Sunday, 9 September 2018

TIPS KESIHATAN : Sakit gigi berlubang (cengkeh)

Sumpah sakit gila bila sakit gigi yang berlubang. Nak nak waktu malam, Allahhhhh. Apapun, saya cuba kumpul semua tips tradisional inspirasi daripada mak saya demi masa depan saya dan keluarga kecil saya nanti. Hihiks

Sekarang saya masih di kolej, bila sakit memang takde arah lah kecuali ke klinik terutamanya untuk dapatkan MC. Untuk amalkan tips tradisional bila sakit memang susah. In shaa Allah tips ini berguna pada mereka yang percaya ciptaan Allah banyak manfaatnya dan juga dapat berjimat.

Apa nak buat bila sakit gigi? Idea untuk mengarang satu entri berkaitan sakit gigi ni hadir pabila mak saya bercerita tentang anak asuhan dia (4tahun) mengadu sakit gigi sebab gigi berlubang selepas dia berjaya menghabiskan kuih keria yang manis. Lepastu mak saya korek gigi dia yang berlubang tu (means : buang sisa-sisa makanan yang terlekat di situ)


Mak pun rebus cengkeh dan suruh dia kumur air rebusan cengkeh. Dalam tiga kali dia kumur, ha elok! Esoknya datang rumah, dengan riak bangga gembira dia tu " acikkk, gigi da tak shakit *sambil tepuk-tepuk pipi dia) "

Setakat ni saya belum cuba sebab waktu sekolah menengah, gigi berlubang saya hanya ditampal sahaja. Amatlah tidak wajar untuk amalkan telan ubat tahan sakit. Cubalah cara tradisional. In shaa allah kita ikhtiar :)

HIGHLIGHT :

1- Rebus cengkeh.
2. Kumur sebanyak tiga kali air rebusan cengkeh.
/
Pesanan hal-hal kesihatan ini ikhlas dari saya, Faezah Mdnor. lol panduan masa hadapan.

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI