Sunday, 31 July 2016

Classmate 2015/16




Bersempena Jamuan Raya sekolah pada 21/7/2016 , dapatlah bergambar dengan rakan sepejuangan SPM 2016 (Nilam 2) . Dua tahun sama kelas, belajar subject baru Addmath, Biology, Chemistry, Physic dari tercengang ternganga sampai lah sekarang semua dah pro boleh pergi dengan semua subject ni. Inshaallah . Bagi aku, ni jelah satu-satunya gambar buat kenangan sebab tahun ni malas nak bergambar. Anyway, aku doakan semoga semua dapat capai impian masing-masing. (taknak reunion) hahah.-----fahamkan


 




Terima kasih semua yang banyak bantu pae, secara langsung mahupun tidak langsung dalam perjuangan ini. Terima kasih yang selalu ada untuk dengar cerita itu dan ini tentang kisah hidup dia yang kononnya tough sangat. Terima kasih yang selalu bagi semangat , dan kata-kata positif. Terima kasih yang banyak mengajar pae erti persahabatan walaupun dah lama tak feel macam ni. bukan dunia aku kot. K F I N E ..... terima kasih yang tak terhingga untuk bulatan bahagia ini, walaupun tak cukup sorang, still nampak cukup. Hahahahaha 



Terima kasih juga untuk insan yang comel ini, bertudung biru. Terima kasih untuk quote ini 

" Do not look at yourself with disgust, you are a gift to this world. You are beautiful, you are light, an energy , essence. You are nature yourself " 


p/s : Saja post, sebab lepasni confirm semua gambar akan hilang terutamanya kes format pendrive, komputer rosak dan henset lupa password membuatkan aku lebih alert. Jadi, simpan kat blog. kalau hilang jugak........dah la bye.

Saturday, 30 July 2016

My Favorite Alianna Bawal

Pertama sekali, segmen #MyOOTD adalah untuk koleksi ootd saya, supaya nanti tahu yang mana favorite tudung so far. Taklah bad mood sepanjang hari hanya sebab tudung. bosan sangat. Okay, khas untuk pencinta tudung bawal (berbanggalah kita geng!). Harini punya cerita, saya pakai tudung Alianna Bawal . Material Chiffon Georgette jugak! suka sangat material ni sebab memang tak jarang langsung.stretchable.mudah dibentuk dan kadang-kadang tak payah iron pun takpe sebab still 'sting' (faham-faham lah bahasa girlll) . 

Tapi saya memang pantang nampak kedut sikit, mesti nak iron. termasuklah seluar track atau baju tshirt yang berkedut. Tapi kalau korang, jenis tak kisah pasal kedut-kedut pada pakaian atau tudung. eloklah jadi pengguna setia Alianna Bawal. Harga RM43 include postage. Saya pakai bidang 55 , Emerald green. Boleh usha ig @fasihahmohamadnor.co . saya pun dalam usaha menambah koleksi warna Alianna Bawal . 




( nanti-nanti ootd baju, seluar dan lain-lain ok. heheh )


Sabtu, 30/7/2016
going to Segamat

Wednesday, 27 July 2016

#ootd Shawl Huda

Hai, ramai yang rindu. Sorry lately busy dengan kesihatan diri yang turun naik. sekarang ni tengah demam selesema, gigih pergi sekolah tapi mostly I tidur dalam kelas. Semoga cepat sihat, banyak kerja tertangguh terutamanya HOMEWORK. 

Btw, harini terjumpa gambar ni. Raya ke-3 rasanya, saya pakai SHAWL HUDA. Seriusly, saya tak sesuai pakai shawl kecuali awning bawal. Jadi, Shawl Huda ni boleh lipat jadi awning bawal. Yey, mujur menjadi tau. Cantik tak?  Material Chiffon Georgette , harga pun murah! RM22 sahaja. Boleh pergi usha ig @fasihahmohamadnor.co 



Wednesday, 20 July 2016

Tutorial Newbie! : Backlink

Assalamualaikum. dah nak masuk bulan 8, trial spm 22/8/2016 (pray for me) . So, saya busy sikit. Noooooo! banyak sebenarnya. hehe, dah lama tak buat tutorial so here. Tutorial for newbie!



(request by dieyla - tekan SINI untuk ke blog dia)
siapa-siapa pengguna Shaklee atau baru nak try Shaklee. boleh lah berurusan dengan puan dieyla.



1. Dashboard - New Post

2. Tekan gambar yang nak letak link . (akan jadi seperti gambar di bawah)


3. Tekan Link dalam kotak merah tu. (jika gambar tersebut dah ada link, tekan Link sekali lagi untuk hilangkan link asal gambar , kemudian tekan semula gambar dan tekan Link sekali lagi untuk masukkan link baru. fuh moga faham.)

4. Lepas tekan Link , akan keluar camni.


5. Letak link yang korang nak di bahagian Web address


#Sebagai contoh, saya nak link kan gambar tu dengan link instagram saya.

1- Pergi ke page tersebut dan Copy WEB kat atas tu (yang warna biru)


2. Paste ke Web adress ( seperti gambar di bawah)


3. Tekan OK 

Preview. menjadi? SAVE

Sunday, 17 July 2016

Dapur Kekja : Nasi Goreng

(gambar dari google)
abah puji saya masak sedap nasi goreng. hm jangan lah cemnii *blushing* *tutupmukadenganbantal*



Bahan : 

Bawang merah - 2
Bawang putih - 4 atau 5 ulas
Ikan bilis - segenggam
Udang kering - segenggam'
Cili api - segenggam atau agak-agak je nanti pedas sangat



Cara Masak : 

1- Pergi masak nasi dulu
2- Pastikan nasi dah masak, gaul dalam periuk dan sejukkan.
3- Blander semua bahan diatas, dan tapis
4- Panaskan minyak. (kaedah tumis)
5- Minyak dah panas, masukkan yang dah di blander tu.
6- Kacau-kacau dan masukkan garam satu sudu teh, secubit garam aji.
7- Tunggu coklat sikit, then masukkan nasi.
8- Gaul-gaul bagi sekata.

Siap!


Sunday, 3 July 2016

Dapur Kekja : Ikan masak asam pedas.


Mowning girls! sebab tu lah selama ni bubuh gambar dari google je, sebab camera I buruks gila. Haha, gambar kabur sebab masih dalam kuali berasap . Semalam berbuka, #ChefKekja turun dapur. Mood macam okay boleh terima nak masak semula. So, harini nak ingat balik. Apa nama masakan ni guys? IKAN MASAK ASAM PEDAS.
[ untuk dapatkan lebih banyak resepi masakan I, hahaha ada di Tutorial - Dapur Kekja ]


Bahan:

1- Ikan Selar - 5 atau 6 ekor kot.
2- Lada kering - segenggam *
3- Serai - 4 atau 5 *
4-Bawang putih - 6 *
5- Bawang merah - 2 *
6- Halia - sederhana *
7- serbuk kunyit 1/2 sudu teh. *
8- garam satu sudu teh, garam aji sikit,  kiub maggi- 2 , asam jawa - setengah sudu


Cara Masak : 

1- Basuh ikan, buang isi perut. potong tengah ikan tu. 
(maknanya dapat dua bahagian, ekor dan badan kepala)

2-  Blander semua yang bertanda *
3- Blander sampai hancuss, pastu masukkan serbuk kunyit. Blander lagi sampai hancuss
4- Panaskan minyak,
5- Masukkan yang dah diblander tu. (takyah tapis)
6- Tunggu lama sikit, masukkan semua bahan dalam no.8 tu.
7- Kacau sikit, pastu biar dia mendidih.

8- Dah didih, masukkan ikan yg dah siap tadi tu. pastu tunggu sampai didih.

Dah siap!

p/s :  makin lama makin simple je arahan nak masak ni. Hope nanti faham lah kalau nak masak balik. dah bye.


Friday, 1 July 2016

Interaksi ibubapa (mid-year)




ok. harini interaksi ibubapa. memandangkan aku kurang sihat, selsema+demam sikit..em taklah, sebenarnya kalah dengan selesema, tu yang demam. hihi, but now dah okay sikit alhamdulillah. bercerita pasal interaksi ibubapa harini adalah berkaitan result kau yang acah-acah gempak tu. opss

disebabkan harini tak berapa sihat, so aku lebih mengangguk dan menyengih je dengar mak aku ber-interaksi dengan Cikgu Biology aku. Fuhhh, thanks to-the-teacher sebab cerita yang bebaik je pasal I dan macam faham je apa aku rasa. Haha, and proud of my mom sebab dia cerita dengan jujur pasal aku 'di rumah'. siap mention yang dia selalu bagi I kerja-kerja rumah seperti lipat baju yang bergunung setiap hari padahal homework aku macam nak berlumba siapa lagi tinggi. Siap mention jugak yang aku cepat stress. Tapi teacher cakap, maybe aku masih takboleh terima dengan umur aku yang cemni ha. Yelahhh remaja mesti nak free, happy tapi aku punya life macam aikk sikit. Hahah, and ya aku bersyukur. Always proud of my mom, cara dia ajar aku sangat betul even semua cara dia, buat aku rasa What?! Apenii. tapi aku tahu semua ni best.

So inilah life seketul budak SPM yang takboleh nak undur mahupun di lajukan sesaat. Masam masin manis pahat tawar ini semua akan aku rindu satu hari nanti. Kenangan sendiri buat renungan nanti, kalau dah senang. ingatlah betapa susahnya dulu. (poyo jeh bunyik)



untuk diri, stay strong. dan heii dua bulan lagi maaa. Haha
Good luck Faezah, iloveyou :)

SPM on 7 November 2016 

Semoga panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Dapatlah kita berjuang sesama ye. Inshaallah Aamiin.




 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI