayankan mood give up, jangan dilayankan rasa malas badan tu. Malas-malas pun bangun je buat something, jangan melepek nanti jadi malas berganda. Ada masa kena kawal masa dengan handphone. Handphone sekarang ada satu kegunaan je.Internet , instagram dan seangkatan dengannya. Sometimes, kena campak nset ke tepi dan biarkan diri buat kerja yang sihat.


Ini Jess Conte, kawan aku. 
Pergh perghhh kau jangan nak percaya sangat. Dia vlogger di Youtube. I love to watch her Channel on Youtube! Setiap hari ada saja video dia post. Produktif sangat hidupnya! Yang baik kita ikut okayyyy. ----- sebab dia cantik. halah halahh


Okay sambung untuk second day (esok)!



1 comment:

Komen anda amat saya hargai!

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI