Tuesday, 13 September 2016

Pilihan Cinta : Aimaan Banna


[ Klik gambar untuk play video]


CINTA SELEPAS NIKAH? TAK LOGIK!

Hari ini ramai yang dok sembang pasal cinta lepas nikah. Tak habis-habis perjuangkan 'cinta selepas nikah'. Katanya haram jika cinta sebelum nikah.

Ye ke haram cinta sebelum nikah? :)
Jom kita rungkaikan sama-sama!

p/s:
Kena janji baca sampai habis supaya ramai orang faham bahawa bercinta sebelum nikah tu boleh! Terima kasih kerana baca hingga habis.

[HUJAH KENAPA CINTA SEBELUM NIKAH ITU PATUT!]

[1]

Takkanlah nak cakap ini; "Hai awak, apa khabar. Jom kita kahwin!"

Pelik dan menjengkelkan.
Perempuan bukan iPhone tau.
Kau ingat kau nak beli iPhone ke apa?
Main tengok-tengok, suka, lepas tu nak beli?

Oleh itu, kita perlulah adakan cinta sebelum nikah untuk ada rasa suka!

Selalu dengar statement ni?

"Jika si dia tidak kahwin dengan kamu secepatnya, maka ini bermaksud dia tidak mencintai kamu!"

Ini statement yang tak logik. Siapa kata kahwin itu bermaksud cinta? Ada je orang kahwin tapi sebab harta, ada kahwin sebab terpaksa. Jadi, kahwin tu bukan bermaksud cinta.

Oleh itu, bercintalah sebelum nikah.

[2] Pernah dengar hadis Nabi;

"Tiada apa yang lebih baik antara dua orang yang bercinta selain daripada nikah."

Lihat..!

Bukankah ada wujudnya istilah cinta sebelum nikah.
So, ini membuktikan bahawa cinta sebelum nikah itu logik dan sah!

Dan ada satu lagi hadis;
"Carilah mereka yang sekufu denganmu dan kahwinilah mereka."

Lihat..!

Obviously kita kena cari dan bercinta dengan seseorang sebelum nikah hingga capai tahap sekufu. Kita kena bercinta sebelum nikah untuk kita berkenalan dengan seseorang sebaiknya sepertimana apa yang telah dinyatakan dalam hadis tersebut.

Jadi, tak salah pun bercinta selepas nikah.

[3] Cinta sebelum nikah = ZINA [?]

Are you serious? Jangan kata cinta itu terus direct kepada zina. Zina itu dosa tetapi cinta itu suci. Tidak semestinya bercinta itu terus kepada zina. Tidak salah pun untuk bercinta, yang penting tidak zina.

[4] Berkawan berkenalan dan cinta sebelum nikah = hubungan haram.

Tidak, tidak, tidak! Bukan hubungan haram pun.

Kawan je pun. Apa salahnya? Berkenalan untuk saling menambah cinta antara pasangan. Tidak haram selagimana tak zina.

 Zina je yang haram ye. Allah memang jelas-jelas mengatakan bahawa zina itu haram. Sebab Allah tak nak kita samakan cinta itu dengan zina.

Zina ialah zina.
Cinta ialah cinta.

Masyarakat kita sekarang ni terlalu gelojoh nak nikah sebab nak dapatkan 'pasangan sex', maksudnya bernikah semata-mata kerana ingin puaskan hawa nafsu.

Itu bukan cinta!

[5] Majoriti perkahwinan sekarang kosong.

Pernikahan hari ini kosong, hambar, penuh kebencian, kekasaran, penindasan, tidak bagi hak nafkah dan lagi teruk banyak penceraian yang berlaku.

Kenapa jadi begini?

Sebab terus gelojoh kepada nikah, dan terlalu jumud mengharamkan hubungan cinta sebelum nikah.

[Konklusi]

Tak salah pun bercinta sebelum nikah.

Bahkan amat digalakkan sangat untuk maslahat pernikahan yang lebih berkualiti kerana bercinta selepas nikah tidak logik dan banyak merosakkan.

Itu sahaja,
Wallahua'lam.

Penulisan oleh Aiman Banna.

---

Sekian sahaja artikel mengarut di atas :(

Sumpah, sangat MENGARUT! dan inilah dia penjual agama.
Guna hujah agama dan logik akal untuk menangkan nafsu.

Secara jelas dan terang-terangan saya katakan di sini;
Saya tak bersetuju langsung dengan mana-mana hujah di atas.
Saya membangkang dan tolak 100% tanpa kompromi.
Itu hujah rekaan dan tambahan yang saya dapat daripada satu artikel yang tersebar di alam maya sebelum ini DAN ramai anak muda support dan sokong hujah ini.

Astaghfirullah. Beristighfar aku baca hujah kat atas ni. Ya benar, atas ini merupakan hujah-hujah anak muda sekarang untuk menghalalkan ikhtilat dan hubungan cinta membuta tuli sebelum nikah.

Dia nak katakan bahawa dia ada something better daripada apa yang telah islam dan ulama' telah tetapkan selama ini. Wuish.

Meh aku jawab :)

---

Cinta ________  Nikah ialah konsep yang telah dinyatakan dalam Quran dan Sunnah Rasulullah dan kita waijb patuhinya.

Sila isi tempat kosong.

a. Sebelum
b. Selepas

Maka apa jawapannya?

Mungkin jawab “a” sebab setuju dengan hujah di atas tadi atau “b” sebab memang dah berpegang lama dengan pegangan ini.

Simpan jawapan anda dulu.
Jom kita ulangkaji sikit;

Islam tak pernah mengharamkan manusia untuk bercinta sebelum nikah. Kerana cinta itu fitrah kita bermula dari bayi lagi. Ya, cinta itu fitrah semulajadi dalam diri seorang manusia.

CINTA ITU FITRAH.

Jadi, untuk ada rasa cinta dalam hati ialah satu fitrah.
Tiada yang salah, tiada yang haram pun.

Cuma kita kena faham konsep fitrah.

Makan pun fitrah manusia.

Kita akan ada rasa lapar, rasa kenyang dan lain-lain. Ia merupakan fitrah manusia yang Allah ciptakan dalam diri manusia. Jadi semua manusia akan mengalami rasa lapar dalam hidup mereka.

Cuma bila kita lapar, kita makan.
Bila kita makan, akan hilang rasa lapar.

Dah boleh faham kan?

TAPI, bagaimana kalau kita makan secara BERLEBIHAN DAN TIDAK TERKAWAL?

Maka kita akan...

1. Gemuk.
2. Obesiti.
3. Muntah.
4. Sakit perut.
5. Dan macam-macam lagi implikasi.

Begitu juga konsep dengan CINTA.

Makan itu FITRAH,
Cinta pun FITRAH.

Bila kita bercinta BERLEBIHAN DAN TIDAK TERKAWAL apa jadi?

1. Zina.
2. Tidak jaga ikhtilat (batas pergaulan)
3. Tidak jaga hati (Mungkin berlaku zina hati)
4. Cinta yang tidak berkekalan sebab ikut nafsu semata.
5. Dan macam-macam lagi implikasi.

Cinta itu fitrah apabila kita ikuti syariat Allah, ikut apa yang Quran dan Sunnah telah tetapkan. Ikut apa yang ulama’ telah bahaskan. Fitrah bila ikut sunnah Rasulullah.

Sebab itu cinta sebelum nikah itu fitrah HANYA DAN HANYA APABILA;

Cinta kepada Allah.
Cinta kepada Rasulullah.
Cinta kepada Mak Ayah.
Cinta kepada keluarga dan kawan
Cinta kepada isteri / suami
Cinta kepada Ummat.
Cinta kepada dakwah tarbiah
Dan macam-macam lagi!

CINTA YANG TIDAK FITRAH IALAH;

Cinta kepada ajnabi berlebihan.
Bercouple dan bermesra ikut suka.
Tidak jaga ikhtilat.
Bertunang senyap-senyap tanpa bagitahu ibu ayah.
Dan macam-macam lagi jenis cinta yang disaluti maksiat!

Pegangan saya di sini ialah;
TIDAK SALAH UNTUK BERCINTA SEBELUM NIKAH tetapi perlulah cinta kepada orang yang selayaknya dan sepatutnya agar fitrah dan kesucian cinta itu terjaga rapi.

Sebelum nak nikah dengan pasangan pilihan anda, cintailah ALLAH dan Rasulullah baik-baik. Dah solat awal waktu? Dah selawat dan khatam kisah sirah Nabi?

Dah cinta mak ayah betul-betul dah? Dah berbakti kepada mak ayah? Dah buat mak ayah bangga? Dah minta maaf dan berubah daripada perangai buruk yang lalu?

Dah sayang dan cinta orang yang sepatutnya kita cinta?

Jangan gelojoh nak mencintai manusia yang baru dalam hidup kita tapi terus ABAIKAN cinta yang dah lama mencintai kita seikhlasnya selama ini. INGAT! Janganlah jadi “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”

Baiklah, ini stand saya dalam perkara ini.
Jom, saya balas setiap hujah di atas:

[1] Katanya cinta selepas nikah ialah bagaikan membeli iPhone?
[2] Ramai yang kahwin bukan sebab cinta. Tapi sebab harta dan lain-lain.
[3] Ada dua hadis Nabi yang membenarkan cinta sebelum nikah.
[4] Cinta sebelum nikah bukannya zina.
[5] Berkawan dan bercinta sebelum nikah bukan hubungan haram.
[6] Orang cinta selepas nikah hanya mencari pasangan sex.
[7] Banyak penceraian.

Bukankah Rasulullah bernikah dengan Khadijah tanpa bercinta dahulu? Bukankah isteri-isteri Rasulullah itu dinikahi tanpa bercouple dan bercinta kemaruk dulu sebelum ucap akad nikah? Adakah anda ingin mengatakan bahawa Rasulullah ‘beli’ isteri-isterinya? TIDAK! Jauh sama sekali.

Cuba anda dalami sirah dan fahami elok-elok ada apa pada Qudwah Rasulullah itu. Konsep cinta lepas nikah dalam skop tarbiah assolah bukannya seperti membeli seorang muslimah.

Sebab itu dalam Islam ada konsep TUNANG. Tunang inilah gunanya untuk berkenalan apa yang sepatutnya, untuk tahu apa yang patut ditahu. Tidak perlu pun untuk couple sana-sini, hurung sana hurung sini, bermesej sana sini, call setiap pagi dan malam. Tak perlu pun!

Ada jaminan ke couple 10 tahun itu akan membuatkan anda kenal seorang manusia itu 100%? Mungkin ada lakonan, mungkin ada aib yang disorok, mungkin dia ada contact perempuan / lelaki lain. Banyak kemungkinan (Bahkan tunang pun ada kemungkinan ini)

TAPI, ikutlah syariat Allah.

Dah ada kaedah tunang untuk berkenalan kan? Kenapa pilih opsyen untuk couple dan bercinta ikut nafsu semata?Jangan guna  alasan logik akal dan nafsu serakah untuk membenarkan maksiat.

Dalam tunang yang ikut syariat, kita kena jaga IKHTILAT iaitu batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Haaa, sebab perkara inilah ramai orang lebih prefer untuk couple dan bercinta ikut nafsu sebelum nikah.

Ye lah, ikhtilat dalam islam seperti berikut;

1. dan perempuan ajnabi tak boleh contact tanpa ada hajat dan darurat. Jika tiada kepentingan, maka tak boleh berinteraksi.
2. laki dan perempuan ajnabi tidak boleh bermesra ikut suka. walaupun dalam tunang, hanya boleh berinteraksi untuk urusan nikah dan urusan penting sahaja.
3. Dalam tunang, kalau nak jumpa sekalipun, kena ada ahli keluarga terdekat yang teman dalam perjumpaan.
4. Tidak boleh panggil mesra-mesra, tidak boleh galak bertukar-tukar gambar (wajib tunduk pandangan selagi belum nikah) dan macam-macam lagi.

Atas sebab inilah ramai yang tak nak ikut Islam.

Rasa leceh.
Rasa malas.
Lalu buat alasan untuk turutkan nafsu.

Bertaubatlah.
Istighfarlah!

So, berkawan dan bercinta sebelum nikah bukannya haram. Ye bukannya haram. TIDAK HARAM KALAU JAGA IKHTILAT dan jaga batas pergaulan yang ikut syariat.

Dan, cinta sebelum nikah bukannya zina. Ye bukannya zina. Tapi anda kena faham bahawa ada hadis Nabi, riwayat Muslim tentang zina bukan sekadar zina sex semata;

Ada zina;
Zina Mata
Zina Telinga
Zina lidah
Zina tangan
Zina kaki
Zina hati

Baiklah, bagi saya jaminan bahawa tidak akan terlibat dengan jenis-jenis zina ini apabila anda terlibat dengan cinta sebelum nikah (couple, tunang yang tak jaga ikhtilat, berkawan-kawan yang tak jaga ikhtilat dll)

Adakah anda tidak zina mata, zina hati? Memandang pasangan dengan selalu. Tidak tunduk pandangan. Usha dengna seronok. Dok bayang-bayang benda haram. Dok teringat-ingat dan rindu secara berlebihan. Anda akan terlibat dengan zina mata dan zina hati.

Anda tidak rasa anda terlibat dengan zina telinga bila selalu dengar suaranya dengan kerap ketika on the phone? Tidak rasa anda zina lidah bila selalu bercakap benda romantik, benda lucah dll? Tidak rasa ada zina tangan bila anda pegang tangan dia, pengang badan dia ketika keluar dating?

Ya, inilah dia concern Islam. Islam menutup jalan-jalan yang membawa ke arah zina yang besar dengan mengharamkan zina-zina yang saya sebutkan di atas tadi.

Buka Quran, buka surah Al-Isra’ ayat 32. Allah larang kita dekati zina ya, bukannya direct kepada buat zina. Bermaksud, apa-apa sahaja yang mebuatkan kita mendekati zina, HARAM. Jalan-jalan menuju zina walaupun sekecil anak langkah; jangan pernah berkompromi walau sesaat.

Lihat? Quran dan Hadis dah bagi hujah yang cukup untuk anda berhenti daripada bercinta ikut nafsu sebelum nikah.

Jadi jawapan saya di atas telah menjawab hujah ini;

[1] Katanya cinta selepas nikah ialah bagaikan membeli iPhone?
[2] Cinta sebelum nikah bukannya zina.
[3] Berkawan dan bercinta sebelum nikah bukan hubungan haram.

Selesai jawab 3 poin, saya teruskan pula untuk jawab baki-baki;

[1] Ramai yang kahwin bukan sebab cinta. Tapi sebab harta dan lain-lain.
[2] Ada dua hadis Nabi yang membenarkan cinta sebelum nikah.
[3] Orang cinta selepas nikah hanya mencari pasangan sex.
[4] Banyak penceraian.

Tadi katanya ada dua Hadis Nabi yang membenarkan cinta sebelum nikah.

Amboi, itu ikut naluri dan nafsu semata. Bukannya apa yang islam betul maksudkan.

Nabi kata;

1. "Tiada apa yang lebih baik antara dua orang yang bercinta selain daripada nikah.”
2. ”Carilah mereka yang sekufu denganmu dan kahwinilah mereka.”

Maksud hadis ni bukannya Nabi anjurkan nikah sebelum nikah. Bukan juga maksudnya bercouple-lah puas-puas sehingga dapat sekufu tu lalu kahwin. Bukan!

Jika ada dua manusia yang saling bercinta, maka janganlah teruskan hubungan itu dengan dosa dan maksiat. Maka halalkan hubungan itu, jangan buat benda haram dengan tidak jaga ikhtilat.

Solusi bagi antara dua orang yang bercinta bukannya couple, TAPI dengan nikah. Untuk dapatkan konfirmasi dan keyakinan dalam hubungan tersebut juga ada solusi dalam Islam, iaitu tunang.

Maka tunanglah, istikharah dan istitsyarah. lalu nikahlah dengan tawakal.

Konsepnya ialah; BUKTIKAN CINTA DENGAN NIKAH.

Kita ikut Nabi,
bukannya naluri.

Nabi kata apa?

“Seorang wanita dinikahi kerana empat perkara; karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, maka pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung”

Nabi suruh kita nikahi wanita kerana AGAMA.

Maka sesiapun yang nikah, walaupun sebelum atau selepas nikah, tetap TAK IKUT SUNNAH jika tidak nikahi wanita kerana AGAMA. Jika dia nikah kerana harta, maka itu isu hati dan masalah peribadi dia, tiada isu dengan konsep nikah selepas nikah.  Ada yang nikah semata-mata nak cari pasangan sex? Tetap salah sebab dia tak ikut Sunnah Rasulullah berdasarkan hadis di atas.

Atas sebab inilah ramai yang bercerai zaman sekarang.

Bukannya sebab konsep cinta selepas nikah,
Ataupun bukan sebab dia tak couple sebelum nikah.

Issue dia satu ja

“IKUT QURAN DAN SUNNAH KE TAK?

Kalau ikut sungguh-sungguh, inshaAllah everything will be ok :)

-Konklusi-

1. Bercinta sebelum nikah BOLEH kalau ikut quran dan sunnah.
2. Bercinta selepas nikah TAK BOLEH kalau tak ikut quran dan sunnah.

—-

Alhamdulillah, akhirnya selesai penulisan saya untuk jelaskan kesalahfahaman dalam kalangan anak muda kita. Saya risau sangat-sangat dengan kondisi anak muda hari ini.

Jika, anda fikir saya nasihatkan anda sebab saya rasa mulia, demi Allah saya tak mulia pun. Bahkan mungkin lebih teruk daripada anda.

Saya nasihatkan sebab saya pun pernah berhujah macam tu, saya pun pernah terlibat dengan masalah ikhtilat dan couple. Tapi saya tinggalkan semua tu sebab saya yakin dengan tarbiah.

Akhirnya hari ini bernikah dengan seorang perempuan yang saya tak couple, saya jumpa parents dia dulu, bertunang sebentar lalu kami nikah dah hampir 2 tahun. Kami nikah ketika saya masih 18 tahun. Masih muda namun saya yakin dengan tawakal. Saya yakin untuk tinggalkan maksiat dan ikut syariat. Akhirnya semuanya jadi baik-baik sahaja alhamdulillah.

Bukan itu sahaja, inshaAllah saya bakal jadi ayah kepada kandungan anak pertama kami yang berusia 8 bulan dalam perut.

Oleh itu,saya amat-amat berharap kita sebagai anak muda tinggalkanlah masalah ikhtilat, couple dan macam-macam lagi issue cinta yang remeh. Please jadi matang dan mula berfikir issue yang lebih besar seperti dakwah tabiah, issue umat yang kian tenat.

Itu sahaja noh.

Moga Allah cinta dan redha,
InshaAllah Dia kurnia kita Syurga.

Amin :)

Seorang Hamba,
Aiman Banna.

—-

P/S:
Kongsikan jauh-jauh jika anda rasa bermanfaat. Semoga ramai anda muda sedar bahawa hakikat islam itu indah, maksiat dan turutan nafsu hanya akan merosakkan.

Dan doakan buku saya dan isteri bertajuk “Move ON’ yang akan keluar 20 September 2016 kelak. Nak pre-order? Whatsapp 0173316830. Dalam tu saya ceritakan bagaimana saya tinggalkan maksiat couple, masalah hati, bagaimana saya nikah muda, berhijrah dan macam-macam lagi. Nantikan ya! :)

Apa-apa pun, doakan saya istiqamah ya! :D

#AimanBanna

| sumber channel telegram : telegram.me/aimaanbanna |

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI