Monday, 4 February 2019

Who I am in 2019?


Assalamualaikum, hai! sudah lama tidak ketemu. Dah lama jugak korang tak jenguk blog ni kan? Setelah begitu lama on off sebagai blogger disebabkan oleh tugas asal di realiti kehidupan iaitu seorang pelajar. and yes! saya masih seorang pelajar untuk 4 bulan pertama pada tahun 2019. Apa maknanya tu? Maknanya, dah nak habis belajar omg. tapi baru matrik guys, sabar bawa bertenang. Jadi, mungkin juga kesibukan di matrikulasi menyebabkan komitmen saya untuk blog ini semakin perlahan dan semput.

Tapi takpe,  but i will make sure for the next year. I will make this blog noise again! (In shaa Allah)
By the way, dah lama nak bagitau selepas menamatkan Tingkatan 5 di SMK Muadzam Shah. Saya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) aliran sains tulen (Modul 1) selama dua tahun. (PDT)

Mengikut perancangan diri, pengajian ini hanya satu tahun.Tetapi perancangan Allah lebih baik, maka menjadi dua tahun . And you know what? Tahun ni adalah tahun kedua. In shaa Allah bakal menamatkan pengajian pada pertengahan bulan 4. Doakan guys! 

Ok next plan? 

Next plan adalah melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kos apa? Universiti mana menjadi pilihan? Sabar tuan puan. Namun, perancangan Allah adalah lebih baik dan sentiasa baik. Maka, saya mengambil keputusan untuk " berehat seketika " dalam akedemik dan fokus pada kemahiran diri memandangkan secara umumnya diri ini amat meminati bidang kemahiran. Oleh itu, saya ingin menumpukan segala skill dan seluruh komitmen terhadap perniagaan kecilan saya iaitu artotes.co // Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tengok di Instagram : artotes.co

Terima kasih kepada semua yang menyokong saya, yang meyakinkan saya untuk membuat keputusan (dengan petunjuk Allah). Terima kasih juga kerana sentiasa bersangka baik terhadap apa sahaja yang saya lakukan dan mendoakan yang terbaik. Jazakallahu khairan kathira! 

Di atas segala pengalaman hidup, maka itulah yang berada dalam perancangan saya. In shaa Allah, moga Allah izinkan dan permudahkan ia menjadi kenyataan. Namun, apapun perubahan selepas ini, marilah kita beriman kepada qada' dan qadar. Sesungguhnya Allah inginkan yang terbaik untuk kita. Allah Maha Mengetahui.


Tiada siapa yang menjanjikan hidup ini mudah. Tapi ia menjadi mudah bila kita redha dan percaya pada Allah. Jaga solat dan jadilah yang terbaik! Kesempurnaan juga tidak wujud dalam diri manusia, maka teruslah perbaiki diri kerana itulah yang terbaik. Perbaiki diri maksudnya kita ni memang selalu buat salah, pasti ada saja kesilapan demi kesilapan yang kita lakukan. Moga diberi ketabahan dan istiqamah kepada sesiapa yang sedang berhijrah. Begitu juga diri ini! Kita mampu untuk teruskan hidup dan jadikan ia lebih baik hari demi hari. #roadtorealadult

See you soon, on the next post.


 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI