Friday, 28 October 2016

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha


My Random Kindness


Agak berfikir panjang untuk menulis cerita ini. Agak janggal sebab jarang lah bagitau orang tentang kebaikan yang kita buat (alahaiii) . Haha, it's okay. Kisah ini akan buat korang terkedu dan berfikir. Ini kisah benar tentang saya.

5tahun yang lalu...

Masa tu hari sukan sekolah. Aku dah bawak dua acara pecut iaitu 100m dan 4x100m. Limit acara per individu adalah 3 acara. Kiranya, aku ada lagi 2 acara individu yang aku boleh rembat. Tapi aku chill je masa tu sebab acara aku dah selesai dan 1 silver, 1 bronze dalam tangan. Aku rehat kat bawah khemah rumah sukan aku iaitu Rumah Biru. Dari bawah khemah tu, aku tengok lah kawan-kawan atlet aku yang bersiap untuk acara masing-masing. Cikgu pun sama rancak uruskan budak-budak ni. Maklumlah sekolah rendah.  Tetiba aku nampak kawan aku , Ummu terhincut-hincut jalan ke khemah kami . Siap kena papah lagi. Dia baru habis acara lompat jauh, dan kejap lagi dia kena bersiap untuk acara 200m. Aku terus berlari kat dia, aku tanya dia okay tak? Tapi dia dah menangis bagai nak gila. Pertama, mungkin dia nangis sebab dia kalah lompat jauh. Kedua, mungkin dia nangis sebab dah la kalah lepastu injured pulak. Ketiga, mungkin dia nangis sebab dah la kalah lepastu injured pulak , so macam mana nak main untuk acara 200m yang daripada tadi MC duk umum yang acara dah nak start. Memang kat khemah tu, dah bising dan gelabah terutamanya cikgu yang kena setelkan atlet ni. Aku cakap kat cikgu, aku boleh tolong acara ni. Tapi Ummu tak bagi. Dia cakap dia nak main jugak sebab ni acara feveret dia. Dia yakin dapat emas yang ni. Aku hormat lah kalau itu yang dia nak. Cikgu pulak dah gelabah dan marah-marah dia sebab kaki dia memang injured teruk. Dia nangis lagi sebab dia nak menang medal tahun ni. Memandangkan tahun akhir kami di sekolah rendah. Aku cakaplah kat dia " Kau nak medal je kan? bukan nak lari sangat kan?" ... lepastu dia angguk sambil tutup muka nangis. Aku cakap kat dia " takpe, aku tolong lari je. Medal, aku bagi kat kau. ok?"... dia macam serba salah nak setuju tapi dia setuju jugak sebab memang dia takboleh nak lari dah.

Aku terus cakap kat cikgu yang aku gantikan Ummu. Ummu pun dah setuju. Aku terus berlari ke garis permulaan sebab memang LAST MINUTE sangat , MC pun dah ulang banyak kali supaya atlet-atlet 200m berkumpul. Aku buat regangan sikit. Dan si penjaga garisan pun bersuara " Ke Garisan! ...... Sedia.... POMMMM! Pecut lah apa lagi. 200m. Aku tak fikir pun yang aku lari ni adalah dalam track acara 200m. dan akhirnya, larian aku tamat. Aku dapat GOLD MEDAL. Syukur, gembira and ya! Perasaan atlet bila dapat emas. Puas. dengan panas terik dan penat yang teramat tak terkata. Lepas amek medal, aku berlari kat Ummu. Aku bukak kalung medal pada leher dan bagi kat dia .. " nah, kau punya."..Ummu pun ambil, lepastu dia senyum.. dan ucap "terima kasih." pada aku.


Balik daripada sukan tu, aku cerita kat mak aku. Mak aku marah lah jugak sebab kesian lah aku yang penat berlari dengan panas terik tapi medal dapat kat orang lain. Lepastu baru aku terfikir, "Oh, aku 'terlampau' baik rupanya.."  aku tak rasa menyesal pun. Masa tu, aku cuma berfikir untuk tolong selesaikan masalah orang je. Bagi aku ni perkara kecil je, tapi mak aku yang sedarkan aku. Yang aku terlalu baik. Yelah, kita yang susah payah tapi orang lain yang dapat. Bak kata pepatah, "Lembu punya susu, Sapi dapat nama" - SEKIAN-

 **Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**


Instagram : @fzhmdnr

p/s: I dooo love Shade Dough Creme Caramel !!


Dapur Kekja : Spagetti + Sos Prego



Cuti 5 hari sempena Hari Depavali dan tinggal 3 hari persekolahan yang akan penuh dengan persiapan akhir tahun dan majlis bersara pengetua. Kemudian, cuti 2 hari dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Rabbi yassir wala tuassir , rabbi tammim bil khair . Allahurabbi. fuhh, tarik nafas dannnn hembus perlahan. heee

Okay, harini masak spagetti. Jom masak!




BAHAN :

  1. Spaghetti San Remo
  2. Prego Mushroom
  3. Mushroom
  4. Ketulan ayam 
  5. Bawang merah - 2 biji yang kecil/sederhana
  6. Bawang putih - 6ular yang besar
  7. Garam, serbuk lada hitam, Sos Jalin






CARA MASAK : 

  1. Rebus spagetti sampai lembut
  2. Tapis dan tuang minyak (zaiton/masak) sikit sambil tapis supaya tak melekat dan spagetti jadi licin.
  3. Bawang merah potong dadu. (potong dua dulu, kemudian potong tiga dan potong dadu)
  4. Bawang putih diketuk dan hiris kecik-kecik
  5. Panaskan minyak
  6. Masukkan bawang putih sehingga kuning/agak coklat
  7. Masukkan bawang merah dan sos jalin.
  8.  Masukkan ayam dan masukkan prego.
  9. Gaul bagi sebati dan masukkan secubit garam
  10. Gaul dan tunggu mendidih (pastikan ayam masak) (sambil tu masukkan serbuk lada hitam)
  11. Dah mendidih, masukkan cendawan.
  12. Gaul dan tunggu mendidih lagi.
  13. Kemudian, tutup api. dah siap!



p/s : Nampak macam banyak step padahal benda yang sama je. hehehe, okay, semoga faezah ingat dan faham bila baca balik ni. Haha, not in mood. takboleh lama-lama di sini. I need to study. Bye!



Thursday, 27 October 2016

Review : Semusim Di Barzakh

Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki yang Allah limpahkan kepada saya. Syukur, saya dipilih menjadi salah seorang pemenang novel tarbiah Semusim Di Barzakh ini. Syukur yang tak terhingga. Semoga saya menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dari hari ke hari. 


Untuk itu, dengan rasa syukur dan insaf. Saya nak kongsi serba sedikit cerita tentang novel ini. Pertamanya, bila saya dapat novel ini. Agak mengambil masa untuk saya mulakan pembacaan sebab saya tunggu "mood" sampai dulu. heheh, memandangkan saya di ambang SPM ni kan. Cop! Itu bukan alasannya. Semakin dekat dengan SPM, semakin banyak benda yang saya buat. In shaa Allah, belajar tetap belajar. 

Okay, berbalik kepada review Semusim Di Barzakh. Buku ini adalah novel karya Hadi Fayyadh. Pada mula cerita ini, saya kurang faham novel ni nak cerita pasal apa? Apa kaitan Humaira, bayi kudung, Fayyadh ? Kenapa tetiba je masuk topik ni? Novel ni nak cerita pasal apa? Mana alam barzakhnya? Haaa camtulah yang saya fikir. Setiap kali saya baca bab yang pertama. Saya akan berselang seli dengan membaca feed back Ustazah Siti Nor Bahyah . Dan cuba meyakinkan diri saya. Feed back ini adalah betul. Bukan sekadar ingin me-laku-kan buku ni. 

Bila dah sampai tengah cerita, perjalanan Semusim Di Barzakh bermula apabila Fayyadh jatuh tangga dan koma. Selepas dia jatuh tangga, dia terus koma. Tapi dia rasa dia still hidup, padahal dia hidup dalam dunia yang lain. Start dari tu, dia teruskan perjalanan yang kononnya dia hidup dalam dunia nyata. Hakikatnya, perjalanan yang dia lalui itu adalah di alam roh. 

Di alam roh itu, dia mati sebab kemalangan dan dia teruskan perjalanan hidup di alam barzakh pula. Di situ, sangat banyak dan sangat terperinci setiap azab yang dia lalui. Sangat teliti setiap bait untuk menggambarkan suasana azab di sana. Ada satu sabda Rasulullah SAW yang saya catat, sebagai point penting pada saya setelah tamat membaca novel ini . 


Rasulullah SAW bersabda : 

"Andai kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan banyak menangis daripada banyaknya ketawa"


Tuesday, 18 October 2016

International Instructor Course ITF


23days before SPM

15-16/10/2016 (Sabtu&Ahad)

Aku yakin coretan ini penting. apatah lagi aku dalam fasa "counting days" . Alhamdulillah, berjalan lancar, event ini di Shah Alam.

Sebenarnya, hari Jumaat dan Sabtu ada seminar Addmath. Memandangkan kami di ambang peperiksaan. Sangat busy dengan kelas petang, malam. Maka pilihan saya adalah...... ke event ini. Bukan apa, saya dapat bayangkan keadaan saya dalam bilik ber-aircond belajar addmath satu jam satu tajuk yang berlangsung selama dua hari! Adalah lebih baik saya ke event ini. 





SEJAGAT TAEKWONDO CLUB ITF

sewaktu dalam kursus ini, Grandmaster panggil seorang peserta yang duduk belakang sekali untuk ke depan dewan. Semua peserta berpaling ke belakang termasuk aku. Peserta tersebut bangun dan ke hadapan depan. Aku agak-terkejut sebab memang jelas dia Pencetus Ummah Hafiz! dengan pantas mulut aku sebut " PU HAFIZ". Tapi macam aku sorang je kenal dia. emmmm....takpelah.


hari kedua, aku keluar dewan untuk ke toilet. Tetiba PU Hafiz lalu tepi dewan. "Assalamualaikum ustaz" . "Waalaikumsalam, dia balas".. Then, gambaq la pe lagi.


saka yang kat belakang tu tak dapat di bendung. maafkan dia ok



p/s : kelakar sebab dah malas nak taip untuk entry ni. LOL

Graduation day! - 2016

33days before SPM



Peristiwa 5/10/2016

Assalamualaikum, perkenalkan budak gemok dengan berat badan 40kg setinggi 157cm. Nampak sangat camera mencemburui saya. huh! 

Biodata graduan SMKMS 2016

Nama Penuh: Nur Faezah Binti Mohamad Nor
Tarikh Lahir : 24 Oktober 1999
Tempat Lahir : Hospital Besar Muadzam Shah, Pahang
Course : Biology (Sains Tulen)
Nama Bapa : Mohamad Nor Bin Sulaiman
Pekerjaan Bapa : Jurutera PAIP ( Pengurusan Air Pahang Berhad)
Nama Ibu : Salila Binti Kasmin
Pekerjaan Ibu : Suri rumah sepenuh masa disamping mengasuh anak jiran
Bil. Adik-beradik : 7 orang
Anak ke : 6 daripada 7 orang
Cita-cita : Depends on Allah plans / Doktor Neuro / Pensyarah
Hobi (perkara dilakukan pada masa lapang) : Tidur, Makan, Membaca,Menulis, Melukis, Bersukan, Mencipta sesuatu yang baru, Melakar perancangan hidup.
Prinsip hidup : Bahagia letaknya pada hati yang sentiasa bersyukur :)


Pencapaian : SIJIL KEPUJIAN ( 5.11 )


Itulah dia sedikit sebanyak tentang dia. Eh saya! Alhamdulillah syukur, Allah mendengar doa saya. Jujur saya agak kurang keyakinan diri. tengoklah pointer saya. bagi orang yang hebat, mungkin ini satu kegagalan buat mereka. tapi bagi saya, ini adalah satu keajaiban yang saya tak duga. Memang impian saya tahun ini untuk tersenarai dalam senarai nama graduan SPM. Alhamdulillah hadza min fadhli rabbi. 

Saya bukan ahli akademik , jadi rasa awkward dan merendah diri untuk meluahkan rasa berkaitan akademik di sini. Kalau nak cakap pasal seni, sukan. boleh lah, sebab itu memang mainan fikiran dan hati saya. Mesti pelik kan? Kecenderungan saya lebih kepada seni tapi saya ambil subjek Sains Tulen. Itulah dia, Perancangan Allah yang penuh hikmah dan debaran. Alhamdulillah, for everything :)

In shaa Allah, jika dipanjangkan umur. Saya akan menduduki Peperiksaan SPM pada 7-29/11/2016 . Semoga doa yang baik-baik dari kalian untuk kejayaan saya, Allah makbul kan. Aaamiin.





"BAHAGIA LETAKNYA PADA HATI YANG SENTIASA BERSYUKUR" - Faezah Mdnor


 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI