Tuesday, 9 February 2016

Dapur Kekja : Ayam perap (goreng)

segmen : #DapurKekja


(gambar google memang ginilah bila perap , warna agak kuning sebab letak kunyit.
bila dah goreng, warna coklat gelap rasanya. lupa lah tapi sedap! best makan dengan 
nasi putih dan lauk berkuah. contohnya, sup sayur dll)

Bahan :

Seekor ayam yang dah dipotong kat kedai.
(bahagian dada, simpan dalam peti)
*Halia
*8ulas bawang putih
*1sudu besar lada hitam
1 1/2 atau 2 sudu kunyit 
garam
ajinamoto


Cara perap : 

1- blander yang bertanda *
2- tapis yang dah diblander.
3- lumurkan pada ayam, kesemua bahan yang di atas.
4- perap dalam 30minit
5- Goreng!

Done!

Dapur Kekja :Telur masak merah




Tadaaa. salah satu fav saya, telur masak merah. dah lama tak masak, mujur ada note dalam handphone. so, jom study balik! (masak pun nk study kerr?)

Bahan : 

4-6 biji telur
*3-bawang merah kecik 
*4ulas bawang putih
*segenggam lada kering
2 kiub maggi
kicap manis, sos tiram, cili sos


Cara masak : 

1- basuh dan rebus 4-6 biji telur tadi
2- dah rebus, kupas kulit telur tu
3- panaskan minyak sedikit dan goreng sekejap telur yang sudah dikupas tadi.
4- dah garing sikit telur tu, angkat dan tapis.

5- blander yang bertanda *
6- panaskan minyak dan tumis yang blander tadi tu
7- kacau kacau dan masukkan gula dua sudu, 2 kiub maggi,
kicap manis dan sos tiram dalam kuantiti yang sedikit.
8- masukkan cili sos agak agak je (sederhana) dan ajinamoto sedikit.
9- kacau kacau sampai naik minyak . kemudian masukkan telur.
10- gaul bagi sebati dengan telur. tunggu sampai sambal gelap gelap sikit.
tutup api dan hidangakan.

Done!


Selawat Arzaq (murah rezeki)


Assalamualaikum. Selamat pagi, 
harini nak share selawat arzaq iaitu selawat murah rezeki. In shaa Allah.

Selawat ni yang korang dengar di blog ni. 
Saya payung lirik, dan inshaallah kita hafal dan amalkan selalu .





Rabu, 10/2/2016
7.59pagi




Saturday, 6 February 2016

Hai lama tak update

Assalamualaikum hai.
okay dah 2016.
okay dah 17.
okay dah nk SPM.
okay dah besar kot rasanya.

saya update harini sebab yg pertama!
saya taknak tidur lepas subuh. dan saya berjaya
(semoga istiqomah)

sepatutnya saya study tapi saya dah siapkan hw tadi. adalah dalam 50% dah siap,
mak saya marah saya main komputer sebab saya kan nak SPM tapi saya acah acah bukak komputer
nak cari maklumat (kononnya) untuk presentation Chemistry

bila mak lalu, tekan newtab

berbalik cerita tidur lepas subuh. ramai tanya 'Pae apa kau buat kalau tk tidur lepas subuh?'
banyak benda aku buat. ya banyakkkk
mana ada istilah bosan kecuali aku malas.

okay antara yang saya buat kalau saya tak tidur lepas subuh:

1- saya buat homework (mestilah!) even 10minit je hadap hw tapi homework saya siap ok.

2-  cuba untuk study. hashtag siscuba!

3- saya buat something yang saya terfikir untuk buat pada masa tu. (follow mood at the time)
p/s : mood yang baikbaik je ok.

4-saya akan tidur pukul 10 atau sebelum zohor (qailulah) tu pun kalau ngantok tahap gajah atas mata.

jadi point saya harini, saja nak lengah masa supaya saya tak tidur. lagipun lama tak update, ramai yang rindu. okbye



Ahad, 7 Feb 2016
8.41pagi




 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI