Thursday, 15 February 2018

Dapur Kekja : Tomyam cecampak




Cuti raya cina + mid sem break. So, harini masak apa? Nasi putih + tomyam cecampak. Sama je, tomyam jugak. Aku je over letak nama vogue camtuh. Lol

Bahan-bahan :

1. Ayam potong 20 dari kedai.
2. *Bawang merah - 3
3. *Bawang putih - 1 (7-8ulas)
4. *Cili padi - segenggam/ agak-agak je. kang pedas. ayok!
5. Serai 4-5
6. Kiub Tomyam - 5
7. Pes Tomyam Adabi - 3
8. Kobis bunga

Cara masak : (rebus api besar ok)

1. Masak nasi lah. Haha
2. Basuh ayam, masukkan dalam kuali/periuk
3. Blander yang bertanda * (air separuh blander, means air banyak) takyah tapis.
4. Masukkan yang diblander dalam kuali berisi ayam tadi.
5. Masukkan sekali gus kiub tomyam-5 . pes tomyam adabi-3.
6. Tambah air banyak lagi supaya berkuah lah.
7. Ketuk bahagian depan serai dan masukkan dalam kuali.
8. Masukkan garam satu sudu, ajinamoto -secubit cuma. lol
9. Biarkan rebus lama-lama. (supaya cili tu masak, so tak pedas sgt)
10. Potong kobis bunga. (masukkan seminit sebelum tutup api)

ok siap.

Tips: campak, biar rebus. siap!





 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI