Tuesday, 9 February 2016

dah sedia ke belum?

ofkos lah kena marah bila tak study. ada ke patut update blog? kihkih. saya bukan lah sejenis student cemerlang, student target sebab TOV saya pun 1A je. (Alhamdulillah syukur) . Jadi saya kena fight dengan diri saya untuk sentiasa positif!

saya ada banyak benda kena hadap, tapi saya ketepikan sebab semua tu tak penting. Jadi saya cipta dunia saya sendiri, penuh dengan angan angan , usaha yang gigih dan sentiasa bahagia! saya ada 8 orang ahli keluarga yang lain semua tak 'geng' dengan saya (wakakaka). saya takboleh nak ubah diorang jadi saya kena ubah diri saya. saya tahu bila saya bagi pendapat, selalu ditolak mentah-mentah (ala cedihnya) tapi saya okay sebab memang tu lah rutin hidup saya. (Alhamdulillah syukur masih berfamily even....)

Kita takboleh berhentikan hujan, tapi kita boleh halang daripada terkena hujan. contohnya guna payung. Sama jugak dengan situasi saya, saya takboleh ubah orang jadi saya kena banyak berdiam diri dan fokus dengan dunia saya. Me and my own world

January 2016 



-Cukup sebulan yang agak terumbang ambing. Alhamdulillah homework siap tapi ada certain terpaksa! tiru kawan sebab SIFAT M hampir menguasai diri. (em kecundang)

p/s : scary gila virus M ni. minta dijauhkan lepasni. harap sembuh 100% daripada SIFAT M. Aamiin!

-bulan yang tak bermotivasi. yang yakin sangat dapat life mcm waktu form4 tahun lepas.
yang tak kisah pasal orang,study study study dan hidup dengan dunia dia padahal tahun lepas jadi macam tu sebab Allah uji lebih.

-so sekarang dah masuk bulan Februari. mana boleh biar je! kena move-on. kena motivate diri sentiasa supaya tak goyang bila ditiup angin. (seru semangat SPM)


Prinsip as student : Saya belajar kerana Allah. Berjaya di dunia impian saya. Berjaya di akhirat matlamat saya.

wish me luck! Inshaallah semoga Allah redha!


Rabu, 10/2/2016
8.28pagi




-Hadza min fadhli rabbi ' Semua ini kurniaan dari Allah-




 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI