Thursday, 16 February 2017

Women Backpack Terkini

Hari ini kita akan berkongsi bersama anda tentang gaya backpack. Tahu tak backpack bukan sahaja untuk kanak-kanak , remaja atau mereka yang berumur muda sahaja malah, orang yang berusia pun boleh pakai backpack korang tahu tak? Memang kekal bergaya kalau memilih backpack style yang sangat universal untuk setiap wanita tanpa mengira usia. Nak tahu jenis backpack yang ada? Mari kita tengok!



1. Canvas/Nylon Backpack




Backpack jenis begini sesuai untuk mereka yang kerap memerlukan ruang penyimpaan untuk pelbagai barang seperti buku dan laptop. Jadi, backpack jenis ini lebih banyak dipakai oleh pelajar Universiti. Mengikut kekuatan bahan kanvas atau nylon yang digunakan, backpack jenis ini juga boleh digunakan untuk melancong.



2. Mini Backpack




Baiklah untuk backpack jenis ini, sangat sesuai untuk wanita yang menginginkan kelainan daripada menggunakan beg satchel atau beg tangan yang biasa. Jadi selalunya, anda akan jumpa fashionista atau hijabista yang menggunakan backpack stail begini.  Saiznya kecil berbanding backpack  biasa kerana ia bertujuan untuk digunakan sebagai aksesori dan dijadikan sebagai alternatif beg tangan. Tak kira la usia anda 15, 25 atau 30 sekalipun, fesyen backpack ini boleh digayakan dengan menarik.




3. Gym Backpack




Jangan salah faham ya. Gym backpack bukan bermaksud untuk dibawa ke gym sahaja. Secara keseluruhannya, backpack begini khas untuk mereka yang bersukan. Backpack sukan lazimnya akan diperbuat daripada bahan fabrik yang mampu "bernafas" supaya barang seperti pakaian dan kasut tidak berbau. Ada juga backpack sukan yang khas untuk mereka yang kerap mengikuti acara marathon.


Jadi suka tak backpack? Kalau boleh saya mahu mencuba gaya mini backpack. Nak juga tampil lebih berfesyen. Jom tengok backpack terkini mana tahu anda pun tertarik.


Tuesday, 14 February 2017

Review : Shaklee Vita-C Plus



Assalamualaikum, evening! Saya dapat rasa Shaklee users dalam kalangan pembaca blog saya. So, harini mesti korang syok gilah bila saya cuba berkenalan dengan dunia engkorang. Hahah, haih tak sah kalau ayat tak pelik camtuh. okay! Harini saya nak bagi feedback pasal produk Shaklee which is Vita-C Plus! 

Sebenarnya Mak dengan kak seha yang memulakan rutin Shaklee di rumah memandangkan Angah saya (ohmyvitamin.blogspot.com) adalah pengedar Shaklee Seremban. So, diorang yang bersungguh untuk mencuba produk shaklee. Yes, memang mahal tapi kenapa ada orang membeli kalau ia tidak bermanfaat? Semakin besar, kita tidak begitu memandang harga sebab duit boleh di cari. Kita lebih memandang kualiti sesuatu produk itu. So, kepada yang dapat kesedaran mesti akan pilih shaklee sebagai supplement mereka. 

Ok then, mak dengan kak seha dah tak istiqamah sgt makan semua yang diorang beli tuh. Lepastu, ada lebihan Vita-C Plus ni dalam peti ais. So, saya trylah consume hari-hari (lah jugak) sampai habis semua tablet tuh. Dan hasilnya?! Haha, ok ni lawak sebab based on my research pasal Vita-C Plus adalah merupakan salah satu produk kecantikan Shaklee. Tapi bila saya consume, yang cantik tuh taktahulah (tanya lah mereka yang pernah tengok saya, saya cantik ke idak?!) Hahahaha. Vita-C Plus membantu saya dari segi perut buncit.  Kiranya dietary supplement!

So, saya rasa. Mungkin keduanya lah. Sama ada untuk cantik dan untuk kurus. atau keduanya! Pergh Shaklee tuh. Hahaha. So, macam ini. Saya cepat berlipat bila makan nasi, sebab tu saya kureng sikit bab-bab nasi ni. Saya suka makan remah-remah je, macam kentang goreng ke nugget macam tuh. Kenyang atau tak, saya tak kisah. Asalkan perut tak kosong. Sentiasa terisi dan tak masuk angin. #TipsKurus. LOLOLL

Pastuh, bila telan Vita-C Plus nih waktu pagi (sebelum makan). Lepas makan seharian tuh, perut tak buncit pun dan tak rasa belipat. Sebab dalam sehari tuh, mesti ada "membuang". Memang rasa badan selesa sebab tak ada yang terkeluar dari landasan (muncit) . Haha, rasa badan ringan dan sekeping je. Saya memang tak suka buncit atau berlipat dan bergesel sebab itu sangat merimaskan! Saya budak sport, ecececeh so kena maintain sekeping supaya senang berlari dan lasak-lasak semua.

Hah, macam tulah Shaklee Vita-C Plus membantu saya. Korang yang pernah consume ni, macam mana pulak? Share with me ;) 


Wednesday, 1 February 2017

Baby Journal



Lama dah tak update, harini muncul dengan topik pelik seorang gadis 18tahun (to-be) which is Diary of Baby. Selama jadi babysitter ni, why not kita ambil dan belajar tentang baby. Yelah satu hari nantikan ada baby sendiri jugak. (Aaamiin) , ok twit! People nowadays selalu macam tak pandang pentingnya setiap percakapan. I mean, kata-kata itu adalah doa. Contohnya bila sekarang ni kita baru nak jejak 18tahun tapi ada yang tanya " Bila nak kahwin?" . Even memang lah kita rasa macam APAHAL DIA NIHH AKU BARU NAK-UP 18 KOT. Tapi jawapan yang kita bagi itu juga doa. Sifat doa tidak dimakbulkan time tu jgak! TIDAK. Maksum sangat kah kau sampai petik jari, sebut apa semua terkabul time tu jugak? So, kalau ada orang tanya pasal kahwin, anak dan sebagainya yang kita tak perlukannya sekarang tapi kita sangat perlukan dalam kehidupan depan. Jawablah dengan baik, kerana kata-kata kita adalah doa. Sebab doa itu akan dikabulkan, tepat pada masanya. Mana lah tahu, harini kita jawab yang baik, dua tahun lepastu dikabulkan. Kita taktahu. Bersangka baik pada Allah ok :)

Okay sempat pulak selit mukadimah tuh. Hehe, Baby Talk harini adalah pasal apa yang baby selalu buat. So far, saya jaga 4 orang baby. Eh, pembetulan. Tolong mak jaga 4 orang baby. Hihi, 3 orang baby masih dalam 5,6,7 bulan. Yang atas nun, #Huzair. Paling bongsu, 5bulan dah. Selalunya rutin dia ni, Tidur-Bangun-Mandi/Susu-Main-Tidur (ulang balik) ok tu je. Ada masa dia menangis tu sama ada nak tidur atau nak susu. Tu je. Tapi kalau dia nangis tanpa bagi hint. Masuk buai, terus berenjut sampai tidur. Setel! Hahaha. (Boleh je mandikan baby dulu, pastuh baru bagi susu. Depend pada keadaan baby masa tu. Kalau dia dah lapar, nangis-nangis. Bagilah susu dulu, pastuh mandikan) Lepastuh, check pampers dia selalu. Dan tukar pampers+cebok (atau spray air) sebaik sahaja dia dah poop. Jangan biarkan baby dalam keadaan ber-poop lama-lama. Not good, no no. Sebelum bagi susu/makan pun, check pampers. Jangan bagi baby menyusu/makan dalam keadaan tak bersih/tak selesa. Take a good care of your baby. #Tips

Part paling rasa bosan lah jugak dan tak dapat nak istiqamah bila dia ajak main. Dia pulak tak boleh meniarap lagi kepala berat. HOH HOH HOH! Tak sure nak main apa dengan dia, kalau tinggal nanti nangis. So, layan lah. Em yerp! Dan bila kita dah rasa betapa HERRRRR bila dia bukak mata dan nak main tuh. Terus rasa nak bagi dia tidur lama-lama. Kiranya layan jelah sampai dia penat, pastu tidurkan dia. Memang rasa lega bila baby dah tidur, dan pastikan dia tidur lama. TIDUR SECUKUPNYA! sebab kalau dia tak cukup tidur, dia akan meragam. Ofkos! Semua salah dan nangis all the time. So, untuk baby bawah 5bulan ni. Pastikan dia tidur secukupnya. Tidur terlajak pun takpe, jangan sampai tak cukup tidur. Bahaya! kerana itu akan menganggu emosi anda juga bila dia nangis tak henti. Haha, I can feel that bila kita tengah tidurkan anak pastu orang lain kejut ajak main. OMG, hahahah hmmm tak patut ok. Fahamilah

Bila baby cukup tidur, mood dia baik sangat! Nak bagi minum susu pun senang. Semua senang lah. Tapi semuanya depend on baby jugak. Setiap baby tak sama. Serius tak sama. Haha, so kena pandai control emosi itu penting! Ummi tolong rileks all the time, please. Sentiasa chill hadapi kerenah baby, sangat penting. OH-INI SANGAT PENTING OK. Okay itu sahaja, ringkas sahaja harini. Semoga bermanfaat untuk masa depan-depan nanti. Heheh




Lots of love,
Kekja Babysitter - 2017


 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI