Instagram : @artotes.co

Dapur Kekja : Nasi Lemak + Sambal


Nasi lemak merupakan menu utama sarapan pagi bagi bangsa Melayu. Since, we are Malaysian so that everyone can taste Nasi Lemak.

Cara masak Nasi Lemak :

1. Beras sukahati - satu setengah pot
2. Berasmati - 3 pot
3. Basuh beras dlm rice cooker.
4. Dah siap basuh, buang air.
5. Masukkan santan (1/2 kg) - RM5
6. Kemudian masukkan air sehingga paras masak nasi biasa. 
7. Koyakkan dan lipat 3helai daun pandan. Kemudian masukkan dalam rice cooker tersebut.
8. Tekan susi macam biasa. Biarkan dia masak.
9. Jenguk jenguk sikit, kalau dah mendidih. Godam guna senduk supaya santan sebati. Pastu biarkan dia masak sepenuhnya.


Sambal nasi lemak :

1. Lada kering - segenggam lebih **
2. Bawang merah kecik - 4/5 biji *
3. Bawang putih - setengah labu *
4. Ikan bilis - kurang dari segenggam. *
5. Gula - 3 sudu, asam jawa - setengah sudu (agak-agak je), kiub maggi - 1 dan 1/2 , kicap manis - sikit je supaya sambal nampak gelap sikit.


Cara masak : 

1- Blander yang bertanda ** dahulu sehingga lumat, kemudian masukkan sekali semua *
2- Panaskan minyak (masak sambal minyak kena banyak sikit)
3- Masukkan yang diblander.
4- Masukkan terus gula (amaun seperti yang dinyatakan)
5- Kacau lama sikit, masukkan asam jawa, kiub maggi dan kicap manis.
6- Kecikkan api. Biar mendidih lama 15minit and so on sehingga sambal kering bukan hangus (it's look like sambal yang dah siap. haha sila imagine)

/
Sambil tu boleh rebus telur / goreng popcorn ciken.


Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form