Tuesday, 23 July 2019

Buy new phone at 20years old!

Bawah 17tahun, kitorang (siblings) akan dapat phone turun-temurun dari Abah dan kakak/abang. Sumbernya pada Abah lah. Abah selalu beli phone baru, pastu phone dia turun pada kakak, abang sampailah adik bongsu. Yang pasti memang akan guna phone terpakai dari family sendiri. But after SPM, Abah akan belikan kami phone baru mengikut harga yang ditetapkan. Mostly dalam RM700+ camtu je. So, pepandailah cari phone mana yang kitorang nak dengan range harga tu.

Pastuh habis SPM, aku pilih Vivo Y55 sebab fizikal dia lebih kurang iphone. Dulu kamera duk tepi hujung tu kira iphone lah LOL 


Sumpah camera dia memang lawa! Clear teruk. Tapi sayang, since ini phone pertama milik aku. Aku taktau langsung apa yang seketul handphone perlu ada. Abang aku yang belikan handphone ni, mati-mati aku ingat dia dah siapkan semua keperluan handphone ni. Sehingga lah satu hari, handphone ni terjauh di jalan tar. Skrin retak! Skrin ok skrin! Masa tu baru aku tahu, handphone aku takde tempered glass. Hanya plastik biasa je ada. Wehhh sumpah aku termenung di atas ke-slow-an aku T.T // taktau nak nangis ke apa? Termenung and yes skrin retak. Tapi aku bertuah sebab handphone masih berfungsi baik.

Lama-kelamaan, camera handphone ni jadi blur. Blur kanan, blur kiri sampai menyusahkan kerja-kerja aku. Punca jadi camtu sebab selalu jatuh kot? (ye aku salah, tahu) (bagi aku ruang belajar sendiri HAHA) Pastuh, storage selalu full. Proses edit gambar perlu banyak apps, tapi selalu full storage. Install tu, uninstall ni. Gilir-gilir camtu. (16GB) 

Pastuh aku selalu bergantung harap pada camera phone adik aku untuk urusan kerja. Tapi sampai bila? Sampailah masa adik aku nak masuk U. Masa tu, aku rasa terdesak dan terpaksa juga beli phone baru demi camera dan storage juga. And finally, i bought iPhone 7 lolololololo (ofkoslah second hand)

-----

 Kenapa beli iPhone?!

Sebab dua perkara je, camera dan storage! Aku sakit kepala fikir android sebab kekadang android ni memula je baik, lelama dia harem hahahaha. Ini berdasarkan pengalaman aku lah. Lain orang, lain pandangan sebab keutamaan kita berbeza. 

Tapi dari segi bateri, android is the best! bateri iPhone macam pondan sikit. Haha, sehari wajib cas dua kali. Sokaylah, nothing perfect in this world guys. 

Jadi aku share serba sedikit pasal iPhone yang aku beli ni : 

Model : iPhone 7 , 128GB second hand (LL set)
Instagram : khallegacytrading
Harga : RM 990 full set box (murah sebab body belakang calar, takde masalah aku tepek casing jelah cecantik)

Aku yakin ramai yang nak cari kedai iphone yang trusted seller. So this is the one! Sila stalk laju-laju instagram tersebut.

1 comment:

Komen anda amat saya hargai!

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI