Sunday, 11 October 2015

KEM (PL2015) HARI KELIMA

HARI KELIMA (berhuhu di AIR TERJUN PELANGI)

(semalam cikgu sekolah aku baru sampai di lubuk beruk, so banyak lah gambar untuk harini)

6.00pagi- bangun solat subuh dan makan pagi. makan pagi orang kem tolong sediakan memandangkan semalam TSUNAMI KEM. dah siap makan , beratur untuk exercise.





pagi ni kita pergi AIR TERJUN PELANGI. Happy!! so here gambar ke Air Terjun Pelangi .

tadaaa, pagipagi dah kena redah sungai lagi. (BASAH AGAIN)

p/s : aku yang berseluar kelabu. rare kan, rare tak rare lah seluar dh habis semua basah.


Jalan , jalan dan jalan mendaki apa semua. Tadaaa sampun Air Terjun Pelangi , Sungai Lembing . Kuantan Pahang.


scroll jelah gambar, sebab dalam gambar ada cerita :)








dah habis berhuha-huha kat sini. Kitorg pun balik ke tapak semula.
(banyak gila batu, nak patah kaki aku)


and fyi , harini jugak kitorg BALIK RUMAH. Akhirnyaaaa akhirnyaa!
excited gila, rindu rumah bilik air dan segala kesenangan kat rumah tu daripada kem ni. Huaaa

well, bila majlis penutup (12tghri) org tu cakap ber-jam jam sedangkan kami hangus.
(redho itu pasrah)


habis dia majlis penutup, kemas barang dan balik ke Pusat Koko.


mujur naik lori ni, kalau tak aku rela stay kat lubuk beruk ni. taknak jalan kaki dah!

-TAMAT-













Saturday, 10 October 2015

Peristiwa TSUNAMI KEM

Peristiwa ni berlaku pada hari keempat. (lokasi LUBUK BERUK)

Petang dalam pukul 7.00malam , kitorg baru siap mandi tukar baju. sangat happy sebab first time dpt pakai baju kering. Happy gila! tapiii , happy tu sekejap je. masa baru keluar dari toilet, siap tukar baju. aku pun berlari nak balik khemah dan HUJAN PUN TURUN dengan gembiranya dan aku kembali BASAH. (why oh why).

Sampai je kat khemah. emm tak terkata sebab satu khemah je untuk perempuan, so 6orang berhimpit dengan beg memasing. Hujan MAKIN LEBAT beb , tapak khemah aku dah banjir. Khemah dah masuk air dari atas , bawah . masa tu konfius, nak selamatkan beg, selamatkan diri sendiri atau  selamatkan khemah yang mcm menara condong.

dah hari keempat, so kitorg girls dah sehati sejiwa. memasing ambil keputusan untuk have fun dan berhuhuhu dengan TSUNAMI KEM tu . sedang kami berhuhuhu dan menjerit jerit dalam khemah sempit nak roboh tu. tiba-tibaa...

"woi, ada makanan tak? kitorg lapar ni!!" jiran sebelah menjerit. (khemah lelaki)

masa tu kitorg girls ni rasa nak bersilat je. memang tak gentle langsung la! sedih dpt geng mcm tu.
diorg yg dirikan khemah kitorg, dah nak roboh kot. HUJAN LEBAT . ade ke patut mintak makanan. khemah diorg tak roboh sbb aku tlg dirikan dgn ikatan kukuh. HUHHH
(kitorg bagi boys makan ikan masin je) PADAN MUKA!

Malam tu kitorg tidur ramai ramai dalam canvas yg abg bomba dirikan. satu untuk laki dan satu untuk perempuan. Malam tu tidur ditemani HUJAN LEBAT dan KESEJUKKAN KOREA (cakap keluar asap) dalam hutan memang sejuk sangat sangat.

p/s : kami tahu kami sado hadap semua ni. 


KEM (PL2015) HARI KEEMPAT

HARI KEEMPAT (perjalanan ke LUBUK BERUK)

4.00pagi - patutlah malam semalam tidur awal (10mlm), ada ke patut kejut kitorg pukul 4pagi. dgn agak mamai kena kemas barang, tutup khemah apa semua dan bergerak ke Lubuk Beruk. Destinasi terakhir, and everything is OVER!!! (tasyabarrrr)

pagi tu berjalan dalam keadaan gelap gelita (4pagi) , kena pegang tali beg kawan depan kalau tak memang kau sesat. then, ada berhenti sekali dua rehat tengok bintang lah apalah. dalam pukul 5lebih berhenti untuk masak dan solat subuh. srs pagi tu aku takde mood, aku tak makan pun. kumpulan aku masak maggi pagitu. tapi aku rasa nak makan roti kering yg ada gula tu je.

selesai apa semua, pagi tu buat senaman sikit. aku ni dah tak selesa sgt sbb dah 3hari tak mandi tak bersabun . (just rendam dalam sungai je) . so here, senaman pagi kita.


exercise : Tai-chee

nota : cari aku ke? aku yang barisan tengah, belakang girl baju merah tu. aku tengah contact member sebelah tu dengan msg (wei aku tk selesa!!)


lepas exercise ni, kitorg pergi lah mendaki bukit tinggi ya ampun bersama beg kesayangan 15kg tu. tapi time ni dah ringan dah, sebab makanan dah byk guna. so, chill je daki bukit.

dipendekkan cerita, kitorg pun sampai ke LUBUK BERUK. puas woi nak sampai sana. 


Ringkasan AKTIVITI HARI KEEMPAT

- panjat pokok petai. hahahaha 


 p/s : topi aku terbalik lah. HAHAHA

- tadi panjat kan? okay yang ni turun curam bukit pulak .


thats me ok! rock kan .*flip kening

nak turun ni ada cara ok. kena lapor diri

Assalamualaikum tuan!
saya Nur Faezah bt Mohamad Nor meminta keizinan untuk turun tuan!

SAFETY MANNNNN!! *jerit kat org bwh tu
(3kali jerit baru safetyman sahut, kuasam)

safety man jawab okay, aku pun turun. lenguh gila

- dan aktiviti apung dalam air. takde gambar.














KEM (PL2015) HARI KETIGA

HARI KETIGA (teruskan perjalan ke TAPAK PERSINGGAHAN KEDUA)

7.00 pagi :  bangun kemas khemah. oh ya khemah kitorg ialah poncho atau baju hujan. (fikirlah baju hujan dijadikan khemah) logik ke tak. (hadamkan je)  okay. pagi tu kena kemas barang apa semua, lepastu masak untuk perjalanan pagi tu. macam biasa la, korek lubang letak kayu tiup api dan pagi tu aku chef. Menu : roti celup telur dan goreng! yey. Haha, dah siap makan cecepat dan kitorg semua pun teruskan perjalanan menuju checkpoint seterusnya. belanja gambar chef!



maaf! aku pun tak sggup tgok muka sendiri. (selekeh af)



rasanya takde apa jadi hari ketiga ni. macam biasa, kitorg sampai ke TAPAK PERSINGGAHAN KEDUA. kitorg bertapak dan tidur kat situ. kalini tapak kitorg lain sikit. Tapak pertama dia asingkan laki dengan perempuan. Tapak kedua, satu kumpulan satu tapak. so, kitorg dirikan tiga khemah. Satu khemah untuk lelaki, dua khemah untuk perempuan. Oh ya, aku kumpulan 2 ada 10ahli (4lelaki, 6perempuan)

depan khemah kitorg, buat dapur untuk masak. bau asap lah khemah tu.



Ringkasan AKTIVITI HARI KETIGA .


- kitorg kena redah sungai , redah hutan untuk pergi ke hilir sungai.
(hilir sungai bersih dan jernih air dia. tempat kitorg berkhemah (hulu sungai) , air keruh beb)

-dari hilir sungai tu, yg tak pandai berenang kena pakai PFD (jaket pelampung).
ofkos lah aku pakai. masuk kolam renang yg dalam pun aku dah rasa lemas.

-semua peserta baring atas air tu dan hanyut bersama sama sampai ke hulu sungai (tempat kitorg berkhemah)

- sepanjang hanyut bwk dek air sungai yg deras tu, byk kali tersagat kena batu. sakit dol!
(aku hanyut sensorang, tak berani nak pegang org)

p/s : takde gambar kitorg hanyut pakai PFD. (sedihh)







KEM (PL2015): HARI KEDUA

HARI KEDUA ( Persinggahan #1 Bertapak dalam hutan, 8pagi-5ptg)

Pagi pagi tu kitorg berbaris dengan beg memasing. beg cuma satu je, beg galas tentera yg dia bagi tu. takboleh bwk beg lain. kitorg naik bas, pergi ke SUNGAI LEMBING. perjalanan dari Pusat Koko ke SUNGAI LEMBING lebih kurang 2jam rasanya (sis tidur dalam bas, muehehehe)

Sampai kat tepi jalan, aku pun taktau kat mana (yg pasti jauh dari Pusat Koko). tapi rasanya area Sungai Lembing. Turun dari bas, aku nampak kereta BOMBA. tetiba aku mcm tercari cari org. Kalau korang stalker aku, mesti korg tahu aku uniform KADET BOMBA kat sekolah. (boleh baca di old post).

Dannnn seperti jangkaan aku, I see my Cikgu! (anggota bomba yg ajar aku time kem bomba, di gelar 'cikgu') Sangat excited sbb ada cikgu bomba dari balai muadzam shah. At least rasa ade orang care pasal aku kat kem 5hari ni.

Okay back to the story, turun dari bas, kitorg berbaris pepanjang dengan galas beg berat 15kg tu. kitorg pun berjalan kaki sampai ke ... er ke.. aku pun taktau kitorg nak kemana harini. yang pasti DESTINASI KEMUNCAK ialah LUBUK BERUK. bayangkan HARI KEDUA ni kitorg jalan 16KM dengan galas beg 15kg. Aku taknk cerita sepanjang jalan tu, apa yang aku rasa. sebab memang tak logik. sikit pun tak!!


nota: redah sungai dan makan kat batu sana tu sambil ditemani matahari. (kering jugak seluar aku)


sepanjang perjalanan : Matahari terpacak, WAJIB redah sungai (always basah) , bila kau pandang depan sambil jalan, dan jalan kat depan tu straight je. (pls understand me) thats why aku jalan pandang bawah je.

dan akhirnya. kami sampai di TAPAK PERSINGGAH PERTAMA . kat hutan mana, entah. (fedap 16km berjalan kaki)


p/s : ha tulah begnya! yang warna biru bergulung tu sbgai alas kitorg tidur.


Ringkasan AKTIVITI Hari Kedua. (around jam 2ptg )

- diberi tugas, ada yang menggali tandas, dirikan khemah dan memasak.
(semuanya serentak sebab nak jimat masa)

- aktiviti dengar ceramah pasal perubatan oleh abg-abg bomba.



- solat asar berjemaah (lelaki)

- aktiviti keyakinan dalam air dengan abg-abg bomba.
(bergilir dengan ahli kumpulan sebab aktiviti serentak " memasak dan keyakinan dalam air")

-sambil beraktiviti dalam air, sambil tu mandi. (yes you cant imagine that)
(kiranya 5hari berendam dalam sungai dikira mandi) ada faham? *sgt rare



p/s : jom lah main masak masak. kalau hangus, kena makan jugak.

(untuk 5 hari, makanan/minuman masak sendiri!)













Kem Pendidikan Luar 2015

aku dah lupa berapa haribulan pergi kem ni. tapi dalam bulan 9 lah. seriusly kem ni AWESOME gila! disebakan ke-awesome-man inilah, maka berparut kaki tangan aku. Sekarang ni dah naik ke muka bintik bintik merah. Please baca sampai habis.

HARI PERTAMA ( Pusat Kokurikulum, 9malam)

Hari first, (malam) kitorg sampai di Pusat Kokurikulum kat kuantan. kitorg diberi beg galas tentera dan barang barang asas. ok then, maximum 3HELAI baju sahaja dibenarkan bawak untuk kem 5HARI. masa tu aku shock gila, otak buntu. Sebab aku expect kem ni macam kem biasa, guna khemah dan berkhemah setempat. Tapi kem ni, LUAR BIASA beb. punyalah aku seret beg roda, dan kemas kemas baju dengan kawan kawan baru kat Pusat Koko tu. 

Kemudian, satu kumpulan dibekalkan makanan. Hello, kau egt dia sediakan burger, nasi lemak, roti canai? tinggi sgt expectation kau tu. Diorg bekalkan roti, garam, gula, bawang, minyak masak, lilin dan brg masakan asas yg lain. pepandai lah kau bincang dengan group sendiri, sapa nak bwk makanan yg banyak gila (untuk 5hari) . group aku, semua aku tak kenal. tapi aku main redahnya. (OMG) aku cuba untuk berfikir secara waras. (beg mgkin dalam 15kg) - berisi pakaian dan makanan

Malam tu jugak kena siapkan semua barang keperluan sendiri dalam beg galas tentera yang diberi. Malam tu tuan kem suruh kitorg minum air mineral satu botol. Kat situ jugak dia suruh habiskan sebotol air! Aku la paling susah minum air mineral ni. terbatuk batuk habiskan. katanya, supaya kitorg tak demam esok. lepastu bawak brg sendiri pergi surau dan tidur! ya akhirnya.

p/s: Kem ni bergerak dalam kumpulan. ada 6kumpulan, setiap kumpulan ada 10ahli.
sekolah aku hantar 6 org dan takde guru pengiring, so kitorg berhuhuhu dalam kem ni. 
(nobody care about us, pepandai hidup k) sambung ke HARI KEDUA

Friday, 9 October 2015

Homosapiens sp.

Manusia,
mana pernah nak puas hati
mana pernah tak berdengki
mana boleh tgok orang lebih dari dia

Manusia,
pandai cari salah orang,
salah sendiri simpan tepi.

Manusia,
sakitkan hati orang takpe
sakitkan hati dia, dendam sampai mati

Maaf,
dah hadap dengan manusia sebegini
teruskan sampai kau puas.

Aku diam bukan tanda aku takut pada kau.
Tapi orang yg hebat adalah orang yg pandai mengawal amarahnya.
bukan orang yang menang berdebat, bertikam lidah
bukan cara aku.


Sunday, 4 October 2015

Tutorial : Instagram Widget #2

Morning! Harini nak ajar korang Instagram Widget #2 . Instagram Widget #1 just button follow instagram je. Instagram Widget #2 gambar dari ig korang. (sprti gambar di bwh)



saya baru belajar tadi. hehe, okay lets do this!

1- Tekan link ni snapwidget.com

2- Log in

3- Tekan 'Blog' 




4- Tekan 'Get Your Widget'




5- then, scroll ke bawah akan ada macam ni 


6- Isi lah yang mcm mana korang nak. Boleh tekan 'Preview' untuk tengok okay tak yang korang isi tu.

7- Dah siap isi? Tekan 'Get Widget' (warna hijau tu)

8- Copy kod yang diberi, and Paste dimana mana yang korang nak letak dalam blog.

Sekian :)




 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI