Monday, 19 February 2018

Dapur Kekja : Ayam Masak Semur (Kicap Jawa)




Bahan-bahan :

1. Ayam siap potong dari kedai.
2. Bawang merah - 3*
3. Bawang putih - 5/6*
4. Halia - 2 ketul*
5. Ketumbar dan jintan (1-2sudu )*
6. Serbuk kunyit
7. Kicap pekat,manis, masin.
8. Garam dan aji
9. Cili api - 4-6 batang
10. Air - dua mangkuk


 Cara masak : 

1. Basuh ayam
2. Sangan ketumbar dan jintan. [goreng tanpa minyak langsung]
3. Blander yang bertanda *
4. Tapis jika terlalu banyak air
5. Tabur satu sudu serbuk kunyit pada bahan yang dah diblander dan gaul sebati.
6. Panaskan minyak. (minyak banyak)
7. Masukkan yang dah diblander tadi.
8. Gaul dan tunggu sampai naik minyak dan bau. (bukan bau hangit. lol)
9. Pastu masukkan ayam dan air dua mangkuk.
10. Masukkan kicap manis, kicap masin dan kicap pekat.
# kuantiti is depend on you. nak manis, lebihkan kicap manis kurangkan kicap masin. dan begitulah sebaliknya kalau nak masin. nak pekat, warna hitam gelap. letak banyak kicap pekat. kalau nak warna cukup-cukup gelap. letaklah sikit je. gituh)

11. Tunggu sampai didih.
# Rasa, kalau tak cukup apa rasa. tambah kicap masin. pastu baru tambah garam kalau masih tak cukup masin.

12. Biarkan didih lama.(sampai kuah cukup). Tutup api, masukkan cili api. Siap!


 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI