Friday, 10 May 2019

Dapur Kekja : Sambal Sotong


Salam, 6 Ramadhan 1440H. Alhamdulillah tahun pertama berpuasa di rumah sepenuhnya. So, aku juga tidak ketinggalan untuk berkongsi resepi berbuka puasa nanti. heheh. Here we go, Sambal Sotong!

Bahan : 


1- Sotong - 5 ekor
2- Lada kering - setengah genggam **
3- Bawang merah kecik - 4 biji *
4- Bawang putih - 5 ulas *
5- Halia - setengah ibu jari *

i. Gula - 2 sudu
ii. Asam jawa - hujung sudu (agak-agak je)
iii. Kiub maggi - 1 dan 1/2
iv. Kicap Manis - sikit je bagi sambal nampak gelap.


Cara masak : 

1- Sotong dibasuh dan dipotong empat.
2- Blander ** sehingga lumat kemudian blander semua *

1- Panaskan minyak
2- Masukkan yang diblander
3- Masukkan semua (i,ii,iii,iv)
4- Kecikkan api. Biarkan mendidih lama (5-10 minit)
5- Masukkan secubit garam dan ajinamoto.
6- Masukkan sotong dan biarkan mendidih (15minit)
7- Agak-agak dah kering sikit dah jadi sambal tu, okaylah. (make sure sotong tu masak) kau kena ada firasat yang tinggi. Hahaha memasak memang ikut kata hati tau. Pening nak terjemahkan. All i can say is, agak-agak je. Hahahah




2 comments:

  1. tu la kan, memasak ni memang semua nya gaya agak-agak. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulll. Takde amaun yang tepat, kena agak agak je. Heheh

      Delete

Komen anda amat saya hargai!

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI