Wednesday, 8 June 2016

Kekasih Hati


"Idola" - Kalau dengan music video boleh buat kau sanggup tampal poster nama dan wajah mereka di dinding sampai sanggup tukar wallpaper skrin muka mereka yg kau puja. Kalau dengan drama boleh buat kau crush siang malam inginkan selebriti tu. Kalau dengan lagu boleh buat kau siang malam nyanyi dan hadap cover song suara orang tu... Takkan dengan orang yang mampu bagi kau syafaat akhirat kelak kau tak nak kenal dan cinta? . .

Macam mana kau nak idolakan seseorang yang kau tak pernah nampak dan tahu rupanya. Macam mana kau nak cinta dekat seseorang yang kau sendiri tak pernah bercakap dengannya. "Bacalah" . Baca sirah baginda dan para sahabah. Baca Quran yang dalamnya seribu satu kisah dan ayat dari Allah . Nescaya kau akan jumpa apa yang kau cari dan ingin rasa terisi. .

Tak kenal maka tak cinta. Oh Allah... Beri aku rasa cinta yang membuak2 terhadap kekasihMu 💖 Terima Kasih kerana menghidupkan aku di dalam Islam dan sebagai umat Muhammad s.a.w



 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI