Saturday, 12 September 2015

Sedarlah wahai jiwa yang lena!


Kalau dulu aku tenang dengan hidayahNya
Kini aku merasa kosong kembali
Mungkin sebab aku lalai dan lagho ketika berkawan
Selalunya aku bersendiri selepas banyak perkara yang mengajar aku
Tapi kalini aku jatuh kembali kedalam lembah yang sama
Betapa lemahnya aku!

"Seorang mukmin tidak boleh jatuh dua kali ke dalam lubang yang sama"
[H.R Muslim]


Sedarlah jiwa!
Kau cuma perlu Allah
sebagai teman, tempat mengadu
Kawan itu manusia
dan manusia berubah rubah!
Tidakkah kau sedar itu?

Kau sudah pun merasa sakitnya ditinggalkan
sakitnya dipulaukan
sakitnya menjadi bahan kutukan
oleh mereka yang bodoh erti kawan

Mereka tak layak dipanggil sahabat
sedangkan erti kawan pun mereka jahil!

Sudahlah!
Sedarlah bahawa hanya Allah yang kau perlu
Bila kau kusut,
AlQuran menghiburkan
Bila kau keliru,
Istikharah penyelesain
Bila kau tak tenang,
Tahajjud penawarnya
Tapi kenapa kau masih berdegil?!

Cintakan manusia
Manusia akan mati
Cintakan bunga
Bunga akan layu
Cintakan Allah
Allah kekal abadi.

Carilah cinta Allah yang kekal abadi
Cintailah Ar-Rahman
Cinta Allah adalah cinta yang paling agung
Kau takkan menyesal
Kau takkan kecewa
Kau pasti akan bahagia!!

Jiwa yang terlena,
 Faezah Mdnor
Sabtu, 12 September 2015

Thursday, 10 September 2015

Dapur Kekja :Sambal Telur Hancur


(gambar google je tapi memang gini lah rupa sambal telur hancurnya)

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim

Yeyy exam upt3 dah tamat. Rasa nak baling meja lepas jwb pape bio. *overgila

okayharini nak ajar masak Sambal Telur Hancur. Family aku selalu panggil Telur Hancur je . okay jom masak!

Bahan:

Telur- 4 biji
Bawang merah (bersaiz besar) - 1
Bawang putih - 3
Lada kering - segenggam (agakagakje)
Ikan bilis - segenggam (jangan byk sgt, so agak agak je)
Kiub ayam (maggi) - 2 kiub
Asam Jawa - hujung sudu
Garam- secubit (not too secubit k)
Gula- satu sudu

Cara masak : 

1- Basuh ikan bilis pastu goreng lah. dah siap goreng ,tapis.

2- Blander lada kering. Air sikit je (agakagak) sbb tak tapis.

3- Dah blander lada kering smpai hancur tu , masukkan bwg merah, bwg putih dan blander lah mereka bersama sama. kalau tersekat , tambah sikit air.

4- Panaskan minyak dan masukkan yang dah blander tu. (api sederhana)

5- masukkan 2 kiub ayam (maggi), asam jawa (hujung sudu), sedikit garam dan satu sudu gula.

6- kacaulah mereka sehingga sebati . 

7- Then, rasa. kalau kurang masin, tambah garam. kurang manis, tambah gula. kalau dah okay, tunggu sampai sambal tu masak.

#macammana nak tahu sambal dah masak? bila dah naik minyak.

8- tarik sambal ketepi, then masukkan 4 biji telur. 
tunggu sampai telur tu agak dah masak sikit. then, gaulkan dengan sambal tadi.
(semuanya berlaku dalam kuali tu ea)

9- Gaulkan dan kacau sampai telur tu hancur dan sebati dengan sambal .
Gaul sampai sambal telur hancur tu masak! (telur dah masak lah kiranya)

10- tutup api dan masukkan ikan bilis yang sudah digoreng. Gaulkan dengan sambal telur hancur yang dah masak tu. Ha siap!

p/s : selalunya sambal telur hancur ni makan dengan nasi putih. Sedap weh





Saturday, 5 September 2015

Dapur Kekja :Bihun goreng putih


(gambar google je tapi memang ginilah rupa bihunnya)

Assalamualaikum, I'm back! bersama resepi baru. (next week exam, masih fever, tkdemoodstudy, feeling ememem so kita update blog)

okay. simple je harini. Lets cook together gether!

(hidangan untuk 2/3 orang)

Bahan :

Bawang merah - 2
Bawang putih - 4
Cili padi - segenggam (bagi tapak tgn yg kecik macam aku)
Belacan - besar ibujari (sikit je)
Udang kering - segenggam
Bihun.
Ayam.
Sos tiram.

Cara-cara : 

1- Rendam bihun dalam air panas, kemudian masukkan air paip/ air sejuk.

2- Potong semua bawang merah, bawang putih, cilipadi,belacan, udangkering dan BLANDER .
(blander jangan terlampau kasar/terlampau halus) *biasabiase je
-dahsiap blander, tapis-

3- Basuh ayam dan potong dadu

4- Panaskan minyak kemudian tumis yang blander tu.

5- Masukkan sos tiram (agak agakje) serta garam, then masukkan ayam yg sudah dipotong dadu.

6- Kacau kacau sampai ayam tu masak. Kemudian, masukkan bihun.

7- kacau bagi semua sebati , dan rasa. kalau tak cukup masin. tambah garam

8-kacau kacau sampai bihun tu jadi lembut dan kering . Sekian!

Huhuhu thankyou

Semua resepi ni untuk diri aku terutamanya. sebab tak selalu masak tapi suka masak. takut lupa, so boleh tengok kat blog . So takpelah kalau korg tak faham tapi aku faham sudah. Muehehe



 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI